Aku tidak dapat menafikan kecintaan aku pada filem Thailand. Bagi aku, tahap mereka memang sudah jauh ke depan. Penceritaan yang baik, dan pembawaan emosi yang santai dan bersahaja; berjaya menghubungkan setiap watak dengan penonton.
Cerita terbaru dari negara gajah putih ini yang aku tonton, The Letter (2004) - remake cerita korea Pyeon Ji (1997).
Cerita ini berjaya meruntun setiap sel hati aku. Aku menangis semahunya. Kalah air mata ketika Titanic. Tengok ketika larut malam dan terus tidur selepas itu, esoknya mata memang sembab. Silap-silap, orang fikir aku putus cinta malam tadi.
Mungkin sebab cerita ini agak relate dengan realiti persekitaran aku. Perempuan itu programmer dan lelaki itu sweet sangat2. Masa aku sibuk baca komen kat youtube, mengatakan lelaki macam tu tak wujud dan kalau ada tentu mereka-mereka nak culik buat laki - aku teringatkan seseorang. Aku harap aku dah jumpa.
Tapi aku rasa aku takkan tengok untuk kali kedua. Ending dia sedih giler.
4 ulasan:
Bila sebut Thailand, aku ada jatuh hati gak. Dgn sorg awek waitress kedai tom yam kat subang..tp malangnya dia ada suami, dekat dapur kedai sebagai tukang masak
ah...that is so sad... cari awek melayu je la...
nk tgk gak la.ade kt utube ke oja?
ada onie...g tgk skang....very the sweet citer nih...nanti mesti ko teringin nak ada hubby cam tu...weee...
Catat Ulasan