Selasa, 23 Ogos 2011

Mintak mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong~~~

terlalu awalkah untuk bercerita tentang raya? tak lah. seminggu je lagi.

walau apa pun kenangan dan pengalaman tentang raya, masing-masing ada sendiri punya. dan masing-masing walaupun tak ingat apa kejadah memori raya lepas-lepas, semua akan sepakat kata, mood raya memang best.

pada aku, raya paling best adalah ketika aku darjah 1. sebab?

1. dah pergi sekolah. kawan dah ramai. boleh ikut baraan berkumpulan. dapat duit raya pun banyak. sampai melendut poket baju melayu ABANG ATAM letak duit aku ngan poi.
2. dah pergi sekolah. hidup semakin jauh dengan susu. makin dekat dengan makanan2 orang dewasa. barulah perasan sedapnya makan ketupat dengan kuah kacang. sampai berhingus-hingus hidung. pedas sangat lah kononnya.
3. MERCUN!!!! dulu polis pun bakar mercun. tak caya? tu bapak aku polis. siap spare duit untuk bunga api ngan mercun. kalau tengah meriah tu, asap tebal mengalahkan kebakaran. mulalah imaginasi di medan perang. ditambah rakan-rakan sebaya yang sama gila. sape nak marah masa ni??
4. mak aku rajin. muda lagi. macam-macam kuih dia buat. dari yang gentel bulat-bulat sampailah jenis yang simbah je dalam kuali.
5. sepupu-sepapat semua kamceng. kalau gather kat rumah nenek memang heaven. x kisah dah ko anak makcik mana. jom lari2 berkubang dalam parit. ni barulah raya.
6. tak payah sibuk risau nak kemas rumah, langsir warna apa, alas meja letak kat mana, raya nak serve kuih apa. takde tanggungjawab langsung melainkan menilik2 jumlah duit raya dan siapa yang akan menjadi mangsa. kena kautim betul2. tak aci kalau ada yang tak bagi.
7. adat ziarah menziarahi memang tulus dari hati. bukan hanya sebab duit raya. tapi sebab kuih raya. mak tak pandai buat kuih moden, ada butter cerap2 memang xde la kat rumah aku. jadi satu2 nya cara nak makan kuih moden adalah dengan pergi rumah orang lain. paling aku suka, rumah MAMA COM, rumah dia selang berapa rumah je. Kuih rumah dia memang moden-moden belaka. Almond london masa aku 7 tahun, memang MEWAH. Kalau kena g ribu-ribu kali pun takpe. Tak payah duit raya pun takpe.

Aku tak pernah suka g rumah orang yang tak dikenali dengan harapan dapat duit raya. Memang aku jerkah je kawan-kawan aku yang heret g rumah so-called makcik pakcik diorang rupanya tak kenal. Aku bagi extra pelempang kalau tak dapat duit raya. Ok, aku tipu jer.


Selamat Hari Raya semua!!!!

1 ulasan:

zhoprenia berkata...

selamat hari rayaaaaa!~ awal entri raya keluar