Jumaat, 31 Disember 2010

Penang Krismas : Day 3

Day 3 : 27 Disember 2010

Sayup2 aku dengar bunyi henset. Walaweh, subuh! Mila tido. Ok2 aku semayang dulu nanti aku dah selesai baru kejut.

Siap doa, lipat2 telekung aku kejut la Mila. Baru aku tau. Dia dah semayang dan telah membuat beberapa percubaan menggerakkan aku namun gagal hinggalah aku bangun bila alarm henset bunyi. Haha. Ok, jangan gelak. Kena kejut Haida kat luar. Dia keje hari ni.

Tiba2…

OMG! Pintu! Tombol takde. Tapi selak (sebutan: sir-luck)ada. Camne nak pulas? Alamak2! Haida kat luar nak kejut camne?

Kejut Mila dulu. Mila mamai2 bercakap pun dengar tak dengar. Tapi tak berapa mamai la bila aku bagitau pintu rosak tombol takde – well kita dah terkunci - Haida tak boleh masuk camne dia nak g keje. Mila cuak dan cergas – cuba bukak pintu. Aku cuak tapi blurr. Ok, tepon Haida, yang hanya dipisahkan selapis dinding. Yelah! Takkan nak jerit kuat2 “Tolong2! Kami terkunci” subuh2 tu. oh so dramatic.

Dengar henset berdering, sejurus tu, Mila Berjaya menarik sir-luck. Pintu terbuka. Ok, mila membuat drama kelegaan sambil menghempas badan ke tilam. Eh ada ker?Haha.. Haida masuk. Blurr. Haha.

Makanya, Haida tinggal kunci dan g kerja. Nanti breakfast sesame before kelas. Sesama ngan Eton sekali. Semalam Eton kan bz kenduri, so hari ni hang out jap ngan dia before balik ke Selangor. Haida balik lagi tak lama pastu. Haha. Rindu kami lah tu. So sejam before kelas dia, kami turun bawa barang semua. Nak g sarapan. Beramah mesra jap ngan kontraktor cina yg renovate umah jiran Haida. Load barang dalam keta aku dan jalan ramai2 g Fantasi, dekat2 ngan poli. Dengan Yana sekali. Yeay!

Kesian pekerja Fantasi tu merajuk kena usik ngan Haida ngan Yana. Tapi takpe, boss dia cam approve jer usikan tu. Haha. Makanan agak sedap. =) Babai2 dan peluk2 dan muah2 Haida n Yana (kali ni sentimental pasal tak tau bila lagi nak jumpa..Dan Haida asik pujuk Jakarta…Jakarta…Jakarta…) Thanking Haida for great hospitality..sob3..terharu seyh…

Aku, mila n eton. Sekali lagi ke queensbay. Tak boleh jauh2. Pasal dah nak balik petang ni. Mila kan berjemput. Hehe. So, movie lagi sekali. Pening ah nak tengok citer apa. Tron-Legacy. Walaupun Haida pernah review citer ni tak best. Tu je citer yang timing dia agak seswai. Pay as a student. Masing2 dengan bangga tunjuk student card yang kalau dibuat dari besi, pasti dah berkarat. Wahaha. Student kerrrrrrrr??? Yer, setahun yang lalu. Atau lebih?

Tron-Legacy. Best la Haida. Serius best. Agak computer science disitu. Dan menganalogykan system pengkomputeran dengan sedikit fitrah ketuhanan. Tapi ketuhanan yang ditunjukkan dalam ni agak tidak begitu sempurna. Mujur lah. Entah kenapa, citer ni agak sentimental bagi aku. Beberapa kali, aku macam nak menangis. Macam lah. Mood ending dia seswai la ngan mood aku masa tu. Sentimental, sedikit sedih tetapi bahagia. Ha, nak tau layan lah Tron-Legacy.

Habis movie, solat jap kat qb. Pasni nak jumpa mak ayah Mila. Mila nak pujuk ajak makan sama. Makanya, kami ke Anjung Semarak. Kafe like dining area dalam USM, dekat2 ngan School of Art. Cantik weyh! Arghhhh..Tension lah. Asal USM buat banyak tempat best lepas aku graduate?

Bayangkan pelantar di antara dedahan pohon semarak api. Dengan bumbung transparent mengalir air buatan. Ada anjung betul2 di bawah redup rimbunan daun. Woi tak tipu lah! Memang gitulah dia. Cantik sangat.

ihsan http://www.facebook.com/anjung.semarak
Tepi Book Garden - kedai buku. Aku order nasi goreng kampong. Ayah Mila belanja kami. Thankz pakcik Hussein. Hehe. Nasi aku sampai lambat, ayah n mak Mila caring woo kat aku. Berapa kali ayah Mila g rush dorang. Nasib mak ayah Mila, kalau mak ayah aku, sumpah aku peluk tanda terharu. N mak Mila word of wisdom, aku macam terbayang2 kalau aku dah tua dah kahwin ada anak, aku nak jadi smart cam dia boleh tak? Confident cam dia. Comel lah dia ngan ayah Mila. Ok2, terlalu jauh aku berangan tu. Cuma yang aku terkilan, aku tak mampu habiskan nasi goreng tu. Banyak sangat. Kalau sampai awal, boleh aku share ngan mak ayah Mila, klo dorang sudi la. =)

So lepas tu, babai2 mak ayah mila ngan mila sekali, eton hantar aku g keta, babai2 eton plak. Msg F yang tengah demam cakap aku nak balik. Aku pun drive dengan berat hati dan sangat berhati2. Penang ni aku seram sket. Tak nak lah kena hon. Dahlah plat number B. Sekali entah macam mana, aku terlepas simpang ke jambatan. La…takkan lah kot???? Ye! Itulah dia.

Aku masuk USM balik..Mengimbau kenangan balik…Kuar ikut Sg Dua balik, dan amik simpang ke Jambatan.

Rasa kabur je mata aku. Shit! Aku menangis ker??

Laju je aku tekan minyak. Babai korang~~~

The end of day 3
-The End-

Khamis, 30 Disember 2010

Penang Krismas : Day 2

Day 2 : 26 Disember 2010

Plan utama hari ni, g kenduri kahwin eton kat Tg Bunga. Eh, aku taip kenduri eton? Tak tak… kenduri abang dia. Hehe.

So, selepas semalaman tidur yang nyenyak ditenung sekor bear dan zirafah, aku bangun agak awal. Tak basuh muka pun terus layan baca Men from Mars, Women from Venus (intro je kot aku sempat baca). Pastu Haida masuk bilik, bincang2 sket pasal plan g kenduri. So, kena tunggu Mila mai dari SP – mila guide ke rumah Eton. Yahoo…Mila nak mai. (perasan tak? Terus tukar slanga utara bila cakap pasal Mila)

Haida ajak sarapan. Kopi O. Eh, bila aku mandi? Ok, aku sarapan dulu kot. Eh, ke aku mandi dulu baru sarapan. Eh aku tak ingat lah =P. Hmm…mgkin aku gosok gigi dan cuci muka then sarapan dulu? Err…Betul lah…Tak ingat. Grr.. Sambil sarapan, sambil layan majalah Just For Fact…Eh? Ke Just the Fact. Grrrrrrrrr…Ni nak marah ni… asal aku x ingat…Ok, aku ingat sambil2 tu jugak aku layan Ben 10 kat tv.

Ok, jom g umah Eton. Amik Mila kat USM. Tata babai ngan ayah Mila dan heading to Tg Bunga. (Mila manja oo suh ayah mai antaq – walaupun dinafikan sekeras2nya oleh Mila..Haha) Haida Drive. Kami x sesat. Yeay! Oh tak. Ada sekali salah masuk simpang, tapi sempat U-turn. Hehe.

Sampai kenduri, Eton dah menanti dengan cantik sekali. Pheewit~~ Hehe. Salam2 ngan mak dia then terus g melantak la. Sarapan kopi O je tadi. Perut dah macam ada pesta Diwali dah. Nasib ada kari. Memang kena lah. Habis makan xmo bangun dah. Terus layan menyembang. Sekali sekala ada iklan dari anak-anak kecil duk datang dekat Eton sambil cakap “Hai, aunty cantik~~~” something like that lah. Sampai berbaris anak2 tu nak puji Eton. Hmm…Eton jampi apa mereka2 itu (nada nak amik petua..haha). Sangat comel. Lepas tu…. Jeng Jeng Jeng… terbongkar lah satu rahsia (xde lah rahsia sangat pun)… aku, mila n eton pakai hanset sama model wei!!! Apa ni??? Haha. Unexpectedly. No planning ke whatsoever. Chemistry ker? Mujur Haida taste agak sedikit tinggi, kalau tak, ntah2 sama gak. Ha kau…amik, BORIA. Haha. Lama duk menyembang, kesian tetamu lain xde meja nak duk. Kami, walau agak macam sedikit berat hati nak tinggal kebestan sembang ngan Eton terpaksa akur lah. Zuhur pon tak tunai lagi. Dan tenaga Eton diperlukan utk kerja selain menyembang dengan kami. Haha.

Ingat nak g Gurney, tetapi persalinan yang sedikit tradisional itu memungkinkan kami nampak seperti orang keje pejabat tgh mengular (walaupun ahad). Kami cadang nak balik je lah ke Bayan Lepas. Sempat lalu depan Fort Cornwallis, Haida ajak melawat situ. No way! Lagi sekali – dengan baju yang sedikit tradisional itu, tentu kami nampak seperti cikgu2 sejarah tengah wat research kesan penjajahan. Takmo ah. So, kami pun balik. Haha.

Solat, mandi, semua2 lah. Jom g jalan2 ngan mila plak.

HDD Mila rosak – mana nak g? BJ lah mana lagi. Sekali g situ, tokey dia test2, ok plak. Mila sedikit hmm…blur disitu. Haha. Tapi ok what? Mila dah buat muka sugul before tu takut kehilangan cerita2 korea koleksinya klo HDD tu betul2 rosak. Pengakhiran yang gumbira, kami pun main bowling. Ha kau…amik Mila strike banyak kali. Gembira punya pasal kot. Haha. Aku? Malas nak cakap lah.


Masa bowling, ketaq dah kelaparan. Eh? Last makan masa kenduri tadi jer. Nak dinner! Nak dinner! Ajak F. Hehe. Walaupun baru baik demam dan masih batuk, dia tetap datang. =)

Hammer Bay. Yes! Setiap kali datang pun ader je perkembangan terbaru. Kali ni, ada pelantar tempat makan bersila betul-betul tepi laut. Angin malam, fuh! Sepoi tak berapa sepoi la. Sejuk! Malam tu Piala Suzuki Final Malaysia vs Indonesia. Ha lagi sekali. Amik kau. Dekat ngan skrin kami pilih tempat. Makan2, sembang2, belajar word baru dari F – Hat Trick. Mila dok sebut hat trick tu aku cam bayangkan hetrix. Aku mana tau bola. Maka F pun wat kuliah ringkas apa itu h.a.t-t.r.i.c.k. Maka kami pun tau. Ha, boleh menunjuk sket la pasni (mungkin kepada orang yang juga x tau bola). Score 3-0. Malaysia menang kali ni. Tunggu sampai habis. Hihi.

Babai2 F (kesian dia sakit)dan g Pesta Penang – kan dah cakap g dua kali. Untuk buat gila lagi.



Ingat nak masuk Haunted Castle. Sekali, satu keta 2 orang je. Nak 3! Tak jadi ah. Naik Challenger. Gila. Yang ni memang betul2 gila. Aku rasa dalam makanan Hammer Bay tu ada dadah la. Sebab sepatutnya aku tak gila macam ni. Weh, aku penakut lah! Kenapa aku nak naik Challenger??? Masa naik tu, memang dahsyat la. Aku rasa aku dah mati sekejap. Tapi tak takut. Kuat gak la Haida ngan Mila menjerit2. Eh tak, memang kuat pun. Haha. Turun je Challenger, muka masing2 berpusing2. Dapat je menapak kat bumi nyata, terus riuh macam anak ayam kami bercerita pasal perasaan masing2. Tak nampak orang dah. Excited woO. Pencapaian tu. Tahun depan jimat sket, tau dah Challenger out of the list – xmo naik dah!




Ada token lagi, xmo tikam2. So kami pilih mainan yang manja2 sket untuk dinaiki. Demi memulihkan semangat Challenger tadi. Coaster – rasanya ader X depan Coaster tuh. Boleh naik 3 orang 1 cawan..Hmm..cawan? 3 token je. Dan takkan rolling2. Good. Ok, set? Jalan. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………. semua menjerit. Cawan tak stabil. Tak cukup lagi 1 orang. Terjongket wei!!! Pastu cawan tu berpusing ke kiri kanan. Terhentak2 kepala aku. What???? Ini tak manja langsung. Turun naik rail. Sekuat hati menjerit. Tak stabil punya pasal. Nanti tak pasal2 terbalik plak. Jerit lagi, lagi dan lagi sampailah kat hujung rail abang yang jaga tu pandang semacam. Ye. Tau lah mainan budak budak. =P

Balik tu g beli ole2 sket. Terus ke rumah Haida. Tak ingat apa dah. Penat.

Lepas mandi aku tengok Mila senyap jer. Dia kata dia pening. Aku teka dengan pasti. Mesti sebab X-Coaster. Sebab berpusing2. Tak rupanya. Dia pening sebab Haida pusing2 nak parking. What??? Haha...Yelah, bertingkat2 tu parking lot kat umah Haida.

Layan fb jap. Tido. Haida tido depan tv lagi.

Tanpa disedari oleh Mila, dia menutup pintu bilik Haida. Oh No~~~ dan aku plak dah tido - tak sempat nak bagitau.

The end of day 2
-Bersambung-

Rabu, 29 Disember 2010

Penang Krismas : Day 1

Day 1 : 25 Disember 2010

Percutian ke penang tak pernah menghampakan. Mesti berbaloi punyalah. Dan keputusan aku nak bercuti on December rasa2nya adalah keputusan yang bijak. Tak sia2 aku jimat cuti tahunan. Haha. Walaupun tak lama, tapi memang puas hati. First day, aku nak jumpa F, but….. he was sick. X larat. Kesian dia. Then xpelah. Aku pun hang out ngan haida n yana. Aku g specifically on Christmas, so memang jammed habis la. Hmm. Tapi tu lah. Rezeki kan. Jammed gler pon last2 dpt parking dekat ngan queensbay. Tengok wayang citer Gulliver’s Travels. 3D. Masa jalan2 kat qb jumpa lah a few of their students. Rasa kelakar lah. Terus tetiba dorang acted mature. Haha. The movie was fun. Kick start utk fun fun days ahead. Haha. Lepas movie, snacking jap kat J.Co, first time g situ. Nak try donut dia. Memang best. Best dari Big Apple my favourite. And wayyyyyyyyyyyyyyyyyyy better than DD. And less sweet than Krispy Crème. Hmm.. J.Co paling dekat ngan umah aku kat mana erk???


Pastu g pesta penang plak. Walaweyh. Akhirnya. Pergi jugak. 3 tahun duk penang. Tak pernah sekali pun g.


Maka bermula lah kegilaan yang tak terjangka. Aku macam tak percaya aku naik Sky Ryder. Buaian yang berpusing laju tuh. Seingat aku, masa aku form 1 ke form 2, aku pernah naik satu mainan ni kat Teluk Batik. Aku turun hampir menangis dan berjanji takkan naik lagi apa-apa mainan yang melibatkan gravity, humbanan, dan sewaktu dengannya. Aku rasa aku ada masalah jantung. Sekali kat Pesta Penang aku naik mainan yang berkali2 lebih ngeri dari mainan tu. Memang aku gila. Tapi rupa-rupanya, tak lah teruk sangat. Haha. Maybe sebab ada kawan-kawan yang aku sayangi. Haha. Dan, aku takde masalah jantung rupanya.


Main tikam-tikam. Nak sangat bear besar. Rasanya, baling 3 biji bola dalam bakul tu cam senang. Memang senang pon. Tapi sekali je la. 2 kali lagi mesti lantun balik. Dapat lah key chain kecik comel kaler aqua. Aku suka!!! Aku letak kat kunci keta. Haida dapat sebiji. Yana dapat sebiji.


Well, betul lah kata orang. Kenangan yang sesuatu objek tu bawa lebih berharga dari harga sebenar objek tuh. Aku bukan senang nak into something. Tapi aku letak kat kunci keta (benda yang paling penting buat masa ini). Dan setiap kali tengok, aku rasa hati aku ni happy giler. Pesta Penang was spectacular. Ramai giler manusia. Orang-orang berniaga. Budak2 menangis pun ramai. Kalau tak cerdas dan cergas, cabaran gak r nak bersesak2 tuh. Parking was scarce. Jauh tu kena jalan. Pastikan diri sendiri tahu doa halau anjing, kalau tak, sila bawak payung…in case... Kalau makcik dan pakcik berjalan, mau RnR dua tiga kali before sampai pesta. Conclusionnyer, eh..tak2… aku datang dua kali. So ni belum conclude lagi.

Dinner agak lewat. Lepas balik pesta. 12.30 kot. Sebab dah pagi, aku n haida sarapan nasi lemak terus. Kat Khaleel. Yana je makan mee bandung. Tawar katanya. Malam tu layan facebook jap. Haida angkut bantal tidur luar depan tv, dia suh aku tidur atas katil tilam dia. Berat hati aku. Tapi lebih dari tu, aku terharu. Well, tak lama aku rasa bersalah. Tilam dia empuk giler. Bantal pun. Sambil ada sekor bear biru dan zirafah mata besar duk tenung aku hujung katil, aku tertidur (Haida, dun worry…aku tak peluk pon mereka, so xde air liur basi aku kat bear n zirafah ko..Haha)


The end of day 1
-Bersambung-

Intro Penang Krismas

Aku baru balik dari Penang. 3 hari kat sana. Best giler. Bak kata Spongebob dalam lagunya "Its the best day ever~~~~"... tak tau lagu apa? abaikan.

Maka tak cukuplah satu post utk ceritakan apa yang aku buat kat sana. Maka lagi, aku amik keputusan utk buat 3 post berasingan. 1 untuk setiap hari.

Post ni nanti agak personal, lengthy, dan walau berapa details aku cuba, ternyata ada banyak benda aku kena skip out gak. Kalau tak, 3 hari gak la korang baca tak habis2.

Bunyi macam poyo sket, tapi post ni tak lebih sebagai tanda ingatan aku kat pengalaman2 indah yang aku jalani. so andai nanti, andai lah, siapa tahu, aku takde peluang lagi nak jalani semua ni, aku boleh buka balik blog ni, baca balik dan ingat balik.

ye lah. kita mana tahu masa depan kan?

hehe. excited nih. konon macam nak publish buku. haha. so esok lah.

Isnin, 20 Disember 2010

gado2 comel

kanak-kanak comel kan? semuanya kecil. tangan kecil...muka kecil...mulut kecil...

tapi bunyi banyak...aku suka gaduh dengan diorang. seronok. ni aku baru bergaduh dengan babyboo (panggilan je bukan nama sebenar)

babyboo: KAK LIZA!!!!!!!!!!!!!! KENAPA KOMPUTER KITA PADAM???!!!

serius macam guruh... terkejut aku... budak2 lain pun terkejut...semua pandang babyboo...

babyboo: kenapa padam komputer kita?! kita dah sampai tingkat 5 (ntah game apa yg dimainnyer)...penat tau... (ader aura nak menangis disitu...)
aku: APER????
babyboo: ~~~mengulang balik ayat dia tadi~~~

aku: bukan akak la... xde makna nak kacau kau baby... (merujuk kepada kuasa aku yang membenarkan aku close mana2 app dari komputer Admin)

babyboo: habis tu kenapa mati?
aku: mati???

baby diam menunggu bicara aku...budak lain yg xde keje pun sama...
tiba2 aku blur~~~

aku: PADAN MUKA!
babyboo: waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Isnin, 13 Disember 2010

Fenomena lelaki korea

Dalmation (adik aku sure mengamuk aku kutuk dorang)

semenjak cuti semester universiti bermula awal November lalu. adik aku di rumah. kejenyer asik dok mengadap laptop je. mak tak betah tengok modem berkelip-kelip. kejap2 berperang dengan adik. namun belum sampai tahap mak offkan mende alah tu. mak takut. yelah, aku pon takut dowh. bayangkan dia tgh mendownload. nak mampus?

ye. adik aku mengadap laptop tu bukan buat keje berfaedah pon. menonton cerita korea. tak kisah lah filem, drama, game show, MV... semualah. adik aku perempuan. normallah. kadang2 dia bawak kroni dua tiga orang (yang kejenyer juga mengadap laptop). kadang2 gamat ruang tamu umah aku bila dorang bincang pasal citer2 korea ni. serius nak mampus. macam bincang macamana nak gugurkan bom atom. maka, aku selalu duk dapur or terperap bilik je.

bercakap pasal korea, punya hebatlah influence dorang ni ke atas adik aku. sampaikan adik aku yang memang tak amik tau pasal dunia sekeliling, boleh terangkan kenapa korea utara serang korea selatan dengan details dan emosinyer.

hmm... aku bukan tak suka dia suka korea. aku pun suka. dulu lah. masa lelaki2 korea ni serupa lelaki. maksud aku, muka2 yang selalu berlakon drama, filem, mmg muka lelaki sejati. tapi sekarang? kenapa aku tengok dah jambu sesangat lelaki dia. mana peginyer lelaki2 macam lee dong gun, kwang sang woo, bae yong jun,...ha...sape lagi? Won Bin...

kenapa lelaki korea yang mendominasi tv skang ni semuanya kulit mulus, kurus kering dan.... suka pink.

tu...yang berlakon Boys Over Flower tu.. Jun Pyo. adoyai... baju2 dia kalah Katy Perry. Katy Perry lagi maskulin.

belum citer MV band korea ni lagi. terkepit2. Apa dorang ni pinjam koreografer Wondergirls kerrrrr? menjadikan aku segan silu nak tonton mereka.

Segan lah. Pasal aku lagi ganazzz.

p/s: teringat 1 game show di Hong Kong mengulas fenomena ni : Lelaki bagaimana yang menarik minat wanita zaman sekarang? Lelaki korea: berkulit putih dan sangat kurus. Hingga bila wanita melihat mereka, terus terbit perasaan ingin melindungi. Wau!

Rabu, 1 Disember 2010

3 Idiots (2009)

siang tadi relax2 sebab cuti. ambil peluang tengok cerita yang memang dah lama aku teringin nak tengok.


hindustan. ya hindustan. memang stylo habis la citer ni. 2 jam lebih tak terasa langsung. garapan realiti dalam penceritaan yang hampir fantasi. permainan emosi diadun dengan sangat baik. plot woven in a smart way. dan yang paling best, unexpected humor.

tabik kat Aamir Khan. comel giler. ya comel giler. aku tau dia dah tua. tapi betul dia comel giler dalam citer ni. dan selalu buat pemberontakan comel. geram aku. haha.

mengambil latar belakang kehidupan di kolej/universiti. competition can be scarce. tuntutan untuk menjadi yang terbaik meletakkan pelajar dalam tekanan yang maha dahsyat. familiar?

cerita ini adalah tentang self-actualization. tentang apa yang kita suka. dan live simple.

No fear. Aal iz well.

moh tgk trailer

Khamis, 25 November 2010

Omelan demi omelan

i am not in a good mood.

beban kerja yang banyak dan bercelaru, buat aku betul2 fed-up. kerja itu x susah pon. tapi banyak. cuti 2 hari macam x cukup nak revive balik spirit yang kendur ni.

sudahlah macam tu, ada problem connection kat tempat kerja. ada orang download movie. (aku teringin nak tengok bukti - sebab macam aku dah monitor giler2 kot) kata 'mereka' tempat aku lah top downloader. in which put me in great WT*???. pastu highlight banyak2 kali kami top downloader??? kat emel ke orang atas pun cakap. ke penyelia pun cakap. perlu sangat ke???? accused for the things u have no clue - rasa looser giler.

ha...cakap lah banyak2 kali. ke sentap aku include dalam report kata internet slow.korang x buat kerja? klo xde menatang selfcheck tu, semua kontraktor pun wat sambil lewa kan? bila orang yang dihantar report tu baca selfcheck, forward emel, barulah gelabah nak tepon tanya apa probs. buat system report kerosakan, tapi untuk apa? POYO! setiap kali pun macam tu. semua sama. dah selfcheck baru gerak.

ya memang aku conformist. dah kat selfcheck ada tulis ruangan untuk tanya status barang2 dan perkhidmatan, klo dah patah, rosak, lembab...takkan aku nak letak good kot. aku report kat system korang, wat derkkkk jer. klo korang busy handle prob tempat lain, ha, reply je la kat 'orang atas' tu cakap, first come first serve. aku x kisah pon korang nak letak kami dalam queue keberapa. bukan untung aku yang dapat pon.

dah selfcheck, boleh plak korang serve kami. aku experiment hari tu, x hantar selfcheck, buat report kat system jer, HARAM~~~ dah tu, klo yang prob tempat lain tu korang letak turn no. berapa plak?? pelik aku. asal aku selfcheck je, mesti berdering2 tepon aku tanya pasal prob tu. tak busy plak handle prob orang lain. ke orang lain x hantar selfcheck?

bagus betul, asal x down kan je terus line internet tu setiap isnin. x bolehlah kami hantar selfcheck. selamat korang.

penyelia pun sama. asal ada prob pape, sure akan tanya
"dah report ****** (nama system)"
klo jawapan "belum"...sah2 memang kena bambu la kat situ.
padahal kat mana value system tu? report pun berminggu2 baru settle (selalunya lepas selfcheck). buat system tapi x reliable. maksud aku system tu as application reliable dah. but system yang part manusia handle tu yang ...hmm ntah la.

memang salah aku into sangat kerja sekarang ni. jadikan a part dari diri sendiri. aku patut separate. its reputation not mine. pukul 6 je aku nak punch out. maksud aku, punch out terus relation aku dengan tempat kerja ni. physically, mentally and spiritually. not worth it.

p/s: terfikir2 - selain gaji dan pening kepala, apa lagi yang tempat ni bagi aku? acknowledgement? nah~~~~ yang tu pengurus aku selalu dapat.

Ahad, 31 Oktober 2010

The Letter (2004)

Aku tidak dapat menafikan kecintaan aku pada filem Thailand. Bagi aku, tahap mereka memang sudah jauh ke depan. Penceritaan yang baik, dan pembawaan emosi yang santai dan bersahaja; berjaya menghubungkan setiap watak dengan penonton.

Cerita terbaru dari negara gajah putih ini yang aku tonton, The Letter (2004) - remake cerita korea Pyeon Ji (1997).

Cerita ini berjaya meruntun setiap sel hati aku. Aku menangis semahunya. Kalah air mata ketika Titanic. Tengok ketika larut malam dan terus tidur selepas itu, esoknya mata memang sembab. Silap-silap, orang fikir aku putus cinta malam tadi.

Mungkin sebab cerita ini agak relate dengan realiti persekitaran aku. Perempuan itu programmer dan lelaki itu sweet sangat2. Masa aku sibuk baca komen kat youtube, mengatakan lelaki macam tu tak wujud dan kalau ada tentu mereka-mereka nak culik buat laki - aku teringatkan seseorang. Aku harap aku dah jumpa.

Tapi aku rasa aku takkan tengok untuk kali kedua. Ending dia sedih giler.

Isnin, 25 Oktober 2010

kejadian semalam

ada org suruh aku update blog. pasal peristiwa semalam. di kapar. aku malas.


ok, sekian sahaja.

Sabtu, 23 Oktober 2010

ragam pelanggan

sabtu. tengahari.

aku, macam biasa. kerja. jaga kaunter.

gadis 1 dan gadis 2 masuk ke dalam PJK. muka ragu-ragu. dari pintu masuk aku sudah perasan. kedua-duanya berjalan ke arah kaunter.

aku senyum. menunggu pertanyaan. mereka juga senyum.

aku masih menunggu pertanyaan. dan mereka masih senyum.

mereka pandang satu sama lain, senyum.

aku masih menunggu. dah tak berapa nak senyum.

gadis 1: cakaplah... (menyuruh rakannya)
gadis 2: nak cakap apa? (bertanya gadis 1)
gadis 1: tanyalah apa-apa pun. (buat muka selamba macam tiada apa, siap pandang-pandang ke siling)
gadis 2 memandang aku dan mencuit rakannya: ko la tanya...
(gelak-gelak mereka berdua sedangkan aku kabur dengan situasi ini)
aku: nak apa dik? (aku buntu, nak fotostat ker? atau nak tanya pasal netbook percuma ker? atau nak print ker?)
gadis 2: nak guna CC...
aku: PC?
gadis 2: komputer...
aku: pernah datang tak? (aku dah bersiap sedia nak ajar kalau first timer)
gadis 1: pernah... (sabar je la aku)
aku: tahu guna tak?
gadis 1: tahu...
aku: gunalah...


p/s: ada juga yang hilang time lunch ni kang...

Isnin, 18 Oktober 2010

Owh no! Cikaboom Calar

(bosannya...)

semalam dalam segala macam kekusutan. kereta kena calar. well, accidently tercalar. teringat abang aku tampar anak dia masa calarkan keta. takkan aku nak tampar jugak. ni anak orang. maka, aku bernafas dalam2 dan berfikir2 kos membaikpulih. walaupon xde idea. aku nyanyi2 sket. menghilangkan gundah. gila sekejap aku rasa.

balik kerja aku masuk keta x tengok2 lagi dah. sekejap je rasa dah sampai umah.

sampai rumah capai tuala dan gosok dengan car shampoo. LUCKILY hilang hitam2 tuh. tinggal nampak x nampak je. Bubuh wax tebal2. G mandi. Sembahyang. Pastu gosok wax yang dah kering tu. LUCKILY calar tinggal samar2 je. Alhamdulillah.

Pergi kerja mak tanya apa nak buat kalau budak tu ada. aku jawab nak cekik dia.

Nasib x datang. Well, takkan nak datang.

Ahad, 3 Oktober 2010

Bila tak berasa apa-apa

kerana terlalu leka dengan dunia, jarang bercakap denganNya. bila hati mula beku tak berasa, aku takut. mujur.

Ya Allah. Ampunilah aku.



p/s: jangan lupa, rohani pun kena makan juga.

Jumaat, 17 September 2010

high makan kuih tak henti2

lebih seminggu bercuti. mula bekerja hari ini.

tiada apa yang menarik raya ini untuk dikongsi. even gambar. kenapalah aku tak fotogenik.

depan ofis ada kucing mati. busuk. aku bayangkan diri sendiri bersihkan bangkai kucing tu. oh tidak. susah. maka aku masuk terus buat bodoh.

pagi-pagi tadi aku terbaca artikel di Yahoo Featured. The Idler - how to be happy doing nothing. aku x dpt provide link. di mana ntah aku baca. aku selalu takde benda nak buat. boring. aku rasa bersalah. padahal, happy sangat ke jadi busy. lepas ni aku tak kisah.

i am lucky and got money. n i should be happy.

p/s: kucing tu selamat di"mansuh" oleh rakan sekerja.

Selasa, 14 September 2010

Selangkah ke alam... dewasa?

atau......tua.....?

tgk balik gambar dolu-dolu. bengang tul. apsal skang muka aku tembam, sembab, ngan dull je. Wah, ada lines plak kat area mata. nak kata main panas beriya2. dulu lagi kuat berjemur. skang duk air-cond? dulu pon air-cond gak. siap sekolah ada air-cond. nak kata keje kuat sangat, dulu masa SPM lagilah 11 subjects. Tiap2 malam revision. so?

owh then aku teringat...

tada!!!!

Olay Total Effect

aku curi-curi pakai mak punya time sekolah dulu. jadi aku beli 1 skang ni. xkan nak pow mak punya gak dah besar-besar gini. malas nak review lebih-lebih. baru je start pakai malam tadi. bangun pagi ni, wow! as expected. pore dah kurang visible. kulit rasa lembab. baru semalaman. kalau seminggu? sebulan? berjayakah aku jadi cute cam zaman sekolah dulu. erk? cute ker? err... err...

tapi yang paling best tentang Olay Total Effect ni, texture dia. Ringan. Non-greasy. Macam lotion. Pengalaman ngan mosturiser before ni, aku paling frust kalau berpeluh. Mula lah krim tu cair kat muka. Tapi tidak dengan Olay. Yang ni guarantee. Pasal kan dah lama aku pakai sejak....well...u know.... Hehe.

Aku selalu hangat-hangat tahi ayam bila bab pakai2 pelembab maka aku harap before aku give up, muka dah start ok.

p/s: bab tembam tu x boleh buat apa la.

Ahad, 5 September 2010

Dorm 2006 - bukan citer hantu biasa-biasa


kadang-kadang aku suka bila bosan dan jemu. sebab masa nilah aku akan selalu jumpa perkara2 berharga. tak kisah la apa jenis sekali pun. sebab masa ni jugak aku akan berani amik risiko. Bukan semuanya berbaloi, tapi kalau x pun, tak rugi apa. layankan je la bosan tu. Bosan!

Aku rasa ramai dah tengok citer ni. menang banyak award, local dan international.

Aku tau citer ni dah lama. Tapi takut nak tengok. Macam2 aku bayangkan. Lagipun aku ada sebab. Sebab pertama, masa citer ni kuar aku masih kat uni. Apa kes kan tengok citer hantu yang atmospherenyer lebih kurang sama dengan atmosphere tempat tinggal ketika itu. Sebab kedua, aku memang skeptical dengan tahap keberanian aku menghadapi citer hantu Thailand. Citer hantu melayu pun goyah, inikan pulak Thailand????

Maka tadi (aku lupa kenapa aku sampai ke trailer Dorm dan terus layan video citer ni kat Youtube), internet agak laju dan bulan ini bulan Ramadhan (takde setan nak kacau kononnya), aku tengok citer ni. suku kot, aku cam dah nak surrender. kecut. tapi menggelabah nak tengok gak. Pasal citer makin best, makin suspens (well korang tau lah bila citer asal usul hantu dibukak, korang sure nak tau mystery kenapa dia mati la, sape bunuh dia la...bla bla bla).

Citer ni memang berjaya buat aku rasa apa yang Ton (watak utama) rasa. Masuk asrama baru, outcasted, takut ngan hantu. Sadis. Tapi di saat2 berkecamuk tu, muncul sorang lagi watak (Vichien), kawan baru Ton. sama macam dia berjaya menenangkan Ton ngan pergolakan kat tempat baru tu, dia pun berjaya menenangkan aku sebab xde scene2 hantu suspen kuar nak cekik budak dah. Lega.

Tapi apa yang betul2 wat aku salute kat citer ni bila aku tau Vichien yang sempoi and cool tu rupa2nya hantu. Bagi aku drama dalam ni agak berat. Tapi cukup sesuai dengan pergolakan emosi budak2 sebaya tu. Jadi budak2 bukan happy sentiasa kan? Memang budak2 selalu sedih untuk perkara2 remeh, macam kena berjauhan dari keluarga, tapi sedih budak2 ni pun bukan main2. At least aku pernah rasa kena paksa duk hostel. Nasib takde hantu.

So, half of the story berkisar tentang persahabatan Ton ngan Vichien si hantu ni. Relation antara kejadian2 kencing malam dengan Vichien serta punca Cik Pranee (warden) jadi pelik. Ton belajar sesuaikan diri. Di akhirnya, Ton tolong Vichien rest in peace bak kata omputih. Boleh plak Ton geng ngan bebudak jahat yang kenakan dia mula2 tu. Apa2 pun citer ni memang brilliant. Dari segi storyline, casting, gambar dan drama yang berjaya wat aku nangis.

p/s: giler panjang aku tulis. maknanya citer ni memang worth watching. bukan citer hantu biasa2.

Ahad, 22 Ogos 2010

Kenapa diciptakan jam?

Entah aku patut tulis pasal ni atau tak. Mungkin aku akan cederakan banyak hati. Tapi percayalah, hati aku memang dah hancur luluh penyek tinggal debu dek perkara ni. Jangan salahkan aku, didikan aku memang begini.

Kenapa diciptakan jam?

Untuk tengok waktu. Untuk buat janji. Tapi berapa ramai sangat manusia yang tahu menepati janji tentang masa. Cakap pasal hal ni, buat aku frust. Aku tidak cakap soal aral melintang ke kecemasan ke. Aku bukan takde agama. Kita cuma merancang. Ya. Dan aku pernah juga jumpa aral melintang.

Tapi soal masa ini, ramai yang tak amik pusing. Buat apa kau janji nak jumpa pukul sekian2 tapi kau sebenarnya tahu, kau tak mampu datang waktu itu. Kau ingat kau je ada masa. Masa aku?

Sedihnya bercakap tentang masa ini, sedih menunggu. Tapi lebih sedih bila tahu orang yang aku tunggu sedang buat sesuatu pada waktu dia sepatutnya jumpa aku.

Kalau kau janji nak jumpa aku, maknanya masa itu, jam itu, minit itu, saat itu kau hanya patut dedikasikan masa kau dalam usaha berjumpa aku. Bukan pergi buat benda lain untuk orang lain. Lagi-lagi kalau kau dah janji on exact time. Flexibility aku ada had. Aku cakap aku tak kisah. Tapi kau fikir sendiri la, kalau kau, kau kisah? Aku bukan babu kau. Kau bukan VIP. Kalau tak boleh, dari awal cakap tak boleh. Aku boleh buat kerja berfaedah sikit dari jadi babu kau.

Tak payah cakap sorry. Aku paling benci tu. Sebab lain kali kau akan buat lagi.Ada manusia yang memang pandai create aral melintang. Setiap kali.

P/s: adakah aku juga tak patut salahkan kau sebab didikan kau memang begitu?

Khamis, 19 Ogos 2010

test IQ anda

download fail ini. Credit to Danya.

Challenge of Math and Your Mind……….

Some people say:

If you are engineer, you can solve this within 3 minutes; If you are
architect, you may need 3 hours;
If you are doctor, you may need 6 hours; If you are accountant, you may
need 3 months;
If you are lawyer, you may not get the answer forever……….…

Is it true???

Try to find the number in “?” symbol, this is the answer to open the
attachment.

|---+----+----+------+------|
| 2 | 3  | 4  |  15  |  12  |
|---+----+----+------+------|
| 3 | 4  | 5  |  28  |  20  |
|---+----+----+------+------|
| 4 | 5  | 6  |  45  |  30  |
|---+----+----+------+------|
| 5 | 6  | 7  |  66  |  42  |
|---+----+----+------+------|
| 6 | 7  | 8  |  ?   |  56  |
|---+----+----+------+------|

Answer is the password to open the attachment. Once you get it, please add
your name inside and forward to your friends.

p/s : i get it right within 5 minutes. what about you?

Isnin, 16 Ogos 2010

Tenkiu Tuhan

sejak beberapa tahun lepas, aku minta sesuatu dari Tuhan. tak pernah jemu dan x mampu nak give up sekalipun.

hari ini, Dia menjawab semuanya.

Ok, aku boleh hidup dengan tenang lepas ni.

p/s: jangan tanya apa hal.

Makna Nama

Masa sekolah rendah dulu, ustad aku pernah tanya makna nama aku. Aku tak tahu. Aku balik tanya mak aku, dia pun tak tahu. Ayah aku? Huh! dia kata dia letak pasal nama tu popular (time tu la). Jadi selama bertahun-tahun, aku tidak tahu makna nama aku sendiri.

Aku curious, tapi aku tak tau mana nak start. Masa itu ICT tak dominan. Maka ramai kawan-kawan yang jeles (ya, aku tau dorang jeles) suka2 hati bagi makna kat nama aku, dan semuanya memang memalukan. Bodoh. Mereka mempengaruhi budak-budak lain dengan menyatakan makna tu orang kuat agama kat kampung mereka yang cakap. Kuat agama apa? Islam? Tak mungkin. Nama aku bukan dari Bahasa Arab (serius aku jeles ngan orang yang namanya dari Bahasa Arab, at least aku rasa mak bapak mereka tengok kitab sebelum bagi nama). Bukan main bagi macam yang ayah aku buat.

Nama aku berasal dari perkataan Hebrew - Liza. Bahasa orang Yahudi. Bermakna My God is my vow. Bagi aku, maknanya baik. Aku harap setiap perkara yang aku cakap, adalah demi Allah. Ayah aku sempat bubuh Nor (Nur) kat depan. Bagus la tu, Arabic-Hebrew. Tu yang aku selalu ada split personality tu. Macam mana dua bangsa yang saling bermusuhan ada ada dalam nama aku. Haish.

Jumaat, 13 Ogos 2010

you who call yourself a friend

manusia ni macam-macam. ada yang baik, ada yang tak. well, manusia tak perfect. aku pun manusia.

tapi, aku tak kisah pun bila berkawan. bukan sebab aku baik. cuma, aku rasa aku ada sifat toleransi yang tinggi ngan perangai manusia. kalau jahat sikit2 tu, aku x amik pot pun. jangan dia suka bangkang aku tanpa sebab and tikam aku dari belakang, sudah..

itu bukan bermakna tak boleh disagree ngan aku, tapi bagilah reason best. aku takkan segan mengaku aku salah, or impressed kalau betul2 reason tu jelas. walhal, aku sangat tertarik kot ngan orang-orang yang berjaya sangkal pendapat aku dengan reason2 best dan unexpected. =)

beberapa hari lepas (minggu to be exact), jiwa sahabat aku ni meruntun gak r. goyah dengan apa yang aku percaya selama ni. a friend that I thought I can rely on, talking behind my back. untuk manfaat yang sangat kecil. maybe untuk kepentingan dia sendiri. hal kecik tapi cukup melukakan hati aku. gurauan tapi cukup untuk menunjukkan hati budi dia. yang lebih sedihnya, she never object me, or tunjuk dia tak puas hati. all of sudden, aku tau dari another friend. caya x caya, dia mengaku dan cakap dia pun sama dengan apa yang dia kata aku, which I know she had no clue. mata aku betul-betul terbukak. hati aku pon.

patut la ramai orang x berapa suka dia despite personality dia yang baik, funny, caring. aku rasa its unfair to trust others before her. tapi skarang, aku tau la.

Selasa, 10 Ogos 2010

Jumaat, 6 Ogos 2010

Saya rindu ....

Its been a year. Officially left there.

When I was a student there in USM. Life was hectic. To the point that I can call miserable. Life was all about competition. At least to my inner self. Luckily, there were friends. We searched happiness in little fractions of time in between those you can call heavy moments. And of course, with very limited resources. Kitorang suka fancy food, cold midnight movie, shopping etc etc. Dan semua tu memang membantu kami (or aku jer) agar tak jadi gila.

I thought I am going to miss that the most when this time arrive. True. I am missing it. But surprisingly, aku paling rindu ni,

the sea the sky the sun

Penat giler jalan g kelas Management kan?
Lepas subuh sambil minum Nescafe. Indah
Senja kadang-kadang can be so "Alice in Wonderland"
Assignment banyak takut nak night out
Aida ko ingat x masa motor ko habis minyak?

I appreciated everything I had. There was a time I get up in the morning and feel that I am not wasting even a little tiny of ME. And that feeling I miss the most.

Ahad, 1 Ogos 2010

Kisah dua tiga hari ni

berikutan post aku sebelum ni. Aku akhirnya betul-betul jatuh sakit. Pandai badan aku pilih timing. Betul2 aku start selesema hari Rabu (my official off day). Bongok. Tak boleh la MC. Kenapa? Saje. Nak rasa makan gaji buta. Sedap ke?

Maka menidakkan kerja doktor (ok, watpe nak jumpa doc klo tak perlu MC kan?), mak telefon someone yang memang sudah lama ingin dikenalkan dengan aku. Sape? Berdebar2 ni. Makcik tukang urut. Waduh! Gi mana ni dong? Dari perbualan telefon mereka, sah! Orang Jawa. Hari Khamis appointment.

Pertama sekali, aku nak tanya. Sape kata berurut tu best? Sape kata? Jawab! Sape kata? Meh aku henyak sekali. Sakit gila. Paling sakit dekat tapak kaki. Sabar2 je la aku. Kalau ikut kudrat, mau tercampak makcik tu. 2 jam yang azab.....T_T. Dorang menyembang, aku plak mengerang2, gigit bantal, dan menyembam muka. Makcik tu balik, aku mengadu tak nak urut or pantang orang Jawa kalau beranak. Well, kalau kawin, kalau ada orang nak aku ni...err....malas la citer tu.

Petang tu terus demam. Mak aih. Selesema, hidung tersumbat, nafas sesak. Sudah. Kang tak pasal2 semput pulak. Maka, aku jumpa Dr Hamid. Tua dah dia. Lama x jumpa. Eh, school mate aku assistant dia? Ok, number exchanged. Senang nak roger2 MC - err..maksud aku, keep in touch...iya..betul...keep in touch. *Bongok ko liza

Balik makan ubat, tido, bangun, makan, makan ubat, tido dan begitulah rutin yang sama diulang2. Oleh kerana daya pemikiran aku dipengaruhi dadah pada waktu ini, aku campak phone jauh2. Takut aku terrrrrrrrr buat perkara2 yang x senonoh di luar tahap normal aku.

Dan perkara ini berlarutan hingga semalam. Maka petang, aku stop ambil ubat dan g mintak MC cara halal dari doktor yang sama. Kacang. Terus dapat. Pastu drive sejauh 20 km dalam hujan lebat hanya untuk membeli beberapa biji roti.

Hari ni aku start keje balik. Batuk sikit2 tapi kepala dah ok. Fikiran pun dah ok. Tengahari tadi sempat menghadiri kenduri Dila.

p/s: Aku tipu MC time sekolah dulu je. Skang xde dah. Percayalah wahai majikan atau bakal2 majikan di luar sana.

Ahad, 25 Julai 2010

Semalam, Malam Tadi dan Hari Ini

semalam berperang dengan nyamuk. rajin2 aku nak basuh kain, rupanya nyamuk2 durjana sudah sorok diri dekat timbunan kain kotor. maka masa aku masukkan dalam mesin, beribu (ces...exaggerate) nyamuk mula lancar perang kat kaki aku. aku capai botol besi kaler merah. sembur. tapi mereka baka Jepun ke determine terus gigit2 aku. Aku sembur lagi. Sudah tak hirau label arahan tentang jarak dan arah semburan. Udara terasa begitu errr sintetik?

tak tahan aku lari cari oksigen. Pastu mak panggil suh tukar baju kurung. Nak g kenduri umah babah makan satay. Yeay! Errr...kenduri arwah mama sebenarnya. =( Kat sana jumpa long time no see abang a'un yang poyo perasan muda walaupun umO lagi 2 tahun nak cecah angka 30. Jumpa mak razman yang awet muda. Walaweyh tak boleh ingat part dia mintak sudu semalam. Kenapa dia boleh buat dengan comel?!

Eh razman, seronok ko g tgk wayang tak pergi kenduri mama ek? Ces...Lagi 1 mak ko suh ko diet...

Kalau umah babah kenduri, mmg toksah cerita makanannya.
Tunggu hadirin : kuih muih melayu
Menu utama lepas tahlil : Satay, mihun, air oren
Cuci mulut : Tembikai, kuih muih lagi, pengat keladi gula tumpah, tapai warna warni

Aku makan satay je. Tak tipu. Nasi impit pun x makan. Tekak sakit. Mesti kes semburan nyamuk tu. Malam tadi buat slide untuk mengajar sampai pukul 12. Pastu budget nak tido kat hall depan sebab kipas bilik kuar bunyi "mengerekot??". Mak marah. Ajak tido ngan dia. Tak mau. Ajak tido bilik aku amik kipas dia. pun tak mau.
Last2 dia malas, dia masuk tido terus.

Aku selongkar almari, idea nak letak minyak pelincir mesin jahit tu. Rupanya mintak tu ada kat rak milo, teh, kopi. Aku letak kat sendi kipas tu pastu eh, dah tak bunyi. Boleh tido bilik. Selamat duit aku. Tak yah beli kipas baru.

Hari ni aku sakit tekak. Tak la sakit sangat. Cuma suara x berapa keluar. Bagus gak. Aku kadang-kadang malas jugak nak berbual dengan orang. Mengajar pagi tadi je cabaran sikit.

Isnin, 19 Julai 2010

If You Like Something, Bear the Consequences

Takde benda yang percuma dalam dunia ni. In term of money or anything else. Kalau kita nak sesuatu. Kita kena bersedia untuk membayarnya. Bak kata seorang pujangga Inggeris,

"be careful what you ask for -- you might get it"

But there’s always a pay along the way. Jadi, berhati-hati. Bukan maknanya kita perlu takut untuk dapatkan apa yang kita nak, Cuma kita kena kaji akibatnya, Tanya diri sendiri, mampu ke kita hadapi. Contoh, kita suka makan. Akibatnya, kita mungkin takkan berapa langsing. Kita suka shopping. We might end up broke by the end of the month. Kita suka sukan extreme. Well~~ kita mungkin mati. See. Dunia ni ada karma, ada yin/yang, ada positif ada negatif.

Dan memikirkan ini, kita tahu kita tak boleh lari dari kesusahan. Dan tak mungkin selamanya dalam kemudahan, keindahan, kesenangan. Jadi, untuk apa yang kita bakal bayar, tanya diri, berbaloikah kita meneruskan sesuatu minat tu.

"The key to change... is to let go of fear."
"They can't hurt you unless you let them."

Isnin, 5 Julai 2010

Gadoh 2009

"cerita terbaik adalah kisah benar" empunya orked kelabu pernah berkata. aku setuju.

baru selesai menonton cerita GADOH arahan Brenda Danker dan Namron. bagi aku, ini cerita Malaysia paling jujur aku pernah tonton. Mungkin lebih jujur dari filem2 arahan Yasmin Ahmad. Sangat simple namun mampu mewakili dilema terbesar rakyat Malaysia khususnya 3 kaum terbesar Melayu, Cina dan India. Isu perpaduan diolah dengan baik dan dialog saaaaaaaaangat jujur. Serius, sangat jujur.



Jangan risau, cerita ni tak boring. As Malaysian, aku sarankan korang tengok. Kalau tak cukup dengan tu, citer ni ada Zahiril Adzim. Eye candy gak la. Acting dorang memang real. Aku dulu sekolah cina so part gangster cina tu memang resemble almost 100% dari apa yang aku pernah tengok. Yang Melayu tu, hmm....no comment.

Citer ni buat aku terfikir dilema perpaduan kita. Dan mula memahami. Namun sayang, seperti pengakhirannya, kita memang tak mampu mengubah apa-apa.*Sigh.

p/s: Orang Malaysia sebenarnya mampu hasilkan karya yang dekat dihati masyarakatnya, dengan satu syarat: Seni jangan dipolitikkan.

Jumaat, 2 Julai 2010

Sekinchan - Sitiawan - Arau

setelah hampir dua bulan adik aku duk melepak kat umah, akhirnya dia akan mendaftar masuk semester baru pada weekend ni. aku agak sedih. takde la orang untuk aku sakat lagi. tapi dalam masa yang sama, best jugak pasal klo dia ada kat umah pon wat menyepah jer. bukan nak tolong mengemas. haish.

dia yang very last minute type tak tido semalaman packing barang sebab petang ni, lepas kerja aku akan bertolak ke rumah abang. esok ke arau. 6 jam perjalanan ke utara memang kerja yang aku takkan buat suka2. tapi sejak kerja ni, asik terperap duduk di kampung, aku bosan. maka, 6 jam pun 6 jam la.

dengar cerita adik ipar abang pun akan ikut. entah muat ke tak. barang ipoi banyak giler. balik memang la lapang since ipoi ngan labu...eh...barang2nya dah tinggal. Abang cakap, x muat tinggal. Yang pasti bukan aku la. Beg baju ipoi mungkin. Fighting!

Duit takde nak shopping, kan bagus kalau gaji masuk awal sikit. huh!

Owh nak bawak kamera.

p/s: mengarut je aku rasa entry kali ni.

Ahad, 27 Jun 2010

I chose not to be lucky

Baru balik dari profile ex sendiri. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu g profile fb dia. Aku tahu kadang-kadang dia baca blog aku. Dan kalau dia baca ni, sure dia gelakkan aku. Gelak menyampah. Well~~ Xpe, aku memang layak untuk tu.

Aku perasan sejak beberapa minggu ni, status dia dah berubah. Owh. Mungkin sebab tu aku rajin g fb dia. I am just curious. Seriously curious. I am not talking about an easy guy. As far as I know, he never been easy.

MasyaAllah dia punya lah jual mahal masa aku admire dia time remaja dulu. Sebelah mata pun x pandang. Rasa cam nak cekik je dia bila masuk kelas dengan perasaan malu kena reject. Tgk dia macam tgk air yang tenang. You just see the surface. You never know what underneath.

Dan bila kitorang ada peluang jadi kawan beberapa tahun lepas tu in which I thought was impossible, dia memang dingin. Sedingin air dikali. Cewah. Dia memang reserved. SMS jarang-jarang. Cakap telefon tak pernah. SMS benda penting jer. Memang jauh sekali meleret2 cakap kosong. Tapi masa tu aku betul2 dah lupakan kes admire aku dulu tu. Masa memang berkuasa.

Sampailah aku masuk uni, setahun, dua tahun dan praktikal. Dia start suka SMS meleret2. Sikit-sikit, he opened himself to me. His fear, his hope. Special kah aku? Masa itu aku fikir Tuhan sedang membayar balik segala apa yang telah terjadi dulu. Pendek cerita. Kami couple.

It was nice to have someone. But then bila impian dan harapan dia seperti terlalu berat untuk aku jalani, i knew i've lost something. I have lost the feeling yang dulu-dulu aku ingat nak suruh berenang lautan api pun aku sanggup. If ada yang patut disalahkan, it was me. But as I said, masa memang terlalu berkuasa. How am I suppose to know he'll come back and ...

I guess time put its power on him too. I am happy for him. Seriously. Just jeles sket. Sikit jer. Hehe. He's occupied and I'm still wander around. But it's okay. I'm guiltless. I saw her.

Ahad, 20 Jun 2010

Selamat Hari Bapa

Masa tu hujan renyai2. Abang bawa aku dan adik naik motor balik ke rumah. Sangat laju sampai kulit rasa macam kena cucuk2. Masa aku sampai rumah, ayah dah takde. Dah dibawa ke hospital. Mak pun takde. Menyesal aku tidur rumah nenek.

Esoknya sekolah. Sumpah aku takde mood. Takde siapa ke nak bawa aku ke hospital?

Esoknya lagi, petang. Baru aku dapat jumpa ayah. Di ICU. Ayah koma. Mak suruh panggil. Aku panggil sekali jer. Lepas tu aku duduk tepi. Pesakit di tepi ayah, lelaki muda. Kristian. Pasal  ada banyak tanda salib kat tepi2 katil dia. Ada seorang lelaki pakai jubah putih berkasut kulit duk sibuk renjis dia dengan air sambil baca kitab. Pastu aku macam tersedar bila diorang balik-balik kan badan lelaki tu lap dengan air. Langsung tak bergerak. Aku terus tengok ayah. Pastu tengok pesakit2 sekeliling ayah. Semua berwayar2. Tak bergerak.

Esoknya pergi sekolah, aku masih takut. Setiap saat aku berdoa supaya ayah sihat balik. Dan bila aku balik rumah, aku nampak rumah aku banyak orang.

Ya Allah, untuk kasih-sayang dan perlindungan yang Kau ambil dari aku, sayangi dan lindungilah aku sebaiknya.

Selasa, 15 Jun 2010

Two apples a day keep your fever away

beberapa hari ni aku tak sihat. tapi tak demam. baru la aku sedar betapa susahnya nak dapat MC kalau tak demam. aku sakit tekak, pening kepala, sakit perut, mual. cramp kat leher.aku perlukan MC. jadi aku jumpa doktor. dan selepas aku beritahu pada doktor aku sakit seperti semua di atas, dia bagi MC + ubat banyak gila. Pada pembungkus tertulis Otot, Muntah, Sakit Perut, Tahan Sakit. Well, aku tak makan 1 pun kerana aku yakin aku hanya perlu rehat.

Semalam aku masuk kerja. Masih sakit. Dan terpaksa menghadapi banyak kanak-kanak buat aku rasa seperti babysitter. Sampai ke toilet pun aku kena teman. Siap mintak bukakkan seluar. Aku sabar. Tak kuasa nak marah. Aku duduk saja tepi toilet melayan dia bercakap. Sudahnya hujan turun dengan lebat petang semalam. Sampai 6.30 tak surut2 juga. Aku nekad nak balik jugak. Aku x solat lagi. Aku suruh budak2 yang x sempat balik tunggu kat balkoni. Then baru aku sedar cermin tingkap kereta terlupa tutup. Oh Tuhan. Masuk air ker? Aku masuk kereta dan half of the seat dah basah termasuk tempat kaki, stereng. Aku pun dah basah sikit. Lebat giler hujan.

Malam tadi, aku sudah demam sikit2. Makan panadol dan cuba tidur. Tapi pelik sekejap2 adik aku datang gerak aku tanya kenapa. Kenapa apa? Dua Tiga Kali jugak la. Dia kata aku asyik panggil dia. Mana ada. Lepas2 tu aku dengar dia menjerit dari luar je tanya kenapa. Aku bangun. Betul2 nak makan benda masam. Tekak sakit. kalau makan benda masam mesti best. Tapi aku agak yakin takde buah kat umah aku lately. Aku dah angan-angan nak isap asam jawa je ni. Tak pun belah limau nipis hisap. (>-<). Cari2 limau nipis, jumpa epal hijau ntah zaman bila punya dalam peti ais. Yeay!

Aku cicah epal tu ngan kicap, garam and cili je. Adik aku buat muka geli. Lantak. Tapi dia poyo nak rasa gak. Last2 dia join sekali. Sedap. Layan TV jap. Pastu aku rasa cam panas dah kurang, berpeluh.

Hari ni ok la. Just otot leher sakit sikit. Harap2 esok sihat. Aku nak gi perak hantar anak2 sedara aku ni balik.

Ahad, 13 Jun 2010

Jom Parking Ikut Suka

semalam aku frust x dpt makan apam balik paling sedap dalam dunia. serius. paling sedap didunia (kot???) kulit luar tak tebal tak nipis, gula sedang2, kacang banyak, jagung banyak, butter wangi. fuhhh!

maka selepas beberapa lama kurang selera makan, aku teringat apam balik tu dan memang nekad nak gi beli. maka aku roger sis aku, balik keje, amik dia dan terus heading ke pasar malam pasir panjang. kereta berbaris wa cakap lu. banyak gila. cuti kan. takde parking. the only parking yang ada cuma tepi jalan besar. tu pun dah penuh. kereta plak laju2 giler. aku buat keras kepala, menyusuri jalan cari parking dengan kelajuan 20km/jam. agaknya kalau kereta boleh menyumpah. dah lama aku kena sumpah ngan kereta2 lain kat belakang.

tiba2 kat simpang masjid ada 1 spot tak berapa besar. boleh la. tapi kalau saga ke, persona ker, mercedes ke mmg sah2 la tak boleh masuk. aku makan simpang sket la. rasa bersalah gak memikirkan bahaya dan kesusahan orang yang nak keluar masuk simpang. tapi aku gila malas la nak end up looking lagi. maka aku buat bodoh. baru nak keluar kereta, tetiba ada 1 myvi berenti sebelah aku. adoi. nasib aku kurus sikit beberapa hari ni. hehe.

bermula la pencarian apam balik. gagal. bengang betul la. aku beli kue teaw.

nak balik, aku tgk kereta myvi tadi masih sebelah aku. WTF. Ok, mmg plat number dia WTF. Bengong betul la orang KL ni. aku menyumpah dalam hati. Dia parking betul2 kat simpang. Hanya ada 1 ruang kecil sebelah sana yang hanya selesa digunakan motor. Bodo. Bodo. Bodo. Takde etika betul la. Camne nak keluar ni. Bangang! Yang ni aku cakap terus takde dalam hati lagi dah. Sangat bahaya kalau aku nak reverse kebelakang means aku masuk jalan besar yang penuh ngan kereta2 yang rakus nak balik kampung. secara mengundur. What the Fuck???? Tak sanggup aku mengambil risiko maka aku gamble je ke depan. Nasib lepas. Siiiiiiikit je lagi nak masuk parit. Masuk masjid dan U-turn. Lagi 1 cabaran nak keluar dari simpang yang sempit tu. Siiiiiikit lagi jugak nak masuk parit. Aku dah menyumpah2 la. Tapi alhamdulillah. Aku berjaya balik.

p/s: Aku ada 1 habit bila atas jalan raya. Kaitkan sikap pemandu ngan no.plat kenderaan. Kalau kereta berkilau cantik berlagak selalunya W**, kalau ganazzzzzzz selalunya P**, dan kalau selalu bawak kereta suka hon + berbahaya, mesti D**. Haha. Ni gambaran kasar dari pengalaman aku je. Which is amatlah cetek. Dua orang bestfriend aku kat Uni pun plat no. P** ngan D**. Kalau dari dalam kenderaan dorang ni, tgk luar, lembab je mesti B**. Haha.

Sabtu, 12 Jun 2010

Bad Days

hari ni teruk dan bosan.

well, separuh dari hari ni mmg teruk + bosan. pagi tadi takde apa2 yang best berlaku. kecuali aku dapat meluahkan sedikit kebuhsanan pada sorang lagi member yg keje jaga cc. dia pun buhsan. tapi dia jaga cc, dia boleh main game. kata dia la.

balik umah, tgk lauk sedap. tapi sayur x sedap. semua masak tumis. maka aku pun rebus la frozen veggies. tgh2 nak angkat. sekali camne ntah sarung tgn kain tuh terasa panas plak. tapi xkan nak campak plak periuk tu. klo ikut kepanasan tu mmg nak campak ala2 dramatik gitu, tapi mengenangkan tak drama langsung mengemop lantai yg basah, aku buat2 cool je. masa bawak ke sinki, OMG! ibu jari sudah melecur.

pasal lapar, relaks jer. dah habis makan tgk ibu jari sudah ada peta. walaweyh. bodo betul la. saaaaaaaakit!

mak suh letak minyak habatus sauda. aku letak punya la pedih. WTF. apsal sakit sangat?

ingat nak mintak cuti. ye la. aku kan keje banyak menaip. sakit dowh. barulah aku sedar betapa susahnya takde ibu jari. tak boleh picit ubat gigi. Picit pencuci muka. Ikat kain telekung. Picit pin. Eh. Betul. Nak pakai brooch kena guna ibu jari. Pulas kunci. Arrrggghhh... TensiOn! Then aku terfikir. Bila masa aku menaip guna ibu jari. Ces. Takde alasan nak duk umah layan TV.

Datang tempat keje, Monitoring system rosak ke hape, semua PC clients x connected. Double tensiOn bila bebudak ni bertukar jadi anak ayam. Bising gila. Nak je aku panggang sekor2. Goreng pon sodap. Nasib ok lepas tuh. Kalau tak mmg aku nk wat2 pengsan biar diorang cuak.

Isnin, 7 Jun 2010

jom kita jadi perempuan sejati

aku hampir betul bila aku kata semua perempuan suka shopping. betul kan perempuan?

tapi aku paling suka shopping secara maya. duduk depan komputer dengan sambungan internet dan sambil goyang kaki makan biskut minum teh, terus terang aku kata, aku bersyukur jadi generasi sekarang ini.

beberapa hari yang lepas, mak sudah bising2 suruh beli baju untuk raya. katanya, takut tailor x ambik tempahan nanti. siap ugut nak tolong beli. erk?

aku cam biasa la. usha2 butik yang berlambak2 serata Malaysia ni dari dalam bilik sendiri. Banyak gila kain cantik. Tahun ni ingat nak pakai cotton la. Skema. Maka aku memulakan pencarian.

"cotton baju kurung" kat Google.

panjang ceritanya. tapi aku ringkaskan,

http://my-cottonhouse.blogspot.com/

aku confuse akibat rambang mata dengan sale, potongan harga, ke'cute'an kain2 dan juga free shipping.

last2 untuk menenangkan diri, aku beli bag.

Isnin, 24 Mei 2010

loving someone is like teaching a child how to ride a bicycle

menyayangi seseorang memang seperti mengajar anak kecil menunggang basikal.

kalau kita asyik pegang basikal, dia akan bergantung pada kita. seterusnya akan fikir yang dia telah berjaya, sedangkan hakikatnya dia tidak akan pernah belajar tentang realiti sebenar.

jika kita biarkan dia mengayuh sendiri, dia akan jatuh. banyak kali. kesakitan.

perasaan sayang itu berada pada dua tahap yang sangat bercanggah, namun perlu saling selari. satu pun tak boleh lebih dari yang satu lagi.

melindungi dan memberi kebebasan. jika salah satu terlebih dari yang satu lagi, ia akan bertukar kepada kongkongan dan pengabaian.

hidup memang tentang jatuh, gagal, dan kesakitan namun bersamanya adalah pembelajaran dan diakhirnya adalah kejayaan.

jika kita sayangkan seseorang, belajarlah untuk melindunginya tetapi dalam masa yang sama benarkan dia belajar tentang kehidupan. dan selalu bersamanya tatkala dia gagal dan kesedihan.

Sabtu, 22 Mei 2010

famili 1Malaysia. Dato' Najib, bagi la kami insentif~~~

semalam, masa menyiang ikan, jiran belakang rumah punya menantu yang balik bercuti bersembang dengan mak. mak pun, lakonkan balik dialog diorang.

"aunty, saya tanya sikit jangan marah tau..."
"xpe, tanya banyak pun xpe...mau tanya apa? "
"itu sorang amoi manyak putih, anak aunty ka?"
"serupa cina itu?"
"ya looo...hehehehe... cina ka?"
"betul la tu... cina sungai bakap...saya angkat tahun 87 pun sudah 5000 wo.."
cina tu terkejut. terus duduk menyangkung depan mak.
"aiya... butut2 cina la? saya sudah tau... mesti cina punya itu amoi. aunty, dia punya amak manyak miskin ka kasi juai sama lu? "
"x tau la... saya tak pernah jumpa dia punya emak. saya dulu duduk klang sana. culai-culai manyak kat sungai bakap, diorang tolong beli kasi saya."
"aunty banyak duit beli anak eh?"
"aiya. apa mau buat. aunty xde anak."
"itu lagi 1, manyak itam serupa india, anak india ka aunty?"
"itu cameron highland mari. kutip teh punya orang"
dia terkejut lagi.
"mahai ka aunty?"
"itu lagi mahai oooo. saya angkat tahun 91, 7000."
"aiyo..aunty butut2 kaya beli anak la."
"kalau tak beli, sekarang mesti lagi miskin."
"hahahaha...aunty manyak pandai lo..."
"saya semua ada 6 anak tau. 2 melayu. 2 cina. 1 india. 1 sikh itu pakai gulung2 atas kepala."
"wa...."

suka betul mak menipu. tapi ada sebab kata mak. arwah ayah hampir bertumbuk dengan sorang cina masa aku kecik dulu bila cina tu tak percaya aku anak mak ngan ayah. siap memperlekehkan diorang lagi. mak ingat, menipu tu mungkin buat semua orang senang hati. walaupun dia bengang gak, lepas mengandungkan aku ngan adik 9 bulan, org x percaya kami anak dia.

p/s: yang sebenarnya, anak mak 4 melayu, 1 cina dan 1 mamak jer. 4 kandung, dan 2 angkat.

Ahad, 16 Mei 2010

I hope you're not gay Bruno



Aku x pernah minat MJ dan x faham kenapa orang minat dia. Then I found out this guy. Aku rasa tone suara dia slightly like MJ. Owh, aku faham dah.

Jumaat, 14 Mei 2010

dream closet


aku nak almari yang bersih dan kemas macam ni...

1. aku kumpul semua baju.
2. asingkan : nak vs buang.
3. baju yang nak : asingkan ikut kegunaan, lipat dan hanger elok2.
4. baju yang nak dibuang dilipat gak, masukkan dalam beg besar.
5. tiba-tiba rasa sayang sebab baju = kain. kain = kain buruk.
6. tiba-tiba rasa sayang kalau baju = kain buruk.
7. rasa nak derma. tapi kat mana? kat siapa?
8. yakin baju derma akan dijadikan kain buruk gak.
9. simpan balik dalam almari.

tinggal impian la nak closet camni.....

Ahad, 9 Mei 2010

GET OUT !

ada limit bagi timbang rasa aku. dan malam ini, limit itu telah dilepasi oleh 3 budak yang mmg layak diajar satu subjek khas tentang hormat.

ini bukan kali pertama untuk kesalahan serupa. dan amaran bukan lagi jalan penyelesaian. cuma hukuman. sebab dorang anak orang, aku tahu aku memang tiada hak untuk menyentuh apatah lagi meyakiti. jadi aku guna satu-satunya hak yang aku ada; halau mereka keluar dari tempat dimana kuasa aku tidak boleh dipertikai.

dan mengambil kira kesalahan mereka itu berkaitan dengan tempat ini, bukannya harta dan peribadi aku, maka itu menguatkan lagi semangat aku untuk menghukum.

mereka provoke sistem penggera pjk. aku sudah dengar bunyi penggera yang bingit dari jalan besar lagi. aku annoyed mengingatkan bagaimana rumah belakang pjk ini mengadu pada ketua JKKK kerana x tahan bunyi penggera satu ketika dahulu. penggera dibaiki supaya x over sensitif jadi orang rumah itu boleh hidup dengan tenang.

tapi sekarang, dengan sengaja, bebudak ni goncang-goncang grill sampai berbunyi sedangkan aku dah bagi amaran 2 kali. mereka tak hormatkan aku, sebab aku perempuan. jadi mereka ingat aku takkan marah. mereka gelakkan aku bila aku tanya siapa yang buat. budak ni tuduh budak tu, tuduh budak lain, tuduh budak ni balik. dan bila aku mula nak keluarkan nasihat, mereka gelakkan aku.

aku betul-betul marah bila aku sebut nama mereka bertiga dan tunjuk pintu keluar. mereka masih gelak. dan aku masih marah. aku suruh untuk kali kedua dan aku yakin, aku takkan suruh untuk kali ketiga. semua yang ada terkedu. termasuk budak-budak lain. pjk jadi senyap. 2 sudah keluar. tinggal 1. aku mula mengira. baru 2 dia dah keluar. perkataan terakhir aku dengar, "batak". mujur tak kata babi. kalau aku dengar babi, aku block nama dia sampai dia mintak maaf.

aku dengar budak yang baru masuk tanya kawan dia kenapa si polan tu menangis. tapi aku tak dengar ada sesapa pun menjawab.

biar dia tahu, sistem penggera bukan mainan. dan aku patut dihormati.

Sabtu, 8 Mei 2010

Puan Ros Hj Nor

tadi macam banyak sangat yang aku nak cerita. tetiba plak blur.

owh ya. tadi aku bersembang ngan seorang rakan sekerja yang jauh. ofis lain2. bercerita tentang aku yang baru belajar memandu, terbukak cerita tentang mak aku bila akak tu tanya, aku sudah bawa mak jalan2 kemana.

takde, aku tak bawak mak aku kemana pun. malahan, dia tak pernah sekali pun jejakkan kaki dalam cikaboOm aku. sebabnya, dia tunggu abang aku approve yang aku boleh drive baru dia nak naik.

terbukak satu cerita tentang mak aku. masa itu aku tiada lesen. kami terpaksa melawat seorang makcik aku di hospital. Oleh kerana tiada kereta, kami bercadang naik motor sahaja. bukan jauh. 10 km jer. Mak beriya-iya suruh lalu jalan main canal (jalan kampung yang super lengang tapi super cantik). nak dijadikan cerita. Kami sesat. Satu-satunya cara adalah headed toward jalan besar yang agak sibuk dan agak berlopak-lopak. Mak sudah takut. Takut kerana sesat dan takut tengok kereta yang banyak. Dia menangis. Percaya lah, dia menangis. Tapi aku buat bodoh jer. Klimaks apabila aku berhenti di simpang untuk masuk jalan besar, mak turun dari motor. Di tengah-tengah simpang itu mak turun. Menangis. Aku malu. Semua orang tengok. Rasa ingin marah tapi dia mak aku. Maka dengan tegas, aku pujuk dia. Atau lebih tepat, aku ugut dia.

Tak payah lah aku cerita apa aku ugut dia. Akhirnya dia naik semula motor tapi masih menangis. Aku ingin menyakat dia dengan bawak laju sedikit, tapi aku tak sanggup pulak menghadapi sebarang kebarangkalian yang bakal diwujudkan mak. Maka aku bawa sangat perlahan. Bila perlahan, tentulah kena guna lane kiri. Bila guna lane kiri, tentulah kena berkongsi dengan lori. At least most of the time. Ketika lori melintasi kami, aku boleh dengar dengan jelas mak berzikir "Allahuakbar". Sekuat hati. Mujur aku bawak motor, kalau tak, aku sudah ketawa guling-guling atas tanah.

p/s: Selamat Hari Ibu Mak. Especially untuk setiap ketawa yang mak berjaya wujudkan dalam kita menempuhi hidup yang sukar.

Jumaat, 30 April 2010

jiwa kebinatangan?

tetiba aku rasa nak ada pet.

ni ciri-ciri pet idaman aku, tentulah bersesuaian dengan karakter aku sendiri.

1. comel tapi tak manja.
*kucing best klo dia ok time aku pegang, tapi jgn mengada2 datang dekat klo aku xde mood.

2. unik tapi tak berlendir.
*iguana is sooooo not in the list

3. pandai mencari makanan sendiri (sebab aku selalu lupa)
*bonus la klo ada. klo tak, bersedialah untuk berlapar.

4. mempunyai persona yang mystery.
*gedik2 macam monyet memang x boleh blah.


*ada sesapa tau x mana nak beli si cOmel nih????

picture credit : http://supersibataru.deviantart.com

Rabu, 28 April 2010

bkt 5389

sebuah viva.

walaupun aku sangat ragu-ragu masa nak buat keputusan, aku akhirnya memilih viva despite all bad things that I heard.

tidak myvi kerana aku tak mampu.

tidak savvy kerana rupa yang hodoh.

*aku suka tgk bontot dia. boleh tak aku bagi nama dia cikaboOm?

*updated with pic 


Ahad, 25 April 2010

selalunya aku buat apa dengan internet

aku mengaku, aku agak tradisional dan sedikit konservatif. jadi, aku bukanlah orang yang tak boleh hidup tanpa internet.

tapi hidup aku (at least sekarang ini) adalah segala-galanya tentang internet. Kerja mengajar orang apa itu ICT, owh... korang tentu faham apa aku cakap.

Jadi, apa aku selalu buat dengan internet?

1. Benda mula2 aku wat bila connected to internet; Yahoo Messenger aku akan auto sign in dan popup bilangan email aku. Well~~ normal la kan. Macam balik rumah, mesti check peti surat dulu kan? Aku xde IM lain selain YM.

2. Dari email; biasanya aku akan dapat banyak email notification dan newsletter dari beberapa portal dan laman web yang aku subscribe atau register. Jarang sangat dapat email dari individu persendirian. Aku akan baca newsletter dulu. Well~~ Aku subscriber untuk satu portal kesihatan ni. Saje la amik ilmu tambahan. Then barulah aku layan email2 berbentuk notifikasi. Link dari email ni akan terus membawa aku ke...

3. Facebook. Hmm... Wat apa lagi kat Facebook? Live my virtual life la. Jumpa kawan2 (or pura2 jumpa kawan2). Mengomen. Bersembang. Main lari2. Wat kuiz. Bela binatang. Ok, aku tipu part lari2 dan bela binatang. Aku ada virtual allergic to virtual pet okay~~

* Habit aku ketika surf internet ialah aku tak suka bukak lebih dari 1 window browser. Aku prefer banyak tabs dalam 1 window. Dan browser yang aku suka ialah Mozilla Firefox. Salah satu sebabnya, kalau kita tekan link yang patut bukak on different window, MF akan auto load page tu kat new tab instead of new browser macam yang IE selalu wat.

4. Mail PJK. Ni semata2 atas tujuan kerja. Aku saja biar tab ni idle. In case penyelia bagi email ker, member2 dari PJK lain nationwide nak chat ker, atau ada prob nak solve...

5. Blog kawan-kawan sejagat. Aku jarang komen. Baca jer~~~

6. Untuk menstimulasi jiwa aristik aku ni (kalau ada), aku suka g Decor8 ngan Design*Sponge. Kadang2 diorang ada bagi free wallpaper, free downloadable printed art or free pattern untuk jahitan. Aku suka~~~. Tak pun, aku saja browse sana sini page dorang. Halwa mata. Tapi dorang off weekends. Buat aku gila sikit hari Ahad dan Isnin. Oh ya, korang sure tau dorang punya timing lambat sehari kan?

7. Yahoo!. Kalau aku dah giler bosan, aku akan g Yahoo USA. Bukan Malaysia tau. Yahoo Malaysia tak habis2 muka Anwar Ibrahim. Jadi dari sini aku akan start baca la apa2 featured news kat situ. Global sikit. Tak la berita sodomy...sodomy... Eh sodomy tu apa?

*Aku install Mozilla Firefox with built in Google search engine. Personally, aku rasa (mungkin x benar) Google punya search result lebih bersifat academic relevance manakala Yahoo! punya search result lebih kepada commercial relevance. Jadi kalau anda seorang pelajar yang memerlukan fakta yang tepat (atau hampir tepat), baik guna Google. Tapi kalau korang jenis open dan nak buat penilaian secara adil dan tidak bertapis, boleh guna Yahoo. Well~~ tu cuma pendapat aku jer.

8. Google define. Cara mudah nak tau definisi perkataan selain dari bukak kamus. Mungkin mengambil masa kurang dari 2 saat pun untuk tahu makna perkataan. Gi kat Google (lagi cepat kalau ada built in Google kat browser) then kat kotak search tu taip 'define: wordapakorangnaktau'. Tips; kalau boleh, guna kata akar. Makna diberi kat search result dalam English, but very simple English. Dan dalam penjelasan paling minimum.

9. Youtube. Untuk aku mendengar muzik. Aku jarang layan video. Aku wat la keja lain sambil dengar lagu. Kenapa aku tak dengar MP3 jer? Pasal kebanyakan muzik yang aku dengar kat Youtube takde dijual. Tak available untuk download. Basically, dorang yang aku suka kat sini bukan commercial singers. Tapi lebih kepada underground musicians. Ingat tak Andrew Garcia? Tu salah satunya.

10. Blogger. Ni kalau aku takde keje dan gian nak mengarut. Macam sekarang.

*Aku tak pandai main game online, jadi most of the time, ini la keje aku bila surf internet. Aku rasa ada lagi tapi nanti list meleret2 plak. Bak kata pensyarah Web Engineering aku masa ajar pasal search result, "who cares beyond ten kan?"

Isnin, 19 April 2010

aku sayang adik aku

Finally, i get to watch "Tae Guk gi". Great movie i should say. Walaupun dikacau sekejap2 dek bebudak kat PJK ni, aku kuatkan semangat gak untuk menonton sampai akhir.

Bukan senang aku nak sit down dan tgk sesuatu movie sampai habis. Tapi movie ni aku berjaya. walhal, tgk tanpa skip2 pon.

Buat aku sedih jer. Ditambah pulak, adik aku balik uni hari ni. Dia balik time aku kat PJK plak tu. Juz sms je. Sedang2 elok aku lepas layan Tae Guk gi. Sedih woO.................

Tak boleh nangis. Ramai orang ni.

mudahan2 dia wat yang terbaik time exam. Dia xde duit. Kesian dia.

Ha... sapa suruh boros sangat... but....tapi dia belikan aku dua pasang selendang~~~~~

Sabtu, 17 April 2010

andrew garcia voted off



I am so into andrew. I watched American Idol just because of him. And now he's voted off. Suprisingly, instead of being sad with the result, I think that would be better coz I just can't bear to see him being judged and compared not to someone else but his own past.

He was on the Ellen giving amazing performance. At least we know who AG really is.

Maybe we should learn to save the best for the last.

Selasa, 13 April 2010

Masakan paling sedap adalah masakan mak

Sempena hari jadi mak dua hari lepas. Post ini dedicated untuknya.

10 April. Aku terlupa hari itu besday mak hinggalah nak masuk kerja. Akhirnya aku wish pada dia pulang kerja, dekat nak maghrib. Dia tengah masak. Aku wish, dia terus lepaskan sudip (ok, bukan ala2 drama terkejut ke pe...sikit je). Dia sedikit marah kerana terlupa hari itu hari jadinya. Makanya, dia malas nak masak, nak berehat la kononnya. Bertambah bengang dia bila 3 hari selepas itu, aku kerja malam dan xde masa bawa dia kuar makan. Sebagai ganti, dia sudah request kek oren favouritenya time aku cuti rabu ni. Kena pergi pasar beli oren la gayanya. Takde stock, xde saper suka fresh orange kat rumah.

Malam itu, sikit2 dia bercerita la kisah dia masa kecik2. Aku dah selalu dengar. Jadi aku suh dia citer masa first time dia jumpa ayah. Barulah best. kihkih. Dia pernah cerita pasal ayah abang. Well. Aku nak tau citer dia ngan ayah aku. Aku buat-buat tak excited. Tapi seriously excited.

Abang aku pernah cerita mak aku cantik giler masa janda dulu. Sampai kawan-kawan asrama dia pun suka usha mak kalau mak datang lawat abang. Siap offer nak jadi bapak tiri kowt. Tak tau la kalau dia tipu aku. Dari gambar, memang mak lawa pun. Yang buat aku curious, kenapa ayah? Takde ke lelaki yang lebih cute untuk mak pilih lepas menjanda berbelas tahun. Sampai abang Ari boleh musuhkan mak la pasal dia ingat ayah dia kawin dengan anak dara. Mak citer, masa mula-mula tu, dia tak nak bercakap pun dengan mak. Mak bagitau dia umur mak dah 38 tahun dan dah ada anak baya dia, barulah dia ok. Ok, abang Ari ni seingat aku memang manja terlebih dengan mak. Pasal dia kuat makan. Mak kan masak sedap. Suka buli aku.

Mak citer dia jumpa ayah first time kat hospital. Mak duduk dengan Wak aku yang sulung. Dia meniaga kat kantin. Kantin sekolah STAR kat Klang. Isteri Wak aku sakit kat hospital,mak aku tolong jaga. Ayah aku plak polis kat sana. Kawan dengan Wak aku. Nak jadi cerita, isteri Wak aku, tengah2 sakit tu mintak ayah aku tolong bawa mak aku g makan pasal masa tu semua orang sibuk. Ayah aku jatuh cinta la kowt. Then terus dia hantar wakil dikalangan kenalan-kenalan diorang meminang mak aku kat hospital tu jugak. Mak aku terima. Mungkin sebab fikirkan isteri Wak aku. Betul la. Beberapa hari lepas kahwin, isteri Wak aku meninggal. Then aku tanya, apa beza ayah abang ngan ayah aku. Mak cakap, ayah abang handsome + baik. Ayah aku bijak + baik. Well. Nasib baik.

Then mak terbuka la cerita pasal kisah cinta Wak aku plak. Malas aku nak cakap lebih2, diorang jumpa kat istana. Haaaaa..Haha. Pakcik aku dulu pe'on istana. Kalau sekarang orang panggil despatch kot. Isteri dia plak, tukang masak. Dari bagi-bagi kuah ke rumah sebelah lama-lama...Sekarang aku tau la kenapa mak aku masak sedap. Sebab aku dah lama yakin, bakat mak bukan dari genetik nenek. Nenek mana pandai masak. Seingat aku, tak pernah pon nampak nenek masak kat dapur. Mak berguru dengan bekas tukang masak istana rupanya.

Aku berseloroh kat mak. Kiranya, standard kesedapan makanan kat rumah kami, standard istana la. Haha. Jadi itu mungkin menyejukkan sedikit kegundahan aku yang semakin 'besar' ni. Kiranya, worthy la.

masa kecik, aku yakin setiap anak akan kata masakan mak dia paling sedap. Tapi bila aku besar, aku yakin, aku antara minority yang takkan ubah fikiran sampai bila-bila.

p/s: Makanan paling tak sedap aku pernah makan adalah di restaurant 5 star Hotel di Subang. Kalau bukan hotel, sumpah aku jeluak balik food tu. Migrain selama 5 saat terpaksa menelan sampah demi protokol.

Selasa, 30 Mac 2010

buat baik berpada-pada, buat jahat lu fikirlah sendiri

bak kata orang Melayu dOlu2, "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali". Peribahasa ni antara yang paling popular dan kalau disebut any part of it, senang-senang je manusia Melayu lain atau Malaysian sejati akan sambung kasi lengkap. Berbeza dengan peribahasa2 yang selalunya diutarakan oleh Karam Singh Walia, jangan kata Malaysian, Melayu sejati pon ternganga nak sambung kalau Karam Singh Walia tanya.

Berbalik pada peribahasa tadi, walaupun popular, berapa ramai sangat yang faham maksudnya. Sejak aku masuk sekolah, aku faham peribahasa ini sebagai "buat baik banyak-banyak, buat jahat jangan walaupun sekali". Aku terus faham maksud peribahasa ni sebab tak pernah ada orang kata salah. Seingat aku, soalan berkenaan peribahasa ni x pernah kuar exam UPSR,PMR or SPM.

Aku mula faham maksud sebenar peribahasa ni sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Secara literalnya, pernah sorang Chinese boy kat Yoke Kuan dulu tanya cikgu Bahasa aku apa maksud peribahasa ni dan aku terpana bila cikgu tu suruh aku bagi jawapan dan jawapan aku salah. Yer. Benda yang aku percaya selama bertahun-tahun salah. Cikgu aku kata, "buat baik biarlah beragak-agak, jangan lebih-lebih. Buat jahat tu, dah tentu2 tak boleh". Walaupun aku mula sedar makna 'bahasa' bagi peribahasa tu, aku tak berapa setuju dengan part buat baik jangan lebih-lebih tu. Al-maklumlah, pengalaman hidup cetek sangat. Dah la pergaulan pon not so-sial. Biasa la kan.

Tapi sejak jadi dewasa ni. Semuanya nampak lebih jelas. Betullah kata peribahasa Melayu tu. Buat baik ni jangan lebih-lebih. Yang aku telah hadapi ialah, kita tolong orang selalu sangat sampai orang ingat tu bukan pertolongan lagi tapi perbuatan normal. Kesannya, bila sampai satu masa kita x dapat tolong mereka, mereka fikir kita jahat. Padahal kita bukan jahat, kita cuma tak dapat jadi baik at that time. People's demand on what is called 'help' dah shifted one level up. Dan akhirnya, pertolongan yang banyak-banyak-banyak tadi tak dihargai pun. Effort dah letak, tapi orang tak sedar. Jangan kata dihargai, ni tambah di caci maki plak.

p/s: Kalau baik sangat, don't squeeze other's effort. squeeze your own. Jangan jadi macam orang yang "bagi betis nak peha" plak.

Sabtu, 6 Mac 2010

bila hari Alzheimer sedunia?

21 September.

Bukan hari ini. Jadi mengapa aku asik lupa. Lupa semua benda. Hari ini aku terlambat punch in masuk kerja. Ternoda la rekod bersih aku.

Hari ini hari yang nyaman untuk dimulakan. Hujan. At least rungutan aku tentang cuaca panas yang berjaya meruamkan badan telah terjawab. Lebatnya hujan sampai aku seram dengar bunyi bumbung rumah sendiri. Oleh kerana aku tiada kenderaan berbumbung dan tiada boyfren yang boleh dipujuk2 untuk hantar pergi kerja (well itupun kalau dia ada kenderaan berbumbung) maka aku terpaksa tunggu sahaja hujan berhenti.

Tapi nak jadi cerita, hujan betul-betul berhenti 15 minit sebelum due punch in. Yeah. Memang sempat la nak meneruskan kegemilangan rekod bersih aku.

Ok, on the mark, ready, go.

Ok, Pukul berapa ni? Aik? Terlupa pakai jam. Masuk umah balik. Pakai jam.
Keluar semula. Sweater mana? Mana aku letak? Masuk balik cari sweater.
Jam, sweater, laptop... Ok.
Keluar semula, kunci pintu. Bukak pagar. Pakai helmet. Eh?
Kunci motor mana?
Walaweh... Dalam umah. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
Bukak kunci, masuk umah. Amik kunci motor. Keluar.
Semua ada? Pause sebentar. Ada.
Start motor dan pergi kerja.

Sampai2 dah pukul 9.07. 7 minit lambat... @#$%!@#@!!!!!

Punch in. Duduk jap. Keluarkan laptop. Set up sumer2.
Penat! Haus.

Eh? Mana botol air?

Sabtu, 27 Februari 2010

maulidur rasul yang menginsafkan

tengok tak drama IHSAN kat tv3 semalam? Seriously citer tu heart-wrenching. aku tak dapat menahan diri lalu menangis semahu-mahunya.Lebih-lebih lagi aku tengok sensorang je. Insaf.

Temanya ringkas dan mungkin dah basi bagi pengikut drama Melayu. Tapi pelakon-pelakonnya betul-betul wat aku terasa citer ni boleh relate ngan ramai orang.

Citer kederhakaan terhadap ibu memang dah selalu sangat dibuat drama. Aku rasa hampir kesemua aktres setengah abad di Malaysia sudah pernah berlakon menjadi ibu yang teraniaya. Ok, kecuali Aida Rahim. Dia selalu jadi Datin jer.

Aku malas nak citer balik. Tapi moral of the story, Allah selalu ada cara untuk menyedarkan hambanya. In this case, majistret Zamri yang selalu wat sambil lewa kat mak dia. Dan akhirnya Allah pertemukan dia dengan Nordin. Seorang gila yang dulunya peguam dan telah derhaka kat mak dia. Zamri yang mengetahui latar belakang Nordin akhirnya membawanya bertemu semula dengan ibu yang diderhakai cuma untuk mengetahui bahawa ibunya telah meninggal. Nordin, dalam keazaban, akhirnya meninggal juga disebelah ibunya. Ok, scene Nordin ketakutan muntah darah tu memang real. Scene Nordin meninggal sambil terduduk tiba-tiba tu pun real. Scene orang kampung terhuyung hayang mengangkat keranda Nordin pun real. Giler. Macam tu lah rupa aku ngan mak masa cuba angkat almari dapur yang berat nak mampus tu. Menggigil. Dan last sekali. Scene mayat reput tu pun. Pergh. Aku bagi A la untuk props dan emosi pelakon.

Melihat semua tu, Zamri mestilah terkejut. Ingat nak hantar Nordin jer sekali ngan dia terlibat sama. Selesai pengkebumian, dia duduk menenangkan diri. Datang Ustaz yang mengetuai pengkebumian tadi. Zamri pun cakap la mujur dia tak pernah wat mak dia macam tu. Ustaz tu senyum sinis je cakap jangan yakin sangat. Ustaz tu suruh zamri fikir balik kot-kot dia tak sedar, sebab hati ibu memang sensitif. Si zamri ni pun fikir-fikir la balik. Terus dia teringat bini dia banyak kali sampaikan pesan mak dia suruh telefon, tapi dia tak telefon-telefon. Dia terus menangis. Drive terus g umah mak dia.

Aku pun, kadang-kadang bila mak bercakap, malas nak dengar. Sebab hari-hari dengar. Cerita ni boleh dijadikan iktibar. InsyaAllah lepas ni, perlu layan mak baik sikit dari biasa.