kalau tanya orang-orang terdekat aku, mesti dorang tau 1 masalah aku sekarang ini. masalah besar. besar sangat2 sebab aku tak tau nak buat keputusan apa.
masalahnya, aku menyampah gila ngan seorang rakan sekerja aku ni. yang juga merangkap orang atasan aku.
sebabnya? dia gatal. suka mengusik aku yang macam dia suka kat aku nak beromantik2 sampai aku rasa tak boleh blah nak muntah kat situ jugak. aku tak tau la apa perasaan perempuan sebaya aku bila tengok seorang lelaki yang boleh dianggap ayah usha muka sweet charity manja-manja dengan ayat-ayat yang Fahrin Ahmad sekali pun belum tentu confident nak cakap = rasa nak bagi pelempang je sedas dua. rasa je lah. yang aku mampu buat, alirkan kekuatan pelempang tu ke dua-dua belah telinga aku sendiri, sambil menutup mata. untuk beberapa saat, aku tenang.
tak obvious lagi ke? dan aku sangat2 ok klo perkara ini berlaku hanya di office sahaja. balik rumah aku tak payah nak mengadap muka dia lagi. tapi masalahnya, dia dah mula ajak travel(sebab kerja) walaupun kerja aku tak melibatkan semua tu. lagi2 bila kena travel berdua je. lagi2 bila perjalanan amik masa 3-4 jam. lagi2 bila kena bermalam. aku tak tau la apa perasaan perempuan sebaya aku kalau kena camni. Kalau lelaki tu Fahrin Ahmad pun belum tentu aku pergi (menunjukkan aku bukan la alim sangat2 sampai x boleh naik kereta ngan lelaki - tapi naik kereta lelaki berdua travel 3-4 jam memang x pernah la weiii!!!)
famili ngan kengkawan yang tak berapa nak rasional dengar je cerita aku, suh berenti.
famili ngan kengkawan yang rasional, suh aku report kat BOSS pastu berenti. Masalahnya, aku suka keje aku. Aku dah study banyak pasal projek ni. Sayang lah. Tapi masuk keje skang ni, klo dia ada. Memang spoil mood aku giler. Aku memang dah xde respect kat dia. Aku cakap x pandang muka dia. Dia suh aku wat keje semua aku bangkang. Aku terima keje dari boss aku je. Tak sihat dah environment keje aku.
Kadang-kadang nekad nak berhenti. Tapi hutang banyak. T_T
Aku sampai doa kat Allah supaya sakitkan aku. Maka aku tak payah pergi travel ngan dia. Alhamdullillah. memang aku sakit sampai MC 2 hari before g travel. Sekali aku masuk keje, ada plak dia. La............asal tak pergi travel? Dia kata "sebab you". Ya Allah, selamatkanlah aku.
Bila dia nak postpone, aku akhirnya keluarkan keberanian yang ada dan kata aku tak nak travel. Dia ungkit plak kata aku setuju masa interview. Eh bukan dia yang interview aku, dan tak pernah setuju nak travel bila diterima masuk keje dulu. Aku sebenarnya nak sambung "kalau itu menjadi 1 kesulitan, then fire me" tapi mengenangkan hutang, T_T aku tak cakap.
Walaupun aku tak ditanya soal2 travel masa interview, aku sebenarnya takde masalah. Dan kalau sekalipun dia lelaki, yang act profesionally, aku masih pertimbangkan atas tanggungjawab kerja.
Boleh plak dia cakap dia pun rasa sebenarnya travel yang kitorang nak wat tu is a waste. Aku menyirap. aku keluar. Aku tutup pintu rapat2.
Nekad lagi nak berhenti kerja. *sigh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan