Rabu, 28 Disember 2011

soalan tentang jodoh

seharian penat berjalan, aku cuti. demam sudah kebah. baru ada peluang mengadap kerja2 terbengkalai. nampaknya cuti tahunan aku takkan menjadi cuti. mak aku plak dok mengadap keledek rebus. hari hujan.

mak: [polan bin polan] tak contact ko dah ker?
aku: baru ni ada dia contact. tapi aku tgh bz. x sempat nak layan lama.

oh yer. "dia" tu sahabat aku. yang aku dah kenal lama sangat. gila punya lama. kiranya, kalau ada la yang namanya kawan, dia la kawan yang paling lama aku kenal. mak bapak dia suka kat aku. nak aku jadi soulmate anak dia. TAPI... bukan aku tak suka, aku suka, sebagai sahabat, tak lebih dari tu.

mak: ko ni cari-cari x jumpa, entah2 dia tu jodoh ko.
aku: klo dia, lambat lagi la.
mak: klo org lain, cepat sket la?

aku pandang dalam-dalam muka orang tua aku. mulut dia penuh mengunyah keledek. aku tak berapa faham soalan yang last tu. aku agak dia sebenarnya tengah menyindir.

salah ke jawapan aku?

2 ulasan:

lulu berkata...

kahkahkah! kena perli dgn mak ko la tuh! :P

zhoprenia berkata...

haha...mak hg xsbr nak menatu dah tu :p