jika takde aral melintang, aku bakal bercuti untuk jangka waktu yang sangat panjang hujung tahun ni. dan aku memang excited giler.
Aku ngan member2 sekolah rendah dah plan nak ke Langkawi. tiket flight + penginapan + list aktiviti pun dah complete kiranya. tapi ke Langkawi sekejap je. ada lagi baki cuti beberapa hari.
Entah kenapa. Aku terpanggil ke suatu daerah yang pernah menjadi daerah penting dalam hidup aku. Daerah yang dah lama sangat aku tak jejak. Dan mungkin telah aku lupakan.
MELAKA.
Ya. Aku rasa, aku nak bercuti kat Melaka. Memandangkan adik aku pun bercuti, maka aku ada geng nak ronda2.
Patut tak kalau aku sambut new year kat sana? Baik aku plan.
p/s: baru aku sedar, dah sangat lama aku tak bercuti.
2 ulasan:
hard core programmer mana boleh cuti lama2 kan! hahaha~
hard core programmer klo cuti, core jugak cutinyer weyh...haha
Catat Ulasan