Memaparkan catatan dengan label shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shopping. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2011

hidup ni kelakar kadang-kadang

pergi pasaraya besar. tapak tangan hampir biru dengan senarai belian.
paperless kononnya.
angkut troli.
barang tu mahal, barang ni takde, barang tu ada paket besar sahaja.
ah...keluar kaunter ada 2 3 barang jer.

pergi pasaraya besar. nak beli sikit je.
amik bakul.
ok, semua dah ada.
eh, alamak. syampu dah habis, mandian pun tinggal sikit.
eh jap2. softlan botol besar ada diskaun, la sampai esok jer?
arghhh....keluar kaunter nak tercabut tangan.

kelakar kan?????!!!

Isnin, 7 Jun 2010

jom kita jadi perempuan sejati

aku hampir betul bila aku kata semua perempuan suka shopping. betul kan perempuan?

tapi aku paling suka shopping secara maya. duduk depan komputer dengan sambungan internet dan sambil goyang kaki makan biskut minum teh, terus terang aku kata, aku bersyukur jadi generasi sekarang ini.

beberapa hari yang lepas, mak sudah bising2 suruh beli baju untuk raya. katanya, takut tailor x ambik tempahan nanti. siap ugut nak tolong beli. erk?

aku cam biasa la. usha2 butik yang berlambak2 serata Malaysia ni dari dalam bilik sendiri. Banyak gila kain cantik. Tahun ni ingat nak pakai cotton la. Skema. Maka aku memulakan pencarian.

"cotton baju kurung" kat Google.

panjang ceritanya. tapi aku ringkaskan,

http://my-cottonhouse.blogspot.com/

aku confuse akibat rambang mata dengan sale, potongan harga, ke'cute'an kain2 dan juga free shipping.

last2 untuk menenangkan diri, aku beli bag.