camne nak handle colleague yang gatal?
tension tau tak? lagi2 bila kita orang bawahan dia. nak marah nanti, cam x respect. tapi serius aku tak tahan dah ni. kadang2 bila terfikirkan perkara ni, aku boleh menjadi sangat frust dan berada dalam keadaan separa sedar sambi menjerit "TAK NAK! TAK NAK!". bodoh.
sebenarnya, bila difikir2, dia bukan lah gatal sampai tahap lucah ke atau mengambil kesempatan ke, cuma dia selalu usik2 kearah perasaan lelaki dan perempuan bukan muhrim. dah la dia tu warga emas. setiap kali dia cakap, tahan punya tahan pun aku rasa semacam je tekak aku ni. macam makanan la. kalau tak suka, mana boleh disuap hari2. muntah wei...muntah...
bila aku tanya apa2 soalan, bukan nak bagi jawapan straight to the point. mesti nak berbasa basi mengusik yang bukan2. TENSION!!!!
rasa nak jerit je kuat2 kat dia, "wei, balik jaga anak bini leklok jgn kacau aku boleh tak?"
nanti kata aku perasan. perasan hot. usik sikit tak boleh. haah. memang tak boleh. geli. obvious kot aku tak suka. tak faham lagi kerrrrrrr???
p/s: aku tak faham la. hanya kerana siti nurhaliza suka lelaki tua, dan salih yaakub dapat bini muda, adakah itu maknanya semua lelaki tua kat luar sana perlu mengusha perempuan muda?
susah sangat, aku resign je kang!
1 ulasan:
haha...try perli pedas².
Catat Ulasan