Isnin, 8 Ogos 2011

Zaman dikala aku HOT adalah zaman yang mungkin takkan berulang lagi

dulu aku kurus. caya or tak, ya, memang aku kurus. dan sebagai seorang Malaysian, menjadi kurus adalah satu usaha diatas borderline "impossible".

oleh kerana kes kekurusan aku bukannya kesan sebab sakit, atau faktor semulajadi or cara hidup. maka, satu je sebabnya, diet yang juga... diatas garis mustahil.

masa sekolah menengah dulu, semua pompuan berlumba-lumba nak kurus. jangan tertipu kalau ada yang kata "ala...apa diet2 ni...tengok aku...makan je semua..." POYO. padahal, sape yang kurus, dia yang pertama perasan. kisah dalam tak kisah? wek!

maka, sejujurnya, aku x sibuk nak "tanak mengaku" yang aku diet. memang berjaya jugaklah diet aku. ramai yang perasan ke-slim-an diri ini. cewah. lagi la plak dulu aku SANGAT tak suka pakai tudung. bajet hot. tak sedar diri. suka pakai simple. nampak bertambah2 ringan. (insaf dah skang)

camne aku diet? camni:

1.Research

yelah. RESEARCH. apa ingat aku main diet jer? aku buat research tentang food calories. di zaman itu internet availability bukan cam skang. so kena baca buku ok. baca majalah. dan seterusnya, bila dah tau keperluan kalori yang sesuai ngan aku, maka bermulalah plan untuk meng-implementasi-kan pengetahuan itu. kena plan leklok. salah plan buruk padahnya. maka aku amik 1200 kcal sebagai kalori yang aku perlu ikut. sebab aku bukan atlit pejalan kaki atau pemain netball atau perentas desa terpantas. maka sebagai pelajar yang aku kira kerjanya lebih kepada guna otak dari fizikal, maka tak perlu banyak2 kcal. (masa tu aku fikir begitulah, tapi masa zaman universiti, hipotesis ini berubah...)

but for now: perempuan, almost sedentary lifestyle ----> 1200 kcal

2.Plan

camne nak menjalani diet tu? kena lah ada plan. So bagi aku, aku adapt cara mudah. bagi je samarata kcal tu utk 4 kali makan. so, 1200kcal bahagi dengan 4 = 300 kcal. Setiap kali makan kena limit 300 kcal. Klo lebih kerap, lebih sikitlah nilai kcal. Aku cuba lebihkan kekerapan, sebab kalau sikit sangat kekerapan nanti aku rasa cam giler meroyan. lama sangat nak tunggu next meal. Kadang2 (terutama time weekend) aku lebihkan kalori time lunch ngan dinner dan limit breakfast with no supper. yang penting jangan lebih 1200 kcal. kalau ada aktiviti bergerak banyak baru boleh tambah sikit-sikit kalori.


3.Implementation

apa yang nak dimakan? tak kisah! apa-apa pun boleh. but you pay the price(kcal). nak sedap, banyak la kena bayar. Contoh: ice-cream, kcal besar tu sebab kandungan lemak yang tinggi. Then tinggal sikit la makanan lain boleh makan. Nanti tak cukup kcal nak bayar. Lebih = gemuk. Camne nak tau berapa kcal ada dalam makanan tu. Tu balik pada step 1. Research. Kalau makanan dalam paket atau tin, baca la label. Aware of size hidangan. Adalah salah untuk fikir 1 paket/tin/botol = 1 hidangan. 1 botol coke kecik tu pun sebenarnya 2 hidangan. So? pandai-pandai la. Aku, senang je. malas fikir banyak nak agak nasi goreng berapa kcal, nasi kerabu berapa kcal. Aku makan roti gandum penuh (+- 156 kcal) ngan Milo (+- 120 kcal). Itu je la aku hadap. khasiat banyak. mengenyangkan. sedap. Pagi-pagi makan oat + susu. serat tu. (+- 200 kcal). Satu benda aku memang kena makan, desert. tak kisahla coklat ke, puding ke, tapi mesti nak. Yang ni memang limit 1 bite je. lepas kempunan sudah.

Pandai-pandailah.Kalau jenis yang tak kisah apa benda tapi nak mengunyah je keje, makan sayur-sayuran mentah, ulaman. kcal sikit. makan sampai muntah pun belum tentu gemuk. mentah tau. jangan plak goreng tumis ngan belacan, mintak bergenang. pastu gemuk gak memang nak kena hentak.

4. Awareness

oleh kerana aku diet masa sekolah menengah. tengah nak membesar, aku amat takut tak cukup khasiat. takut bantut. jadi ye adik-adik, sila pastikan pengambilan kalsium adalah tinggi. ok, i end up being 160 cm figure. so rasanya, kalsium aku cukup. dan pastikan serat diambil. kalau tak sembelit nanti. minum air putih kena banyak. i mean SANGAT BANYAK. air putih. H2O. Bukan Coke/jus oren/sirap rose dan lain2 perisa. insyaAllah. takde masalah.

5. Bonus

Rajin-rajinlah puasa. Walaupun macam tak ikhlas puasa sebab nak kurus, tapi dosa pahala kan Allah yang tentukan. Maksud aku puasa sunat. Puasa wajib aku takut la nak campur-campur niat. Nnati hutang tak beres naya jer. Sebab bila kita pasang niat nak puasa, otomatik mind-set jadi kuat nak tahan hawa nafsu. Anggaplah puasa tu 1 proses rehab. Kita pulihkan balik fizikal, spirit dan pemikiran kita.


Ha, maka masa aku sekolah dulu, berat aku 46 kg with 160 cm height. Hot ker? haha. owh~~ itu dimasa aku banyak peminat tak tau nak layan yang mana =P.

Sekarang? still 160 cm. tapi berat dah lama tak timbang, so tak tahu. dah tak hot. Oh yer, dan dah takde peminat.

Tapi kalau rasa-rasa nak cuba jaya cara aku diet dulu-dulu, inilah dia. try with gut. pape jadi aku tak tanggung. hahahaha.

Selamat berpuasa semua!

2 ulasan:

lulu berkata...

wah..patotlah dulu2 ko slalu cerita pasal kalori ni..ada kisah disebaliknya rupanya! ahakssss

Nor L Hussain berkata...

ha....jgn x tau...kehkeh