Rabu, 28 Disember 2011

soalan tentang jodoh

seharian penat berjalan, aku cuti. demam sudah kebah. baru ada peluang mengadap kerja2 terbengkalai. nampaknya cuti tahunan aku takkan menjadi cuti. mak aku plak dok mengadap keledek rebus. hari hujan.

mak: [polan bin polan] tak contact ko dah ker?
aku: baru ni ada dia contact. tapi aku tgh bz. x sempat nak layan lama.

oh yer. "dia" tu sahabat aku. yang aku dah kenal lama sangat. gila punya lama. kiranya, kalau ada la yang namanya kawan, dia la kawan yang paling lama aku kenal. mak bapak dia suka kat aku. nak aku jadi soulmate anak dia. TAPI... bukan aku tak suka, aku suka, sebagai sahabat, tak lebih dari tu.

mak: ko ni cari-cari x jumpa, entah2 dia tu jodoh ko.
aku: klo dia, lambat lagi la.
mak: klo org lain, cepat sket la?

aku pandang dalam-dalam muka orang tua aku. mulut dia penuh mengunyah keledek. aku tak berapa faham soalan yang last tu. aku agak dia sebenarnya tengah menyindir.

salah ke jawapan aku?

Langkawi Bandaraya Pelancongan

baru balik dari Langkawi. Demam. Tapi puas. Rasa macam balik ke zaman kanak-kanak.

Masing-masing dah nak kahwin tapi sekor-sekor tak berubah. Better don't.

Growing old is compulsory; growing up is optional. -- Bob Monkhouse

Rabu, 14 Disember 2011

Cuti Hujung Tahun

jika takde aral melintang, aku bakal bercuti untuk jangka waktu yang sangat panjang hujung tahun ni. dan aku memang excited giler.

Aku ngan member2 sekolah rendah dah plan nak ke Langkawi. tiket flight + penginapan + list aktiviti pun dah complete kiranya. tapi ke Langkawi sekejap je. ada lagi baki cuti beberapa hari.

Entah kenapa. Aku terpanggil ke suatu daerah yang pernah menjadi daerah penting dalam hidup aku. Daerah yang dah lama sangat aku tak jejak. Dan mungkin telah aku lupakan.

MELAKA.

Ya. Aku rasa, aku nak bercuti kat Melaka. Memandangkan adik aku pun bercuti, maka aku ada geng nak ronda2.

Patut tak kalau aku sambut new year kat sana? Baik aku plan.

p/s: baru aku sedar, dah sangat lama aku tak bercuti.

Jumaat, 9 Disember 2011

Ombak Rindu (2011)

Apa fenomena di Malaysia sekarang ni selain PRU 13?


Ombak Rindu. suka atau tidak, ya. Ombak Rindu memang tengah hit di pawagam2 seluruh Malaysia. berjuta-juta ringgit kutipan dengar cerita.

Maka, dek kerana kemeriahan tu, aku pun amik kesempatan gi tengok cerita ni.

Oh ye, bagi yang jakun, cerita ni diangkat dari novel. Sangat famous dikalangan kaki2 novel seantero Malaysia. *aku bukan kaki novel, novel yang aku baca cuma 2. Dialog dengan Jin dan Cinta Abadi. kalau Dialog dengan Jin bukan novel, maka aku cuma baca 1 je novel sepanjang hidup aku yang hampir suku abad ni.

Aku tak tahu nak kata situasi aku ni memberi kelebihan atau tidak untuk aku layan filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin. sebab...entah. kan aku kata tak tahu.

Bagi aku, cerita ni bagus, untuk standard Malaysia. Jalan cerita yang baik. Dan lakonan yang mantap. Gila, Maya Karin kot. Mestilah mantap. aku dapat merasakan connection diantara cerita ni dengan orang-orang Melayu secara realitinya. Aku rasa, bunyi esakan dari kerusi2 belakang berjaya membuktikan hipotesis aku.

Tapi apakan daya! Walau aku cuba, sedaya upaya, sehabis daya, aku tetap tak mampu sampai hit point yang boleh bikin aku menangis. Aku dah usha kot muka Kak Maya ngan Abang Aaron tu dalam2. Fokus betul2 dialog dorang. Tetap tak mampu. banyak kali, aku TERketawa. Cuma ada la sikit2, masa Aaron menangis tu, cam nak feel gak. Tapi lepas tu, *sigh, keluar plak scene2 yang tak connect dengan scene tadi. Maka, aku tak jadi nangis.

Kecewa jugak la. Aku harap aku boleh nangis. Tapi keluar wayang, instead of feel gloomy, aku ngan housemate aku duk mocking benda2 funny kat dalam cerita tu. Ketawa terbahak-bahak.

Bagi aku, dialog ni paling funny sekali: "Dollah, tolonglah Dollah, aku tak nak Sofiah meroyan~~~"

Hmm..dah tengok? G la. Berbaloi. Bawak la tisu banyak2. In case.

Khamis, 1 Disember 2011

rasanya, dah lama aku tak berfikir tentang kehidupan dan falsafah2nya. aku takde masa. rutin hari2 cuma pergi bekerja, balik kerja, dan weekend balik ke kampung jenguk mak. mujur dapat juga jenguk mak.jadi aku sudah lama agak x melankolik. bagus juga. takdelah aku berjiwa2.

tarikh begitu cepat berlalu, namun masa bagaikan terhenti. nak kata aku tidak capai apa2, pun tidak juga. rasanya kehidupan aku sudah lebih baik berbanding beberapa bulan lepas. dari satu sudut, segalanya berjalan dengan baik. Aku ada kerja yang nak dibuat, masa untuk tidur, rezeki untuk makan. Alhamdulillah.

Namun untuk mengharapkan segalanya kekal seperti ini, kadang2 jiwa manusia aku ni memang tak puas. Tapi bila memikirkan tujuan hidup ni dalam-dalam, nampaknya nafsu dunia ni boleh juga ditundukkan. Sampai bila? aku tak tahu. yang aku tahu, esok lusa, dia akan memberontak lagi.

aku pernah jadi manusia yang bercita-cita tinggi dengan harapan setinggi gunung. bukan senang nak mengembeling kehidupan ni dengan attitude yang begitu. kekecewaan akan menjengah pelusuk hati saban kali.

Nah. aku tak mahu peduli lagi. bukan aku give up. aku cuma sudah jumpa sebuah erti lain untuk hari-hari yang aku jalani. dan kiranya membuat aku lebih mudah gembira.

Untuk hari2 didunia ini, aku harap aku dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Yang selebihnya, semoga aku sentiasa dirahmati oleh Allah.

Khamis, 24 November 2011

Zuhud


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-'Ankabuut 29:64)

p/s: jangan baca je. fahamkan betul-betul.

Rabu, 16 November 2011

Selasa, 8 November 2011

Selamat berkorban

today i don't feel like doing anything...du du du du...

(ha...mula nak mengada2... tak takut makan gaji buta??? x berkat dow..)

ok2. jap lagi aku start. weekend tadi aku plan, since thursday friday ni aku kena turun ke Kuantan and wat training, aku kena pastikan system tu berjalan dengan baik. tapi sejak last week, aku ada sket confusion. punyalah aku godek-godek. still xde solution, terpaksa la aku meng-emel expert user cum system analysis system tu dan buat2 comel ignorent takut kena marah. aku berdoa, harap2 aku cuma tak faham flow, dan once dorang explain, semua ok. tapi at worst case, aku dah bersedia kalau system ni ada bug dan aku kena coding. alhamdulillah. flow je confuse. system ok. so aku x yah coding. sekarang xde keja.

semalam dan kelmarin hari raya korban. hari ni pun sepatutnya. ntah kenapa Selangor kerja. tapi aku tak kisah. aku dah puas raya.

tahun ni, raya korban sedikit berbeza. dan bagi aku, perbezaan yang membawa kepada kebaikan. bukan apa. raya korban tahun-tahun lepas bawa sedikit sentimental value untuk aku.

ceritanya camni. dulu, aku TER-jatuh cinta kat sorang mamat ni. Nama dia Adha. pastu aku suka sangat-sangat-sangat kat dia. Jadi setiap kali raya korban, aku teringat wish x matang aku kat dia. Urghh. sebenarnya, walaupun sekarang ni aku boleh bercerita macam benda ni bodoh gila. setahun yang lepas, benda ni langsung tak kelakar. malah sangat romantis bagi aku. bukan sekejap tau. 7 tahun. tapi penghijrahan untuk lebih mendekati Allah sejak pertengahan tahun ni telah melenyapkan sama sekali perasaan tu. Totally. so sekarang aku rasa sangat bodoh. tapi xpelah. x rugi pun. barang yang lepas jangan dikenang. aku bersyukur sebenarnya.

so, raya tahun ni, aku biasa2 je. lebih menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Adha, aku harap itulah kali terakhir aku akan suka gila-gila kat seseorang. dan aku harap aku takkan pernah suka sesiapa lebih dari aku suka dia.

Sebab cinta yang hakiki itu hanya milik Allah. =) sesiapa pun yang menjadi pendamping kita, tu hanya pinjaman dari Allah. bila dia nak ambik, itu sebabnya dialah yang paling berhak. Manusia ni hamba Allah. Nyawa sendiri pun pinjaman, inikan pulak nyawa manusia lain.

oh. macam tak percaya. tapi, bye bye Adha. haha.

p/s: aku sedang cuba jadi lebih penyabar. susah. tapi doakan aku. =)

Khamis, 20 Oktober 2011

A doctor in a heart. Malaysian heart.

semua orang tahu aku fanatik mahathir.

ada sebab kenapa aku tak beli buku tu sejak dari hari pertama ia published. aku sengkek beberapa bulan ni. xde saving pon. mujurlah sejak raya tu, most of hutang piutang aku sedang melangsai. dan akhirnya bulan ni, barulah aku dapat bernafas dengan tenang, jadi aku fikir aku nak hadiahkan diri sendiri buku tu. Tapi dari desakan situasi, aku merasakan perlu untuk pindah rumah. Dan keperluan itu ini yang takde di rumah baru, haruslah dibeli. Tak dapat lagi aku beli buku tu. Dan setiap kali aku pergi Popular atau MPH, aku tak pernah sekali pun tak belek buku tu.

Tak sangka ada seorang hamba Allah ni menghadiahkan aku buku biografi tun. kalau lah dia tahu betapa berbunga-bunganya hati aku. Dan despite all presents aku pernah dapat. Inilah yang paling bernilai.

Hari-hari kebelakangan ni rasa terisi. termotivasi.

Z, terima kasih.

Selasa, 4 Oktober 2011

pindah

setelah 6 bulan bekerja kat sini, aku akhirnya memberanikan diri utk berdikari sendiri. maknanya, xde lagi nak depend kat member2 ke pe.

AKU NAK PINDAH RUMAH!!!!

sebelum ni pun, aku tak duduk ngan member2 aku. tapi rumah dekat. at least, aku ada la tempat mengadu nasib. kononnya.

tapi rumah sekarang ni, jauh dari ofis. pastu aku duduk bilik share. so, kiranya, aku nak rumah yang dekat sikit. yang single room. privasi sket.

aku dah jumpa. dekaaaaaat jer ngan ofis. bilik pun sendiri. tak share dah. sewa pun boleh tahan. haha. cuma, tak secantik umah skang. tapi takpelah. aku g keje. bukan nak duduk rumah menikmati keindahan. asal ada tempat tido. cukup. internet klo dah terdesak sangat, aku g je ofis. kata dekat... huhu

harap-harap rumah tu ok la. aameeen...

Khamis, 22 September 2011

tuntas jugak otak aku ni

masa puasa tu, geng2 sekolah lama aku, semua pakat nak cari baju raya. maka kami g kat satu shopping mall yang tak berapa terkemuka. kat situ ada show sempena raya. bukan runway show. tapi ada pelawak, penyanyi dan banyak kerusi.

baju semua mahal-mahal. membantutkan semangat nak terus berjalan. sebab penat, kami duduk kat kerusi. kami layankan je pelawak buat lawak, penyanyi bernyanyi dan penonton yang ...entah tak sempat nak perhati.

tiba-tiba.

satu group budak lelaki muda mudi agak hot yang aku sangat pasti lebih muda dari kami T_T, naik atas pentas. dah la hot, confidence plak tu. selamba jer. i sukew u know. *sigh. waste! kalaulah aku ada those confidence masa kena wat IT presentation~~ and u lads, ader those confidence, i hope that was not the only thing u do for life. klo tak, what a waste!

tapi ada 1 budak ni, paling confidence of all, aku macam kenal. sangat kenal. tapi masa dia introduce nama, jangan tanyalah, haram aku tak tahu. ok tu je ceritanya. jangan tanya siapa mereka, lagu apa, sebab memang aku tak tahu. suara pun tak tahu sedap ke tak sebab kami dah blah masa dorang dok sibuk bercakap.

tadi.

aku g usha photo member aku kat fesbuk.(bukan aku usha, photo tu yg mencapap kat news feed aku). eh! asal aku cam kenal adik dia ni? ok. u know lah kan, bila kita go through events in our life that's seem unrelated, event tu disimpan dalam neuron otak kat mana2, pastu proses linkage berlaku. tak lama otak aku terus link dua events tu. satu hipotesis telah dibuat.

kepastian perlu dicari.

aku g profil budak tu and walla! aku nampak so-call-entertainment company. dan profil pic dia tgh wat runway show.

patutlah, masa atas pentas tu aku cam penah tgk. tapi aku tak leh recall pasal the last image of him, that was 10 years ago masa dia sekolah rendah.

p/s: siapa sangka aku ada eidetic memory. haha.

Selasa, 20 September 2011

hidup ni kelakar kadang-kadang

pergi pasaraya besar. tapak tangan hampir biru dengan senarai belian.
paperless kononnya.
angkut troli.
barang tu mahal, barang ni takde, barang tu ada paket besar sahaja.
ah...keluar kaunter ada 2 3 barang jer.

pergi pasaraya besar. nak beli sikit je.
amik bakul.
ok, semua dah ada.
eh, alamak. syampu dah habis, mandian pun tinggal sikit.
eh jap2. softlan botol besar ada diskaun, la sampai esok jer?
arghhh....keluar kaunter nak tercabut tangan.

kelakar kan?????!!!

Isnin, 19 September 2011

Tips untuk tahu ada dara ke tak.

satu pagi yang hening. tatkala hujan masih lebat. sms dari adik kesayangan aku masuk menerjah kotak mesej.

"Woit..weh ko bz?"

"Nape?"

"Xdpe la"

"Duit x cukup ker?"

"Dak aih. ada ag"

"Dah tu? Bosan?"

"Smlam dowg ckp pasal kalO 2mit kaki merah still de dare.. tpi 2mit aku x..aku ris0"

*aku tak balas...

"Aku sedih r. Huhu"

"Kemana dara ko?"

"Ha, mane aku taw. abis aku xbleh stdy."

"Bulls**t ah...sape ckp? doktor?"

"Kawan aku la..dowg kte dak laki tg0k c2 nk taw...huhu"

"X la..aku rasa dorg lg suka usha muka.."


p/s: aku tak pernah ada masa sembang psl benda2 camni when i was a student. kitorg sembang psl Artificial Intelligence.

Ahad, 18 September 2011

Magnum

tengok iklan ais krim magnum yang baru? magnum baru ni disaluti coklat belgium.

aku ada sejarah tentang ais krim ni.

dulu masa aku kecik, aku teringin sangat nak makan ais krim magnum. tapi sebab mahal sangat bagi seorang kanak-kanak, aku mintak kat ayah aku. sampai dia meninggal, dia tak belikan aku.

aku dah lupa tentang ais krim tu.

beberapa tahun lepas tu. rasanya bila aku dah habis sekolah. aku akhirnya beli ais krim magnum. ceit! tak sedap pun! biasa je. dah le ais krim vanilla manis tebal giler. dok gigit coklat habis bertabur jatuh. fail!

beberapa tahun lepas tu plak. semalam to be exact. aku terpengaruh dengan iklan magnum baru ni. pagi-pagi buta aku dah ke seven-E. cari magnum. aku pilih Magnum Truffle Chocolate. memang tak menghampakan!

aku teringat-ingat.

petang tu, masa makan kenduri arwah ayah member aku, aku telah berjaya mempengaruhi sorang member aku ni plak. balik tu kitorg gi seven-E. cari magnum. kali ni aku pilih Classic. masih tidak menghampakan.

tapi aku lebih prefer Truffle Chocolate. kurang manis. memuaskan.

calorie comparison ---> Classic (270 kcal) and Truffle Chocolate (200 kcal)

p/s: sorry xde gambar, takut TERpegi kali ketiga plak.

Rabu, 14 September 2011

Isnin, 12 September 2011

dunia mukabuku: dia dan dia

aku bukak fesbuk.
aku g kat kotak carian.
aku taip "z".
profile dia keluar kat list.
aku tatap sekejap.
eh.
profile dia pun keluar kat list bawah profile dia.
asal keluar profile dia ni, bukan kawan aku.

aku tekan backspace.
semua hilang.

tenang.

Katsaridaphobia

nak cerita pasal adik aku. adik aku takut lipas. bukan takut sikit2. ni takut real punya.

(aku terus ketawa terbahak2 mengingatkan memori2 nya bersama lipas)

ada beberapa insiden yang memang berjaya buat aku pecah perut atau at least mengukir senyuman paling lebar di wajah aku tatkala teringat.

1. adik aku pernah lari berbogel keluar dari bilik mandi kerana ada lipas.

2. adik aku pernah hampir2 menterbalikkan meja makan kerana ada lipas melintas depan dia ketika makan.

3. masa dia nampak lipas, energynya akan meningkat berganda-ganda. jeritannya sungguh dahsyat. dan lompatannya bisa mengalahkan atlit lompat tinggi sekolah. Jangan cerita kalau dia berlari. Ala-ala watson nyambek namun bersaiz kereta kebal. Takut tak?

4. dia kata dia ada kebolehan menghidu kehadiran lipas. walaupun dalam jarak diluar radar. pelik budak ni.

5. aku sering menggunakan "lipas" sebagai alasan jika body gesture aku kurang difahaminya. Contoh: ketika dalam crowd, dan aku nak aware dia tentang fi'il pelik seseorang, aku akan wat isyarat mata or muka or mulut (untuk tak nampak obvious tgh mengutuk), namun adik aku selalu salah tangkap maksud aku. dia biasanya akan menyoal balik "mana?" dengan muka ketakutan. aku akan cuba menyampaikan lagi mesej aku, tapi buat benda jahat ni tak boleh lama2. bila kami pulak yang macam orang pelik, sure crowd akan start stare. maka aku akan kata "kat belakang ko". maka dia akan berlari dan melompat macam kereta kebal.

6. dia tak pernah bunuh lipas depan aku.

7. aku tak pernah tangkap lipas dan cuba bagi kat dia. aku takut akibatnya.

Selasa, 6 September 2011

Post-Raya

alhamdulillah... seronok beraya. cuti pun lama. bertambah-tambah girang hari raya tahun ni.

raya tahun ni, memang sangat ala kadar. tak berabis banyak pun. konon kuih pun tak nak beli tapi alhamdulillah, rezeki, ramai orang bagi. baju raya memang vintage gila, amik baju mak masa dia muda-muda. tinggal jahit kain ngan tudung, tu pun wat sendiri. terkesima aku tengok orang dulu2 buat baju. handmade dari jahit jelujur sampai la jahit tepi. maka, dah 20 tahun masih utuh baju tu dipakai.

alhamdulillah jugak, sebab tak risau pening-pening kepala nak bagi bebudak duit raya. tahun-tahun lepas berbelah bagi hati ni, ye lah, nak bagi banyak tak mampu, nak bagi sikit, nanti kena kutuk. lepas tu, takkan tak nak bagi?

raya tahun ni jugak, aku berjaya mengatur jadual dengan baik. kiranya, dapat jalan beraya, pun dapat melayan kawan-kawan yang datang beraya. boleh siap g konvoi raya lagi. walaupun agak scarce ada yang hampir-hampir x sempat jumpa, tapi tu lah... Allah mengizinkan, syukur.

raya ke 7 baru start keje. memang puas cuti. walaupun kalau dibagi lebih, nak lagi. tapi 9 hari cuti memang membuang segala pertikaian la. cukup sangat dah tu. tak cukup, boleh sambung weekend ni.

cuma satu lah, sebelum raya aku ingat nak kuatkan diri g mintak maaf kat orang-orang tertentu. ye lah, masa Ramadhan, jiwa lain macam sikit. tapi masa dah raya tu, entah kenapa xde usaha langsung nak bermaaf-maafan. tak nak create drama kononnya. padahal diri sendiri ego. aku xmo fikir lama benda ni. tak kisah la sape start, memang orang yang betul2 kuat je yang mampu buat. dan aku tak kuat.

p/s: aku tak minum coffee dari 1st Ramadhan.

Selasa, 23 Ogos 2011

Mintak mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong~~~

terlalu awalkah untuk bercerita tentang raya? tak lah. seminggu je lagi.

walau apa pun kenangan dan pengalaman tentang raya, masing-masing ada sendiri punya. dan masing-masing walaupun tak ingat apa kejadah memori raya lepas-lepas, semua akan sepakat kata, mood raya memang best.

pada aku, raya paling best adalah ketika aku darjah 1. sebab?

1. dah pergi sekolah. kawan dah ramai. boleh ikut baraan berkumpulan. dapat duit raya pun banyak. sampai melendut poket baju melayu ABANG ATAM letak duit aku ngan poi.
2. dah pergi sekolah. hidup semakin jauh dengan susu. makin dekat dengan makanan2 orang dewasa. barulah perasan sedapnya makan ketupat dengan kuah kacang. sampai berhingus-hingus hidung. pedas sangat lah kononnya.
3. MERCUN!!!! dulu polis pun bakar mercun. tak caya? tu bapak aku polis. siap spare duit untuk bunga api ngan mercun. kalau tengah meriah tu, asap tebal mengalahkan kebakaran. mulalah imaginasi di medan perang. ditambah rakan-rakan sebaya yang sama gila. sape nak marah masa ni??
4. mak aku rajin. muda lagi. macam-macam kuih dia buat. dari yang gentel bulat-bulat sampailah jenis yang simbah je dalam kuali.
5. sepupu-sepapat semua kamceng. kalau gather kat rumah nenek memang heaven. x kisah dah ko anak makcik mana. jom lari2 berkubang dalam parit. ni barulah raya.
6. tak payah sibuk risau nak kemas rumah, langsir warna apa, alas meja letak kat mana, raya nak serve kuih apa. takde tanggungjawab langsung melainkan menilik2 jumlah duit raya dan siapa yang akan menjadi mangsa. kena kautim betul2. tak aci kalau ada yang tak bagi.
7. adat ziarah menziarahi memang tulus dari hati. bukan hanya sebab duit raya. tapi sebab kuih raya. mak tak pandai buat kuih moden, ada butter cerap2 memang xde la kat rumah aku. jadi satu2 nya cara nak makan kuih moden adalah dengan pergi rumah orang lain. paling aku suka, rumah MAMA COM, rumah dia selang berapa rumah je. Kuih rumah dia memang moden-moden belaka. Almond london masa aku 7 tahun, memang MEWAH. Kalau kena g ribu-ribu kali pun takpe. Tak payah duit raya pun takpe.

Aku tak pernah suka g rumah orang yang tak dikenali dengan harapan dapat duit raya. Memang aku jerkah je kawan-kawan aku yang heret g rumah so-called makcik pakcik diorang rupanya tak kenal. Aku bagi extra pelempang kalau tak dapat duit raya. Ok, aku tipu jer.


Selamat Hari Raya semua!!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

Zaman dikala aku HOT adalah zaman yang mungkin takkan berulang lagi

dulu aku kurus. caya or tak, ya, memang aku kurus. dan sebagai seorang Malaysian, menjadi kurus adalah satu usaha diatas borderline "impossible".

oleh kerana kes kekurusan aku bukannya kesan sebab sakit, atau faktor semulajadi or cara hidup. maka, satu je sebabnya, diet yang juga... diatas garis mustahil.

masa sekolah menengah dulu, semua pompuan berlumba-lumba nak kurus. jangan tertipu kalau ada yang kata "ala...apa diet2 ni...tengok aku...makan je semua..." POYO. padahal, sape yang kurus, dia yang pertama perasan. kisah dalam tak kisah? wek!

maka, sejujurnya, aku x sibuk nak "tanak mengaku" yang aku diet. memang berjaya jugaklah diet aku. ramai yang perasan ke-slim-an diri ini. cewah. lagi la plak dulu aku SANGAT tak suka pakai tudung. bajet hot. tak sedar diri. suka pakai simple. nampak bertambah2 ringan. (insaf dah skang)

camne aku diet? camni:

1.Research

yelah. RESEARCH. apa ingat aku main diet jer? aku buat research tentang food calories. di zaman itu internet availability bukan cam skang. so kena baca buku ok. baca majalah. dan seterusnya, bila dah tau keperluan kalori yang sesuai ngan aku, maka bermulalah plan untuk meng-implementasi-kan pengetahuan itu. kena plan leklok. salah plan buruk padahnya. maka aku amik 1200 kcal sebagai kalori yang aku perlu ikut. sebab aku bukan atlit pejalan kaki atau pemain netball atau perentas desa terpantas. maka sebagai pelajar yang aku kira kerjanya lebih kepada guna otak dari fizikal, maka tak perlu banyak2 kcal. (masa tu aku fikir begitulah, tapi masa zaman universiti, hipotesis ini berubah...)

but for now: perempuan, almost sedentary lifestyle ----> 1200 kcal

2.Plan

camne nak menjalani diet tu? kena lah ada plan. So bagi aku, aku adapt cara mudah. bagi je samarata kcal tu utk 4 kali makan. so, 1200kcal bahagi dengan 4 = 300 kcal. Setiap kali makan kena limit 300 kcal. Klo lebih kerap, lebih sikitlah nilai kcal. Aku cuba lebihkan kekerapan, sebab kalau sikit sangat kekerapan nanti aku rasa cam giler meroyan. lama sangat nak tunggu next meal. Kadang2 (terutama time weekend) aku lebihkan kalori time lunch ngan dinner dan limit breakfast with no supper. yang penting jangan lebih 1200 kcal. kalau ada aktiviti bergerak banyak baru boleh tambah sikit-sikit kalori.


3.Implementation

apa yang nak dimakan? tak kisah! apa-apa pun boleh. but you pay the price(kcal). nak sedap, banyak la kena bayar. Contoh: ice-cream, kcal besar tu sebab kandungan lemak yang tinggi. Then tinggal sikit la makanan lain boleh makan. Nanti tak cukup kcal nak bayar. Lebih = gemuk. Camne nak tau berapa kcal ada dalam makanan tu. Tu balik pada step 1. Research. Kalau makanan dalam paket atau tin, baca la label. Aware of size hidangan. Adalah salah untuk fikir 1 paket/tin/botol = 1 hidangan. 1 botol coke kecik tu pun sebenarnya 2 hidangan. So? pandai-pandai la. Aku, senang je. malas fikir banyak nak agak nasi goreng berapa kcal, nasi kerabu berapa kcal. Aku makan roti gandum penuh (+- 156 kcal) ngan Milo (+- 120 kcal). Itu je la aku hadap. khasiat banyak. mengenyangkan. sedap. Pagi-pagi makan oat + susu. serat tu. (+- 200 kcal). Satu benda aku memang kena makan, desert. tak kisahla coklat ke, puding ke, tapi mesti nak. Yang ni memang limit 1 bite je. lepas kempunan sudah.

Pandai-pandailah.Kalau jenis yang tak kisah apa benda tapi nak mengunyah je keje, makan sayur-sayuran mentah, ulaman. kcal sikit. makan sampai muntah pun belum tentu gemuk. mentah tau. jangan plak goreng tumis ngan belacan, mintak bergenang. pastu gemuk gak memang nak kena hentak.

4. Awareness

oleh kerana aku diet masa sekolah menengah. tengah nak membesar, aku amat takut tak cukup khasiat. takut bantut. jadi ye adik-adik, sila pastikan pengambilan kalsium adalah tinggi. ok, i end up being 160 cm figure. so rasanya, kalsium aku cukup. dan pastikan serat diambil. kalau tak sembelit nanti. minum air putih kena banyak. i mean SANGAT BANYAK. air putih. H2O. Bukan Coke/jus oren/sirap rose dan lain2 perisa. insyaAllah. takde masalah.

5. Bonus

Rajin-rajinlah puasa. Walaupun macam tak ikhlas puasa sebab nak kurus, tapi dosa pahala kan Allah yang tentukan. Maksud aku puasa sunat. Puasa wajib aku takut la nak campur-campur niat. Nnati hutang tak beres naya jer. Sebab bila kita pasang niat nak puasa, otomatik mind-set jadi kuat nak tahan hawa nafsu. Anggaplah puasa tu 1 proses rehab. Kita pulihkan balik fizikal, spirit dan pemikiran kita.


Ha, maka masa aku sekolah dulu, berat aku 46 kg with 160 cm height. Hot ker? haha. owh~~ itu dimasa aku banyak peminat tak tau nak layan yang mana =P.

Sekarang? still 160 cm. tapi berat dah lama tak timbang, so tak tahu. dah tak hot. Oh yer, dan dah takde peminat.

Tapi kalau rasa-rasa nak cuba jaya cara aku diet dulu-dulu, inilah dia. try with gut. pape jadi aku tak tanggung. hahahaha.

Selamat berpuasa semua!

Khamis, 4 Ogos 2011

Dulu saya pernah ikrar untuk go green

x baik merungut bulan-bulan puasa ni kan?

tadi aku dpt 1 task. beberapa hari ni aku xde keje. aku free la kiranya. pasal keje 1 minggu ni aku dah struggle siapkan beberapa hari lepas. saje. aku mmg suka mcm tu. bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian tu aku mmg amik secara core. sampai migrain aku siapkan task tu. sekarang aku nak goyang kaki. tak salahkan? keje aku siap. awal lagi. cuma hantar nantilah masa due.

maka, tadi aku dapat task lain. senang je task tu. bukan task aku secara specific. tapi since aku ni mahir lebih sikit guna Word dari akak admin, maka aku diberi mandat wat keje dia. Tak kisah. serius. bukan lama pun keje tu. kena main ngan alignment, table, kertas berukuran pelik dan printer. bukan wat dari scrath pun. benda dah ada. aku pun xde keje. ok jer.

masalahnya, benda yang diprint tu tak confirm lagi. cerrr bayangkan benda tu ada sequence dan tak confirm. meh aku bagi contoh.


ok, bayangkan aku kena print benda tu betul-betul ikut sequence dan tempat letaknya x boleh switch2. fix. dan benda tu x confirm. maka mengikut experience aku yang hanya beberapa hari lepas, nanti ada plak amendment nak menyelit tengah2 sequence tuh. contoh:


maka, aku kena print balik brand new 3 sequence after yang menyelit tuh :


in which i find, so tedious. So aku argue la pasal benda ni. pasal pembaziran kertas berukuran pelik tuh. Pastu colleague aku dah lain macam. ye lah. aku garang. tapi bukan aku argue pasal aku tak nak buat keje. tapi aku tak nak buat kerja sia2 even kecik macam mana pun. tak salah kan?

So, tak kira, aku kata, biar confirm then aku print sequence tu. diorang setuju, tapi x tau la rela ke tak.

Lepas-lepas tu, office senyap giler. termasuk superior aku. ni ha. bunyi aku menaip je kedengaran.

p/s: banyak gambar kan? aku rajin bukak paint wat segala, al-maklumlah, tengah free.

Rabu, 3 Ogos 2011

Ya Ramadhan al-Mubarak

puasa x? haha

so far, 3 Ramadhan, aku xde kantoi lagi. Tapi nak start ni, memang sakit kepala. Betul-betul sakit kepala.

Sebenarnya salah aku sendiri. Aku ni penagih kaffein. Maka, bulan puasa ni aku fikir: aku tak boleh amik kaffein sebab kesannya tak berapa nak bagus untuk aku (pengalaman).

Yelah, tak prepare awal2. aku sepatutnya gradually withdraw caffein dari diet aku 1-2 weeks before Ramadhan, xde la terkezut badan ni. Manja punya pasal. Nak sedap jerrrr...rasakan!

Jadi aku serupa hang over sekarang ni. Bila petang meyucuk2 je rasa dalam kepala. Tapi demi puasa yang lebih baik aku kira, awal-awal ni kena la kuat semangat sikit.

Kenapa x amik kaffein? Sebab nanti aku haus. Haus la sebab asik g toilet. So, dehidrasi nanti sape yang susah? Ampun mak, tak nak kena dah.

Cerita nya camni:
Dulu aku study kat USM kan? Aku duk Saujana tau. Haah. Desasiswa yang cantik atas bukit paling tinggi tu. Bilik aku tingkat 10 tau. Cantik tau. Ok. Masa tu bulan puasa. Aku balik dari kampung. Bawa beg baju sumer lah. Sekali aku salah timing apa kebendanya, bas USM xde. maka aku kena la menapak dari gate Sungai Dua ke gate keluar USM kat tepi stadium masuk RST. perghh...sampai Restu bawah, aku pengsan! ada 2 orang Cina bagi aku asam. Asam tu x bukak lagi. Aku usha je asam tu. Aku berkira-kira nak buka ke x, pasal tinggal x sampai setengah jam je lagi nak berbuka. Cina tu terus koyak paket tu, benda pertama dia cakap kat aku pastu, "makanlah, Halal ni..." sambil tunjuk logo Halal. pasal dia punya muka sudah concern gila, aku makan. haahaha. Masa aku kat uni, aku memang x boleh berenggang ngan Nescafe. rasa nak mati kalau x minum. maka aku memang rajin g toilet pun sepanjang atas bas. aku memang dah rasa haus giler even before sampai USM lagi. tapi nak jadi pengalaman, jadi jugak.

Sebenarnya banyak kali gak la aku melalui pengalaman teruk dehidrasi. maka, aku tak nak amik risiko lagi. Selalu aku kena kat umah, boleh la wat apa yang patut. Tapi pengsan kat Restu memang pengalaman paling teruk.

So, no caffeine!

Semoga puasa ni akan menjadi "Miracle Ramadhan" dalam aku menghadapi hawa nafsu sendiri.

Selasa, 12 Julai 2011

cukup umur cakap politik

aku pernah kata aku x minat politik. malas nak amik tahu. lantaklah. tapi menghadapi isu politik Malaysia yang aku kira agak meruncing, mana boleh tak amik tahu. kena tahu jugak. dan aku dah 24 tahun, dah boleh sangat nak cakap pasal politik.

keliru, sebab banyak sangat blocking stone. kalau tengok tv, side yang itu je lah dominate. kalau bukak internet, side yang 1 lagi tu lah plak dominate.

bagi aku yang neutral ni. neutral lah sebab aku, mak bapak aku, pakcik makcik, nenek atuk aku, xde kepentingan dalam politik. sapa pun memerintah, kami tak jadi lebih kaya. dan so far, xde plak jadi lebih miskin (tak tau lah plak kalau esok lusa pemimpin mana-mana ada plak nak merampas harta benda kami). dan jangan terkejut, sebab sebenarnya orang macam aku ni lah majority. xde kepentingan dalam politik. yang ada cuma harapan supaya dapat hidup lebih baik. atau cukup baik.

bercakap isu kehidupan yang baik. aku sebenarnya tertanya-tanya. apa lagi yang tak cukup? maaflah. mungkin datang dari keluarga petani, dan kerja makan gaji menyebabkan aku tak terkesan oleh isu semasa politik. tapi aku curious, apalah yang tak cukup bagi mereka yang sibuk bising marahkan kerajaan tu? nak kata x dapat bantuan pendidikan, ramai je aku tengok anak pembangkang masuk sekolah, masuk uni siap pergi oversea dengan bantuan kerajaan. nak kata x dapat bantuan perubatan, takde plak kat hospital kerajaan tu dorang tapis ikut pegangan politik. tak dapat subsidi pertanian? tak dapat rumah ibadat? cukai cekik darah? apa weyh? apa? apa yang sebenarnya tak cukup atau tak ada. kalau pasal barang naik harga, takkan sebab tu dorang nak marah. aku baca forum dari singapore dorang lagi kena bayar mahal. lagilah dorang mengutuk kerajaan dorang sambil nak amik kesempatan kat kemurahan barang kat johor tu. maka, tak bersyukur lagi ker. aku yang miskin ni pun tak bising, pelik aku orang yang rumah macam istana boleh terkesan. keruklah sikit rumah korang tu, buat beli barang.

kalau cina ngan india tu bising, aku faham lah. dorang tu semua pun kena limit. sampai sorang member cina mak aku kata, dorang, kalau xde duit, nak mati pun susah. yelah. dorang punya funeral gila banyak pakai duit. aku tau lah. aku duk kawasan cina. tapi limit2 pun, dorang kaya gak aku tengok. tapi kalau bagi sama rata. habislah orang melayu. baik kami tak bagi cina ngan india masuk. boleh relax2 duk tanahair sendiri xde sapa nak cantas kami. orang cina gila punya rajin. kalau bagi can, mesti cantas punyalah. tengok kampung aku. kalau tak iya2, dorang lupa dah hak orang melayu. cakap tengking2, pandang hina, toksah cerita bab mengkulikan melayu. sebab dorang kaya. semuanya jadi tokey. kadang-kadang aku sedih tengok, kalau masa berkempen, yang keluar kereta dirai' orang cina. yang berpanas gantung banner sana sini, orang melayu. tak pernah aku tengok cina wat keje2 kuli macam tu kat tempat aku.

dulu masa aku sekolah, aku sekolah cina. masa tu kelas BM. cikgu aku melayu. kawan aku pernah menyindir kata dorang (cina) kena kuat kerja, bukan macam melayu, duduk2 boleh dapat bantuan sana sini. cikgu aku meyirap kot. terus cikgu aku tanya, dorang sayang Malaysia ni sama ke macam melayu sayang Malaysia? kawan aku tu senyap. tak cakap apa pun. nak menipu kata sayang pun dia tak. nampak sangat. cikgu aku bagi gambaran. dalam PDRM, dalam tentera, dalam bomba, berapa ramai orang cina? cikgu aku wat lawak, kalau Malaysia perang, orang cina paling awal angkut semua duit harta benda dorang lari ke China. kayakan bangsa sana. apa member cina aku cakap? "Ya loh. Sape bodoh mau mati sini?". Hal tu habis kat situ je. Hal perkauman mana boleh bincang lama2. Sebab hakikatnya hodoh. Tak sama macam yang TV1 TV2 cuba tunjukkan. Tapi fikir2 balik, takkan nak letak insiden kat atas dalam TV? atau berapa ramai orang cina ngan india tak tahu nyanyi lagu Negaraku? hakikat ni.

dan dalam diam. aku sedar. yang dorang memang dah lama beriri dengan orang melayu dan peribumi. bagi aku, cina yang datang Malaysia ni sama je. tak setia. masa dorang susah kat China, lari sini, nanti kalau susah kat sini, entah-entah lari ke mana pulak.

Maka aku tak pernah respek dorang. Kalau dorang marah aku bawak kereta laju hampir nak langgar anak dorang, aku sound balik je dorang ni. Dah tau jalan raya yang jalan tengah2 pastu anak tinggal belakang kenapa. aku siap cakap, aku memang niat nak langgar anak dia. Sebab,kalau aku langgar pun, undang-undang sided aku gak. Terus diam dia. Itulah jadinya tempat kalau dorang yang berkuasa, undang-undang tu dorang ingat udang je kot. Korang try lah drive kat kampung aku leisure2 means treat semuanya as expected. Aku jamin! mesti korang akan eksiden. Jangan terkejut, cina tua naik beskal tengah jalan besar, amik simpang dari arah yang salah. block jalan menyembang tengah jalan, parking ikut suka, dan marah korang sebab nak terlanggar dorang. banyak lagilah. tak pakai helmet tu benda biasa. malas aku nak cakap apa kerja polis.

jadi berbalik pasal isu paling atas, aku rasa, kalau ada pun ketidakpuasan hati terhadap kerajaan dan perlembagaan, mereka inilah yang ada motif pun. sebab kejayaan dorang tak setimpal dengan kerja keras dorang. lagilah menyirap tengok orang melayu yang leisure2 cuti raya sampai dekat2 sebulan dapat pulangan hampir lebih kurang sama je. Sebab kalau dorang leisure2 cam kita, dah duk merempat dah.

Eh lupa. yang berlandaskan agama pun ada. Sejujurnya, dulu even aku tak tau sangat politik, aku sangat respek dengan golongan orang yang memperjuangkan agama ni. Sebab dulu, jarang atau hampir tak ada kata-kata nista yang didengari dari mereka. Memang dakwah cara terpuji bagi aku. Yelah, aku mana pergi ceramah orang-orang kempen ni sangat. Famili aku wat dono je. Kat umah pun tak cakap pasal politik. Tengok tv kalau takde, takde lah. Tapi sekarang, free media bukan main banyak. Eh? selamba je dorang mengutuk orang. Hancur lebur respek aku. Apa bezanya dorang ngan orang yang x pandai agama? Dan ada dikalangan dorang dalam gotong royong BERSIHkan KL, aku terfikir lagi, ni apa?

“Sesiapa ingin menasihati pemerintah dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)

mereka tak buat ayat yang akhir ni kenapa? kenapa rasa tanggungjawab tak habis lagi? sebab tanggungjawab yang tak habis tu bagi aku, cuma hal-hal dunia semata. padahal dengan pengikut yang ramai tu, kalau dorang hold back, jaga adab, jaga mulut, jaga ibadah-ibadah mereka, mereka sebenarnya dah cukup tiket nak masuk syurga. cukup terpuji dalam mempamerkan apa itu islam sebenarnya. dan bagi aku, dakwah terbaik adalah dari contoh teladan. sebab aku sendiri berjaya didakwah menjadi lebih baik dari dulu dengan cara begini (entah pendakwah tu sedar atau tak yang dia berjaya merubah aku lebih dekat dengan-Nya). Tak pernah sekali dia kutuk atau menghindari aku yang jahil ni. Malah tak pernah cuba mengajar aku. Dia jadi diri dia sendiri. Yang bagi aku, sangat-sangat terpuji. hei, aku tak cakap pasal orang yang mempraktikkan agama secara so-so. Dia memang komited ngan amalan-amalan kerohaniah dia. Subhanallah.

Inilah masalahnya bila guna nama Islam untuk berpolitik. Tapi berdakwah tak macam orang Islam. Kerja gaji duit kerajaan, jadi ingat boleh diperlekehkan. Padahal, yang Allah kira, kudrat kita untuk pekerjaan tu. Kalau hujahnya, duit kerajaan tak bersih, dah tu kenapa pulak kerja kerajaan? Yang kerja swasta, sibuk marah tak dapat tender kerajaan. Kata kerajaan tak teluslah. Kabel lah. Padahal, yang masuk tender pun bukan suci sangat, pandai je putar sana sini nak tipu kerajaan. Apa ni?

Pendek cerita, apa pun isu politik sekarang ni, aku berminat, dan dah tahu pun nak undi siapa. Aku judge simple je. kalau nak kata perfect, mana-mana pun masih jauh dari perfect. Biarlah aku pilih mereka yang akan menjaga bangsa aku, hal iman, tauhid, biar aku jaga sendiri. Banyak je ustad2 dan ustazah yang neutral.

Aku takkan lari dari tanggungjawab dengan tak mengundi. At least aku ada pandangan dan sedikit keberanian. 1 undi aku tu kalau takde, mungkin tak apa, tapi satu tu kumpul ramai-ramai orang macam aku, boleh merubah sesuatu gak. Lagipun, dosa ke kalau salah undi? lain lah kalau aku undi parti yang tak bagi sembahyang, tak bagi puasa, tak bagi tutup aurat.

Walaupun aku kira ada banyak kepincangan dalam sistem kerajaan sekarang ni, terutamanya undang-undang dan ekonomi, tapi bagi aku, meletakkan diri dalam kasut pemerintah, dealing dengan masyarakat majmuk yang lain bangsa dan agama, mereka tak mampu nak mempertahankan undang-undang dan ekonomi yang seswai ngan kita semata. Apa jadi agaknya kalau hudud dilaksana, dan riba' mansuh terus? Menggelupur yang kafir tu weyh. Aku dah kena bambu dah pasal ni masa kat Convent dulu. Kawan-kawan cina ngan india aku memang menggelupur. Dengar Islam Hadhari pun dorang takut, inikan plak hudud? Aku anggap, perkara ni memang diluar bidang kuasa pemerintah. Kalau dia laksanakan negara islam, cina ngan india mengamuk, perang, pemerintah tu semua dah tua-tua, dia fikir lantaklah, yang penting aku masuk syurga. Tapi, dia sayangkan kita maka dia tak pentingkan agama. Besar kan dilema dia. Kalau perang, korang salahkan dia jugak. Nabi Muhammad s.a.w boleh buat pasal dia kuat, dia terpuji, orang2 kafir sendiri sanggup duduk bawah pemerintahan dia. Tapi yang nak buat negara islam sekarang ni terpuji sangat kerrrrrr?

Kalau tak nak riba, pilih perbankan islam. Jangan dok mengular je makan duit tak bersih kerajaan kononnya. Yang nak masuk tender tu, doa banyak2 kat Allah. Rezeki milik dia. Kalau dah rezeki, sape yang mampu nak cantas?

Orang Malaysia, jangan manja-manja sangat. Gula naik harga seposen dua bising. Beli handset canggih2 riban riban sukerrrr!!!

Khamis, 7 Julai 2011

Ya Allah. Lindungilah aku.

kalau tanya orang-orang terdekat aku, mesti dorang tau 1 masalah aku sekarang ini. masalah besar. besar sangat2 sebab aku tak tau nak buat keputusan apa.

masalahnya, aku menyampah gila ngan seorang rakan sekerja aku ni. yang juga merangkap orang atasan aku.

sebabnya? dia gatal. suka mengusik aku yang macam dia suka kat aku nak beromantik2 sampai aku rasa tak boleh blah nak muntah kat situ jugak. aku tak tau la apa perasaan perempuan sebaya aku bila tengok seorang lelaki yang boleh dianggap ayah usha muka sweet charity manja-manja dengan ayat-ayat yang Fahrin Ahmad sekali pun belum tentu confident nak cakap = rasa nak bagi pelempang je sedas dua. rasa je lah. yang aku mampu buat, alirkan kekuatan pelempang tu ke dua-dua belah telinga aku sendiri, sambil menutup mata. untuk beberapa saat, aku tenang.

tak obvious lagi ke? dan aku sangat2 ok klo perkara ini berlaku hanya di office sahaja. balik rumah aku tak payah nak mengadap muka dia lagi. tapi masalahnya, dia dah mula ajak travel(sebab kerja) walaupun kerja aku tak melibatkan semua tu. lagi2 bila kena travel berdua je. lagi2 bila perjalanan amik masa 3-4 jam. lagi2 bila kena bermalam. aku tak tau la apa perasaan perempuan sebaya aku kalau kena camni. Kalau lelaki tu Fahrin Ahmad pun belum tentu aku pergi (menunjukkan aku bukan la alim sangat2 sampai x boleh naik kereta ngan lelaki - tapi naik kereta lelaki berdua travel 3-4 jam memang x pernah la weiii!!!)

famili ngan kengkawan yang tak berapa nak rasional dengar je cerita aku, suh berenti.

famili ngan kengkawan yang rasional, suh aku report kat BOSS pastu berenti. Masalahnya, aku suka keje aku. Aku dah study banyak pasal projek ni. Sayang lah. Tapi masuk keje skang ni, klo dia ada. Memang spoil mood aku giler. Aku memang dah xde respect kat dia. Aku cakap x pandang muka dia. Dia suh aku wat keje semua aku bangkang. Aku terima keje dari boss aku je. Tak sihat dah environment keje aku.

Kadang-kadang nekad nak berhenti. Tapi hutang banyak. T_T

Aku sampai doa kat Allah supaya sakitkan aku. Maka aku tak payah pergi travel ngan dia. Alhamdullillah. memang aku sakit sampai MC 2 hari before g travel. Sekali aku masuk keje, ada plak dia. La............asal tak pergi travel? Dia kata "sebab you". Ya Allah, selamatkanlah aku.

Bila dia nak postpone, aku akhirnya keluarkan keberanian yang ada dan kata aku tak nak travel. Dia ungkit plak kata aku setuju masa interview. Eh bukan dia yang interview aku, dan tak pernah setuju nak travel bila diterima masuk keje dulu. Aku sebenarnya nak sambung "kalau itu menjadi 1 kesulitan, then fire me" tapi mengenangkan hutang, T_T aku tak cakap.

Walaupun aku tak ditanya soal2 travel masa interview, aku sebenarnya takde masalah. Dan kalau sekalipun dia lelaki, yang act profesionally, aku masih pertimbangkan atas tanggungjawab kerja.

Boleh plak dia cakap dia pun rasa sebenarnya travel yang kitorang nak wat tu is a waste. Aku menyirap. aku keluar. Aku tutup pintu rapat2.

Nekad lagi nak berhenti kerja. *sigh

Khamis, 30 Jun 2011

ikut hati mati. sukati lah!!!!

tak cukup bertanggungjawab lagi ke aku ni? mak aku sakit aku tinggal sebab fikir urusan keje yang lebih mendesak. tup tup. keje tu dibatalkan. silap lah kalau ingat aku ni jenis menyerahkan nasib badan. suka2 bila2 nak suruh aku buat itu ini. aku kalau tak suka, jangan memandai nak paksa. aku lawan balik, for sure.

p/s: sedang menunjukkan protes terhadap seseorang yang suka2 bila2 nak suruh aku wat keje.

Selasa, 28 Jun 2011

Fly Away~~~

baru mendapat berita tergempar dari kawan aku. yang dia akan menyahut seruan kementerian pelancongan
"Datang Jak Sarawak"
dengan lebih extreme.

Maka, aku sangat terkejut. bila cita-citanya nak merantau dan stay kat sana telah dimakbulkan Allah. Bila dia bagitahu tadi, entah kenapa sedih gila. Sedih sampai mata mula nak berkaca dan hidung terasa cam panas je. Pelik gak aku.

Bukan apa. Dia sebenarnya memang duk jauh. Tapi kali ni tiba-tiba rasa memang dia nak pergi sangat jauh. Mungkin sebab keadaan tempat dan extra effort utk pergi kesana kot. Dan sangat takut nanti dah susah nak jumpa. Takut nanti dia best kat sana dah lupa kat sini.

People may come and go. In and out of your life. But true friends stay.

Aku harap dia akan sentiasa buat yang terbaik untuk life dia. yang tu aku tak risau sangat. She always do. =)

=)

Rabu, 22 Jun 2011

hal yang paling merunsingkan aku kala ini

camne nak handle colleague yang gatal?

tension tau tak? lagi2 bila kita orang bawahan dia. nak marah nanti, cam x respect. tapi serius aku tak tahan dah ni. kadang2 bila terfikirkan perkara ni, aku boleh menjadi sangat frust dan berada dalam keadaan separa sedar sambi menjerit "TAK NAK! TAK NAK!". bodoh.

sebenarnya, bila difikir2, dia bukan lah gatal sampai tahap lucah ke atau mengambil kesempatan ke, cuma dia selalu usik2 kearah perasaan lelaki dan perempuan bukan muhrim. dah la dia tu warga emas. setiap kali dia cakap, tahan punya tahan pun aku rasa semacam je tekak aku ni. macam makanan la. kalau tak suka, mana boleh disuap hari2. muntah wei...muntah...

bila aku tanya apa2 soalan, bukan nak bagi jawapan straight to the point. mesti nak berbasa basi mengusik yang bukan2. TENSION!!!!

rasa nak jerit je kuat2 kat dia, "wei, balik jaga anak bini leklok jgn kacau aku boleh tak?"

nanti kata aku perasan. perasan hot. usik sikit tak boleh. haah. memang tak boleh. geli. obvious kot aku tak suka. tak faham lagi kerrrrrrr???

p/s: aku tak faham la. hanya kerana siti nurhaliza suka lelaki tua, dan salih yaakub dapat bini muda, adakah itu maknanya semua lelaki tua kat luar sana perlu mengusha perempuan muda?

susah sangat, aku resign je kang!

Isnin, 20 Jun 2011

Selamat Hari Bapa

aku anak yatim. klo tak tahulah.

seingat aku, yang aku mampu ingat (errr???) father figure yang wujud dalam minda aku ni, sangat baik. iya. ayah memang baik. bukan sahaja sebagai seorang ayah, tapi as human being. aku cakap camtu bukan sebab dia ayah aku. tapi sebab memang dia takde buat hal la marah2 mak aku, abai tanggungjawab tak bagi duit nafkah, gatal nak cari bini nombor dua ke hape. at least, tu dah kira baik la. dan mungkin sebab dia meninggal awal maka dia tak sempat nak buat semua tu? wallahualam...

aku suka semua tentang ayah. style dia yang konservatif dan smart. bau dia. loghat utara dia. joke dia. dan fake fact dia yang bukan2. isk3

ayah meninggal masa umur aku sembilan tahun. tak banyak sangat yang aku ingat. tapi ayah memang particular tentang ilmu agama. dia maybe tak berapa pandai tapi dia pastikan kami g dapat pengetahuan agama yang sepatutnya. syukur hari ni aku tahu solat, tahu mengaji, semua kerana ayah garang duk kejar sampai rumah ustaz (credit mak aku juga sebab asik ugut nak masukkan dalam guni). hantar g sekolah agama, even masa tu dia sakit. T_T

kalau ada 1 kenangan yang sangat aku ingat dengan ayah, masa kecik2 aku tak suka makan benda yang berwarna. paling aku takut, warna hitam, merah, hijau, biru. aku particular giler la. mak aku kata makanan harian aku cuma nasi putih ngan ayam goreng (dada). tapi apa punya ngek, aku suka ikut ayah g makan roti canai. jadi, roti canai kan ada bahagian2 hangus, ayah aku terpaksa lah siat satu2 layer yang hangus tu tinggalkan yang putih kat dalam. lambat2 je dia wat, pasal klo dia wat cepat2. makin cepat la aku makan. pastu minum teh tarik mesti nak tuang dalam piring. apa punya mengada2 la aku. kadang2 dia tak makan pun, dok asik melayan aku.

rindu giler kat ayah.

Ahad, 19 Jun 2011

majlis resepsi orang2 kaya

diorang buat kat hotel. tetamu sikit. jamu sekali harung. tak boleh duduk ikut suka. kena daftar nak dapatkan nombor meja.


untuk pertama kali dalam hidup aku. inilah majlis resepsi di hotel satu2nya aku pernah pergi. masa mula2 dapat jemputan, dah cuak gaban nak pergi ke tak. iyalah, tengok tema = seram terus. x nak cakap la tema apa. yang penting jubah + baju kurung tidak termasuk tema itu. pulak tu tema yang menggalakkan penyeksian dan pendedahan. aku double cuak la. ditambah dengan rumors yang "sape pakai baju kurung tak boleh masuk". tapi pendek citer aku telah membuat RSVP berupa sebuah attendance. arghh!!

hari ini, setelah sedikit persiapan yang macam x siap, aku pergi. di sebuah hotel di bandaraya berdekatan ibukota. aku pakai apa? x payah tanya lah. expectation aku sedikit down disitu melihatkan parkir dijaga seorang india berkemeja agak lusuh memegang resit mundar mandir. "eh?"


masuk ke lobi hotel, agak sesak. baru sesaat blur, dah disapa seorang jejaka bertanya "attend wedding ker?" kami angguk dia pun menunjukkan lif dengan sopan santun sambil beritahu floor berapa.

kuar lif, cari dewan terus nampak pintu gerbang. ok, angkat kepala sikit, jalan tegak, confident...hinsf..hinsf..."Ah sudah! Boss tak kenal staff nanti.". Mak datuk! Boss? Baru nak test jalan orang kaya, dah terkulat2 aku ngan member aku. Senyum terus cabut g meja pendaftaran. Pastu boss introduce kami kat orang rumah dia. Aku pandang atas bawah outfit boss ngan bini dia. Sempoi gila. Arg!!! klo aku tahu, aku xmo pakai baju aku time aku. "Mengarut baju ni semua" aku kata lah kat diri sendiri. Boss best je, duduk meja VIP lagi. relak jer.

tapi xpelah. carry je lah. lama gila tunggu orang sampai. lain betul kenduri kat kampung datang makan, salam pengantin, bagi sumbangan, balik. ni kena tunggu! tunggu lama!benci~~

owh ye. protocol hari tu western style. maka, ada speech, ada video screening, ada potong kek, ada dance, dan makan akhir sekali.

makan nasi putih, sotong gor...jap...nasi putih?! what?! alahai... apa ni? melayunyerrrrr...down lagi expectation aku. dah la. lapar sangat dah. ada sotong goreng tepung. ayam goreng tepung, roti jala kari ayam, lasagna daging, puff tuna, ciskek, kek cekelat dan tart buahan. banyak kan? owh tidak! meja semua lelaki2 perkasa belia - maka, baru je aku suapan kedua, mereka sudah tambah lauk kali kedua. aku habiskan 1 lauk, semua bekas dah hampir kosong. grrr...maka aku habiskan nasi dengan lauk HATI je.

air dia memang mengancam mak ko. merah shiny coldy lovely. aku sampai beriya2 nak rasa ingat air strobery or ribena or apa2 la janji bukan sirap. EH? sirap!

takpelah.aku bersyukur. orang dah jemput bagi makan semua. tapi memang secara overall - aku tak suka lah attend wedding cenggitu. tak familiar. tak tau la klo dua tiga kali dapat peluang g lagi, best kot.

k lah. tido r ngantuk giler!

Rabu, 15 Jun 2011

:(

seringkali aku jadi manusia yang palsu.

aku bosan tapi aku buat2 ketawa.
aku sedih tapi aku senyum.
aku happy tapi takut org lain marah.
aku sunyi tapi macam tak kisah.
aku lemah tapi tak nak mintak tolong orang.
aku marah tapi takut orang kata tak munasabah.


boleh tak aku nak tidur lama-lama dan bila aku bangun nanti, aku jadi lebih berani?
serius aku dah penat ni.

Ahad, 8 Mei 2011

Waiting for Forever (2010)



pernah tak korang jatuh cinta kat seseorang pastu seseorang tu cakap apa korang percaya bulat2, pastu korang tunggu dia lama gila, even korang dah tak bertegur sapa tapi korang optimis korang akan bahagia hidup ngan dia. pastu semua orang sekeliling ingat korang sakit, famili sendiri dah fed up tak kurang jugak kawan2 layan korang dengan simpati.

ni nak story ni.

Wait for forever. cerita indie ni aku rasa sekejap sangat walaupun durasinya 1.34 jam (citer best memang rasa sekejap). bagi aku, cerita ni simple sangat. tapi klo penonton jenis kurang empati, mungkin tak berapa nak faham. senang citer, sifat dan dialog karakter2 dalam ni memerlukan sedikit daya kognitif penonton (apa yang dilakukan, dikatakan bukan bermakna apa yang nak disampaikan). dan naturaliti pelakon utama dia memang wat penonton rasa reliable ngan lakonan dia. tak nampak fake. even aku x berapa sure ada ke manusia camtu dalam dunia ni.

cerita ni tentang Will (happy go lucky, childish, optimistic, accentric, cute =)) yang balik ke kampung dia semata2 sebab childhood love dia balik kampung. pompuan tu nama dia Emma. dia TV personality (walau x berapa nak berjaya). Balik2 je abang dia Jim (seorang banker berjaya) dah layan dia cam sampah sebab bagi abang dia life adik dia ni memang dah rosak la. Hidup merantau. jadi badut perform tepi jalan. Umah takde. Bercakap sorang2. Dah tu optimis tak bertempat nak mengayat Emma yang entah kat mana2. Nasib la kakak ipar dia super duper baik hati pastu kengkawan dia pun boleh diharapkan. Walaupun dorang sebenarnya camtu sebab simpati kat Will tu.

Jadi cerita, Emma balik kampung. Ayah dia sakit. Jadi Will yang dah lama stalk Emma ni pun, ikut balik. Yang sadisnya, bila dia nampak je Emma, terus mamat ni jadi semput. Kelu. Nervous. Adoila. Camne nak tegur klo dah gitu. Tapi last2 dia berjaya gak tegur love of his life tu (dengan cara yang sangat sederhana dan tipikal) walau klo korang letak diri korang dlm diri dia, mau pecah jantung korang. pastu untuk sekejapnya, dorang have fun balik la. Kat sini, Emma dah dapat agak Will ni ader something wrong sket, masa dia bercakap sorang2 Emma tanya dia cakap ngan sapa, pastu barulah Emma tau Will bercakap ngan parent dia yang dah mati (sebab masa dorang mati, Will kecik lagi, Emma bagitau parent Will tetap ada, untuk menyayangi Will).Maknanya selama ni, Will membesar ngan kepercayaan yang kuat terhadap apa yang Emma cakap. Si Emma ni ada bf, datang dari jauh nak jumpa dia. Nak ajak Emma kahwin.

Pendek citer, heart broken lah Will. Emma plak terkejut beruk selama ni Will duk asik follow dia. Jadi dia suh Will jangan ikut dia lagi.

Pastu korang tengoklah sendiri. Happy ending.

p/s: klo betul ada orang cam Will tu dalam dunia, walaweyh aku propose jadi bf aku sekarang juga.

Selasa, 3 Mei 2011

perubahan-perubahan yang aku tak suka

bukan selalu aku ada passion nak tulis blog. lagi2 sekarang ni. sejak kerja baru ni. sibuk sangat aku. apa yang aku sibukkan? sibuk study system. betul2 kerja sukar.

untuk pengetahuan korang, tiap2 minggu aku balik kampung. tak sior nak duduk sini time weekend. makanya, walaupun aku sebenarnya dah boleh dikatakan bukan penduduk Sekinchan lagi, tapi aku tak rasa camtu pun.

Weekend ni, jiran aku berpindah. jiran yang dah duduk rumah sebelah lebih kurang 10 tahun, akhirnya pindah. sedih, tapi yang paling sedih bila aku tak dapat tunjukkan emosi betapa aku tak suka dia pindah. emosi aku ni bukan boleh dilayan. nanti....

bila diorang pindah, banyak benda akan ikut berubah.

si suami seorang nelayan, dia pegi keje sangat awal. lepas ni takde lagi la bunyi enjin kereta pukul 6.30 lagi dah.

si isteri ngan anak perempuan suka ketawa kuat2 sambil tengok astro. lepas ni takkan ada lagi la dialog mak-aku "apa jugak la yang digelakkan cik edah ngan syikin tu?"

rumah dorang adalah pusat perhimpunan adik beradik time raya.sangat meriah. pasni bertambah2 sunyi la raya kami yang memang sunyi ni.

cik edah pandai n rajin masak. lepas ni takde lagi lah pinggan2 makanan melepasi pagar.

kalau kami buat bising, biasanya akan TERconsider orang sebelah, lepas ni....=(

paling penting, takde lah orang yang boleh aku harapkan untuk tengok2kan mak bila aku takde. risau betullah.

agak2nya...siapalah jiran baru aku?

Jumaat, 15 April 2011

i said...

today

if u meet a stranger...
start out with positive perspective...
smile and treat them wisely...

coz u'll never know how important that person might be...

someday

Khamis, 24 Mac 2011

story of me, my boss and ....

today was a fairytale...
You were the prince
I used to be a damsel in distress~~~

xde maknanya....

this is a story of me, and my superior...my project manager...my boss...
ya, 3-3 org yg sama..

we had ad hoc meeting pagi tadi...x sempat leisure2 layan fb sebelum develop module aku, boss sudah panggil bincang camne nak further develop system tu. ok lah kan. aku on jer. bawa buku, bawa pensel. tapi bos aku baik. so kami banyak sembang je. sambil2.

habis bincang part aku, bincang part colleague aku plak. ok, sudah mula masuk part database, sql query, bug bug bug.... pindah tempat lah, masuk bilik training, pakai projector.. cool la gak... dah lama aku x involve sangat ngan perbincangan2 memberangsangkan ni.

entah bila, boss aku start debug program plak. logic error. ah sudah. nak kena cari dalam code yang berselirat tu, ok, xpe lagi. cool. lagi cool bila ececeh, aku plak tunjuk bos aku, kat mana nak debug.

pastu pukul 1, x cool dah la. aku mengantuk giler tgk code lama2. pastu bos aku ni generasi otai. otai programmer yg dah lama x wat programming. sekali dia dapat debug 1 bug, dia sudah excited mau debug semua bugzzzzzzzzzz tu. walk memory lane ke hape. aku menguap2. makan gula2 dah 2 3. bos aku makan entah berapa. yang paling kami x boleh blah, bos aku, as i said, otai... camne dia coding tau? dia taip 1-1. sibuk aku pujuk dia copy paste jer. kawan aku pun pujuk2 gak... x sanggup kami tgk syntax error merah2 sana sini.

sampai 1 tahap, aku nak g toilet. member aku ikut. kat luar kami bercerita how wonder we are, dia boleh determine check 1-1 code tu, taip 1-1...hahaha... jauh beza ngan cara kami keje. kami kopipes je. try n error.

mmg core programmer la wei...akhirnya, dia memang berjaya betulkan semua bug, kecuali 1, x larat dah aku. aku mintak nak g semayang plak. pastu baru dia perasan, dia ada keje kat luar. haha.

maka, conclusionnya aku lunch pukul 5 hari ni. cool x keje aku?

Isnin, 14 Mac 2011

i have lost my dreams. what the worst that could happen?

hari ni masuk minggu ketiga aku keje kat company baru ni. so far, ok sangat2. colleague baik2. housemates best. aku xde apa nak complain lah. so far so good. hehe.

kerja makin hari, makin busy. biasalah. tapi aku excited. sebab belajar banyak benda baru dalam bidang IT. harap2 banyak ilmu yang aku boleh timba.

aku baru kena assign 1 tugasan dalam web page designing. iya. benda yang aku paling lemah tu. bukan apa. buat benda2 seni bukan boleh satu dua hari. dan bukan boleh paksa2. lagipun, mencantikkan sesuatu adalah kelemahan aku. kelemahan yang aku kira takkan boleh diubah. tu bukan kemahiran tapi bakat. hmm...sama macam aku terima kenyataan aku x pandai bersukan.

tapi instead of worrying too much, aku buat leisure2 je. buat apa nak risau2. seingat aku, adapun satu masa yang aku risau gila akan fail, aku finally memang fail pun. bukan fail kecik2. failure yang merubah terus struktur cita-cita dan harapan aku.

jadi, apa yang aku ada sekarang, aku buat sambil have fun je. betul. aku nak have fun je.

=)

Rabu, 2 Mac 2011

dah besar pon homesick

baru 3 hari berpisah dengan mak, aku dah kangen sangat.

x sangka, homesick lagi aku ni. iya2. x seswai la. aku dah 24 kot. nak kata aku ni bergantung sangat ngan mak aku, x la jugak. rasanya mak aku lagi bergantung kat aku....

oh, maybe aku risaukan mak aku. eh ye ker? aku rasa dia ok jer.

duk menghitung hari nak balik kampung.

p/s: mengalahkan budak kecik. isk3.

Selasa, 1 Mac 2011

my first day of a new job, new life

lama dah tak update...1 whole february to be exact. ader yg rindu tak? =P

banyak benda jadi dalam tempoh ni. salah satunya, i land my dream job. today. walaupun aku tak start lagi buat kerja. kena go through briefing and training dulu. harap2 pasni xde la aku kena berfikir lebih dari seminit hanya untuk jawab "ko kerja apa?" dan xkan amik lebih dari seminit jugak untuk explain apa kerja aku.

kerja sekarang ni, aku jawab sepatah pastu lantak deme la tau ke x.

bukan sebab tu semata2 aku tukar keje. i hope for better accomplishment, salary ngan experience gak. seingat aku, memang tension keje dalam bidang system development, programming semua tu. kena banyak fikir. time and effort consuming. tapi seingat aku jugak, i did well then. and very happy.

so why not?

kerana kerja ni gak, aku hadapi banyak first time. first time sewa umah. first time tempuh jem pagi2 g kerja (nasib la jem x berapa teruk).

so, excited ader. takut pon ader. doa x berenti2 ni.

u olz yg baca ni, doakan aku yer. boley?

Isnin, 31 Januari 2011

job baru



baru confirm job baru. programmer.

lepas ni mungkin akan seperti dulu.

post pendek2 je.

cuba biasakan diri.

doakan aku.

Rabu, 5 Januari 2011

Gincu Baru

bagi perempuan, ada banyak hal boleh memeningkan kepala. mungkin sifat semulajadi perempuan yang suka pay attention kat benda2 remeh and focus on details.

oh ye, sebenarnya nak cerita pasal gincu. hehe. aku baru beli gincu baru.

membeli gincu adalah salah satu perkara yang aku paling malas nak buat. dan tersalah beli color adalah perkara yang paling selalu terjadi *sigh. brand favourite aku adalah Maybelline. ceh. padahal sejak pandai beli, itu je lah brand yang aku ushar pon. dengan warna banyak dah macam pallete cat nippon, aku end up pening most of the time. terus migrain klo ushar Revlon atau Loreal yang harganya sedikit mahal.

Aku tak pernah guna gincu sampai habis. Tak pernah. Jadi aku beli, kalau aku dah rasa macam gincu expired. Sekarang ini, secara bersihnya, aku cuma ada 4 warna gincu. 3 darinya buat aku rasa cam nak buang je dalam tong sampah. Bukan warnanya tak cantik, tapi tak sesuai ngan warna kulit aku. Bagi aku, membeli gincu ni macam gamble. Sebab aku tak faham cara beli ikut norma biasa. Ha, camne pompuan beli gincu?

First, pilih2 color yang berkenan atau rasa bersesuaian ngan diri atau nak test semua pon boleh (kalau cukup determine)
Second, calit tester kat tangan (bukan jari). Pastu tengok, match x ngan warna kulit? - well, ini yang aku tak faham. warna tangan ngan muka selalunya tak sama. dan kulit tangan tentu2lah tak sama ngan kulit bibir termasuk warnanya. so, serius aku x faham. cantik di tangan, adakah akan cantik di bibir juga? oh, kalau guna cara ni, aku selalu fail.
Third, yang ni radical sket. Amik tester calit je kat bibir (ingat, org lain, calit tester kat tangan, so, mungkin ada isu kebersihan di sini). Calit kat bibir mana boleh banyak2 (mungkin akak promoter akan warning), so sikit cenot kat bibir tu, nampak ke impact? aku tak faham lagi.
Forth, kamikaze! pakai la gincu tester tu macam pakai gincu yang sebenarnya. Well, yg ni sekali je lah. pasal mungkin akan kena warning or, lepas sapu gincu tu, warna bibir takkan asli lagi. kalau first kaler dah match, untung la nasib badan. Kalau tak, aku yakin bibir takkan bersedia untuk dicalit kali kedua sebab pigmen lama akan corrupt warna baru (walaupon dah lap, melainkan guna mekap remover - amboih2...ni sudah lebih!)

Jadi cara aku, amik tester...tenung warna tu lama2 dan berimaginasi sket. kalau aku 'rasa' ok, aku amik. sebab bagi aku, test gincu macam kat atas adalah sia2 dan membuang masa.

ok, sekarang, cerita pasal gincu baru aku. ini, adalah warna gincu paling aku suka setakat ini. sebab, setelah sekian lama, barulah aku jumpa kaler yang tak jadikan muka aku cam baby doll tua (having the fact muka aku bulat, xde defined structure dan pipi tembam). ada sejarah sket pasal gincu ni. aku ke penang 2 minggu lepas, di rumah Haida, Haida cerita macam mana dia tersalah ambil gincu. even the testing part was awesome on the other color. Ouch! wasting time~~~ Gincu tu kaler oren. Tak la real oren, tapi base oren. Oh yer, mengikut pengetahuan aku, gincu ni ada 2 base (rona) utama. biru dan oren. cool and warmth. gincu base biru ni termasuklah pink, purple, , plum dan certain2 merah. gincu base oren plak termasuklah peachy, brown dan juga certain2 merah. jadi skang, gincu member aku tu rona oren. obviousla oren, pasal packaging dia memang tone oren. pakai gincu oren ni bukan semua perempuan berani. kenapa? pasal mengikut kajian, gincu oren menyebabkan effect gigi kekuningan. jadi untuk nampak gigi lebih putih, gincu base biru disarankan. ok, sambung balik. rasa macam taboo ada gincu oren.

tapi, since Haida dah tersalah, apalah salahnya test2 kan. So aku try. Eh Eh. Not bad ah. makan je ngan kulit aku. Tak nampak cam plastik pun. Teruja jap. Aku senyum2. Kuning ke nampak gigi? Hmm... tak kot. Ok jer. So ok lah. Aku ingat nanti aku nak beli 1. Nama gincu tu, Maybelline Color Sensational Papaya Milk.

Sekali, balik ke rumah di Selangor, aku pon singgah la Guardian. Poyo! Papaya Milk habis. Wadda~~~ Kenapa?!!!!! So, terpaksa lah aku test yg lain. Ok, rona oren. Seingat aku, banyak color nak menjurus ke brown dah. Last2 aku amik Maybelline Color Sensational Bronze Orange. Gamble lagi. Tapi dengan sedikit keyakinan.

Balik aku try terus. On the bare face. Bedak pon xde. Ni lagi 1 pantang, pakai gincu independently (mengikut kajian) akan buat muka lebih berusia. So, bedak, eyeliner, blush digalakkan untuk balance impact gincu tu supaya nampak muda sket. Tapi kejadah apa aku nak test je lepas tu nak relax2. Nak mekap mampus kena sindir 1 rumah? So aku calit je terus. Ya! Inilah dia. Warna dia memang blended ngan warna asal bibir aku. Rasa macam tak pakai gincu pun. Cuma muka nampak sihat sket. Oh yer, orang selalu cakap muka aku pucat. So, nampak sihat sikit. Dan mintak review dari adik dan mak. Yes. Dorang kata cantik. Maksud aku, ok lah warna dia. hehe.

*sekadar gambar hiasan

Sabtu, 1 Januari 2011

Mak aku memang nak kena

(mak organize baju2 dalam almari dia. tiba2 dia masuk bilik aku.)

mak: apa ni?


aku: hmm..bak sini..

mak: apa benda ni?

aku: kot makmal.

mak: ha?

aku: ala. masa kat matrik dulu.

mak: ha?

aku: dulu kan nak jadi doktor~~~

mak: HAHAHAHAHAHAHAHAHA

(mak keluar bilik aku dan masuk balik tak lama pastu)

mak: cantik tak?

aku: ...........

mak: kebaya lama aku dah muat...;)

aku: HAHAHAHAHAHAHAHAHAH