Rabu, 3 Ogos 2011

Ya Ramadhan al-Mubarak

puasa x? haha

so far, 3 Ramadhan, aku xde kantoi lagi. Tapi nak start ni, memang sakit kepala. Betul-betul sakit kepala.

Sebenarnya salah aku sendiri. Aku ni penagih kaffein. Maka, bulan puasa ni aku fikir: aku tak boleh amik kaffein sebab kesannya tak berapa nak bagus untuk aku (pengalaman).

Yelah, tak prepare awal2. aku sepatutnya gradually withdraw caffein dari diet aku 1-2 weeks before Ramadhan, xde la terkezut badan ni. Manja punya pasal. Nak sedap jerrrr...rasakan!

Jadi aku serupa hang over sekarang ni. Bila petang meyucuk2 je rasa dalam kepala. Tapi demi puasa yang lebih baik aku kira, awal-awal ni kena la kuat semangat sikit.

Kenapa x amik kaffein? Sebab nanti aku haus. Haus la sebab asik g toilet. So, dehidrasi nanti sape yang susah? Ampun mak, tak nak kena dah.

Cerita nya camni:
Dulu aku study kat USM kan? Aku duk Saujana tau. Haah. Desasiswa yang cantik atas bukit paling tinggi tu. Bilik aku tingkat 10 tau. Cantik tau. Ok. Masa tu bulan puasa. Aku balik dari kampung. Bawa beg baju sumer lah. Sekali aku salah timing apa kebendanya, bas USM xde. maka aku kena la menapak dari gate Sungai Dua ke gate keluar USM kat tepi stadium masuk RST. perghh...sampai Restu bawah, aku pengsan! ada 2 orang Cina bagi aku asam. Asam tu x bukak lagi. Aku usha je asam tu. Aku berkira-kira nak buka ke x, pasal tinggal x sampai setengah jam je lagi nak berbuka. Cina tu terus koyak paket tu, benda pertama dia cakap kat aku pastu, "makanlah, Halal ni..." sambil tunjuk logo Halal. pasal dia punya muka sudah concern gila, aku makan. haahaha. Masa aku kat uni, aku memang x boleh berenggang ngan Nescafe. rasa nak mati kalau x minum. maka aku memang rajin g toilet pun sepanjang atas bas. aku memang dah rasa haus giler even before sampai USM lagi. tapi nak jadi pengalaman, jadi jugak.

Sebenarnya banyak kali gak la aku melalui pengalaman teruk dehidrasi. maka, aku tak nak amik risiko lagi. Selalu aku kena kat umah, boleh la wat apa yang patut. Tapi pengsan kat Restu memang pengalaman paling teruk.

So, no caffeine!

Semoga puasa ni akan menjadi "Miracle Ramadhan" dalam aku menghadapi hawa nafsu sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruk juga ye, ketagih kaffein ni. Rasanya sy pun ketagih gakla teh o ni, sebab kalo tak kena 1 ari serba tak kena huhuhu...
tp,dari segi perubatan kafeein ni bleh wat kita jadi kencing. tp,kisah awk ni terbalik plak huhuhuh...