Memaparkan catatan dengan label book. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label book. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

A doctor in a heart. Malaysian heart.

semua orang tahu aku fanatik mahathir.

ada sebab kenapa aku tak beli buku tu sejak dari hari pertama ia published. aku sengkek beberapa bulan ni. xde saving pon. mujurlah sejak raya tu, most of hutang piutang aku sedang melangsai. dan akhirnya bulan ni, barulah aku dapat bernafas dengan tenang, jadi aku fikir aku nak hadiahkan diri sendiri buku tu. Tapi dari desakan situasi, aku merasakan perlu untuk pindah rumah. Dan keperluan itu ini yang takde di rumah baru, haruslah dibeli. Tak dapat lagi aku beli buku tu. Dan setiap kali aku pergi Popular atau MPH, aku tak pernah sekali pun tak belek buku tu.

Tak sangka ada seorang hamba Allah ni menghadiahkan aku buku biografi tun. kalau lah dia tahu betapa berbunga-bunganya hati aku. Dan despite all presents aku pernah dapat. Inilah yang paling bernilai.

Hari-hari kebelakangan ni rasa terisi. termotivasi.

Z, terima kasih.

Rabu, 25 Februari 2009

La Tahzan Liza

Aku jarang membaca secara suka-suka. Jadi scope pembacaan aku adalah tentunya menjurus kearah academia. Novel bukan dicipta untuk aku. Begitu juga surat khabar.

Tetapi aku sangat suka menekan keyboard dan merekod.

Jadi aku suka mencatat pemikiran, pendapat dan cerita. Aku juga suka melalut. Seperti sekarang ini. Aku sebenarnya nak kata aku sedang baca sebuah buku (intro sepatutnya perenggan satu). Mengapa ya aku tertaip satu baris ayat sebagai perenggan dua dan melalut diperenggan tiga?

Sekarang perenggan empat. Buku yang aku baca sekarang ini bertajuk La Tahzan. Baru baca separuh. Itu adalah buku ketiga yang aku baca secara suka-suka sepanjang 22 tahun aku hidup. Buku pertama adalah ketika aku darjah tiga berjudul Dialog dengan Jin yang aku pinjam dari Azwa; yang kedua ketika aku form 3 berjudul Cinta Abadi, aku pinjam dari Ayie. Sekarang buku ketiga aku baca ketika aku di tahun tiga pengajian university, aku pinjam dari Atun. Bagus. Kebetulan aku berjodoh dengan nombor tiga. Dan pemilik yang namanya bermula dari huruf A.
Buku itu (La Tahzan) walau menarik aku untuk terus membaca, sempat meletakkan aku dalam denial state. Baru aku perasan, aku ni suka pandang belakang. Tak seram. Aku suka usha balik kenangan lama. Membuat overall evaluation and come out dengan perasaan overwhelming yang kadang-kadang agak keterlaluan.

Jika aku compare diri aku dulu dan sekarang, aku memang sangat-sangat berbeza. Dulu itu mungkin sepuluh tahun kebelakang. Aku berubah banyak sisi. Dulu aku fikir perkara yang paling menggembirakan adalah jadi yang terbaik. Jadi dulu aku perfectionist, bossy, well-planned dan asyik berfikir.

Pengalaman, kepayahan, kehidupan dan ketakutan buat aku banyak menangis dan belajar. Aku hari ini, jauh benar dengan aku sepuluh tahun dulu. Aku tak kisah lagi kalau bilik tak bersapu seminggu pun asal aku masih boleh baring atas lantai dan tidur macam haram. Tak kisah pun kalau orang tak setuju dengan aku dan masih boleh senyum lebar-lebar percaya diri sendiri. Aku tak kisah mintak maaf dan buat muka seposen. Aku tak kisah buat presentation tanpa preparation. And I just speak out when I want to. Aku mungkin hilang banyak dari sisi disiplin. Tapi nyata aku lagi bahagia.

Aku rasa aku masih akan gembira kalau aku tak kerja bidang professional dan hanya kerja biasa-biasa. Tapi aku pun belajar yang kehidupan ni bukan tertakluk pada kebolehan yang kita ada, tapi lebih kepada pilihan yang kita buat. Aku pilih untuk menyumbang pada orang lain dengan IT dan keep fun things for myself. Chanteq!!!

Tengok. Aku sebenarnya nak citer pasal buku tadi. Maap…