nak cerita pasal adik aku. adik aku takut lipas. bukan takut sikit2. ni takut real punya.
(aku terus ketawa terbahak2 mengingatkan memori2 nya bersama lipas)
ada beberapa insiden yang memang berjaya buat aku pecah perut atau at least mengukir senyuman paling lebar di wajah aku tatkala teringat.
1. adik aku pernah lari berbogel keluar dari bilik mandi kerana ada lipas.
2. adik aku pernah hampir2 menterbalikkan meja makan kerana ada lipas melintas depan dia ketika makan.
3. masa dia nampak lipas, energynya akan meningkat berganda-ganda. jeritannya sungguh dahsyat. dan lompatannya bisa mengalahkan atlit lompat tinggi sekolah. Jangan cerita kalau dia berlari. Ala-ala watson nyambek namun bersaiz kereta kebal. Takut tak?
4. dia kata dia ada kebolehan menghidu kehadiran lipas. walaupun dalam jarak diluar radar. pelik budak ni.
5. aku sering menggunakan "lipas" sebagai alasan jika body gesture aku kurang difahaminya. Contoh: ketika dalam crowd, dan aku nak aware dia tentang fi'il pelik seseorang, aku akan wat isyarat mata or muka or mulut (untuk tak nampak obvious tgh mengutuk), namun adik aku selalu salah tangkap maksud aku. dia biasanya akan menyoal balik "mana?" dengan muka ketakutan. aku akan cuba menyampaikan lagi mesej aku, tapi buat benda jahat ni tak boleh lama2. bila kami pulak yang macam orang pelik, sure crowd akan start stare. maka aku akan kata "kat belakang ko". maka dia akan berlari dan melompat macam kereta kebal.
6. dia tak pernah bunuh lipas depan aku.
7. aku tak pernah tangkap lipas dan cuba bagi kat dia. aku takut akibatnya.
2 ulasan:
lawak lah! takot sangat kat lipas tu nape? ada history disebaliknya kah? hahaaa~
entah la wei...seingat aku xde plak...hahaha...
Catat Ulasan