Memaparkan catatan dengan label benda baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label benda baru. Papar semua catatan

Selasa, 1 September 2015

Turpentine is sucks!

Last Merdeka holiday, as I planned to paint my living room, I made a visit to local hardware shop in my hometown. Since most of the things becoming more expensive nowadays, I rather drive all the way back to Sekinchan from Shah Alam (RM12 to petrol for back-and-forth) and bought all the painting supply there.

I was instantly RM550 poorer.

I planned to paint my living room taking inspiration of this.

http://www.murraymitchell.com/
Yes. Since I am so 'Melayu' in heart, I changed the black wall to very dark chocolate color to simulate wooden old Malay house ambient. :p Other than that, everything was going to be white; like brilliant white for walls and ceiling, and pearl white for doors and trims. Takut tak dapat cari pintu kononnya. Poyo sangat!

So for the door parts, it took up much preparation, because of the paint nature. Metal and wood paint is so difficult to wash. It cannot be washed off such as brick paints. Aside from taping and laying down newspaper, I was going to do the painting last, and going to throw away all the brushes, container, everything in contact with the paint. Additionally, I bought thinner as solvent. I didn't plan to do any thinning for the paint itself. The paint will be used straight from the can. This was to minimize the contact with the paint. The thinner is to strip off any mistakes or to remove paint from the skin if kena. Sure kena punya. Gittew!

But then, the uncle at the hardware store; the father to the tokey, being so cute and helpful, ask me to use turpertine instead. I really had never use it. But he said, turpertine has mild odour compare to thinner. It is oil based so it is not as sharp compare to thinner. So I bought one, together with thinner. Because he was so nice and cute.

Of course during painting, as I was taking up lunch break, I took the turpertine to soak the brushes to prevent it to harden. MY GOD! It smelled so terrible I almost throw up immediately once my nose catch it. It was so so bad it took few days to go away! Luckily I only use once. Other than that, I used thinner. Personally, I prefer thinner. It has this strong alcohol synthetic smell but it goes away pretty quickly. It stripped paint better and doesn't leave any feeling/residue afterward. But turpertine, oily! Aiyoooo.

However, the painting job was done sucessfully with my housemates help. But I hesitate to put up the picture here yet as I really need to do some decor. Few wall arts, and seriously new sofa. Looking forward!

Oh, I installed the pendant lamp on my own. Sweat and tears but worth it. I caused both toilet and bedroom lights goes off in the process but successfully fixed it. I was so scared as I am not knowledgeable enough in electrical wiring. I know simple wiring L-N-G rules, but the wiring nature in my house is a bit, hmm... different. But thank God, working in a discipline that encourage try and error, I slow slow do it. Nasib boleh!

GST kicked off. Everything become expensive. DIY. Effort pays off. Get knowledgable.

Rabu, 17 Jun 2015

Rumah Baru

Alhamdulillah. Aku berjaya beli sebuah rumah. Walaupun kecik, lama, tinggi, kena naik tangga takde lif, aku tetap bersyukur. Rumah tu aku beli dengan hasil titik peluh sendiri. Berkat doa mak dan usaha yang tak putus2.

Banyak yang aku belajar dari pengalaman beli rumah ni. Aku takmo kongsi cara2 nak beli rumah. Sebab ramai yang dah kongsi. Aku pun sebelum beli, baca banyak blog dan artikel pasal pengalaman beli rumah orang lain.

Rumah yang aku beli tu adalah serviced apartment berdekatan dengan tempat kerja sekarang. TTDI Jaya memang hot dari segi location. Titik pertemuan semua highway2 besar dan kawasan hot spot kediaman bagi budak2 uni sekitar situ. Tak banyak rumah yang dibina dekat2 situ dalam area "harga berpatutan". Melainkan bangunan yang awal2 dibina masa kawasan tu nak naik. Adalah dua tiga bangunan apartment yang dalam rate "murah". Tu pun tak lah murah sangat.

Dijadikan cerita, satu Jumaat yang barakah di bulan Januari 2015, masa tengah2 mood azam tahun baru katanyerrr, aku nampak satu iklan rumah ni kat Mudah.my. Aku pun terus call Cina tu. Dia tuan rumah. Tak pakai agent. Pastu kami arrange nak tengok rumah on Sunday. Itulah, cina tu, memang antara orang paling baik aku pernah jumpa. Impression ni kekal hingga ke saat ni. Masa mula2 tengok rumah, aku dah jatuh cinta kat rumah tu. Rumah tu agak buruk, tapi takdelah rosak apa sangat. Mr W, terangkan kat aku kerosakan2 kecil and ada la sikit2 apa yang kurang. Rumah tu basic tapi functional. Dan lepas deep research dari tahun 2010, aku rasa harga yang dia tawarkan sebenarnya agak tak masuk akal, sebab murah sangat dari yang selalu aku nampak kat iklan. Selidik punya selidik, Mr W tgh desperate nak pakai cash. Disebabkan rumah tu dah ada direct title, freehold, non-bumi, dia bajet rumah tu paling senang nak jual. Dia kalau boleh, tak nak jual sebab sekarang pun dah ada orang sewa. Aku bagitahu dia, aku first timer. Aku tak pandai. Takut nanti melambatkan proses ke apa. Mr W janji akan ajar aku. Ok, aku confirm jadi beli.

Memang, sepanjang proses Mr W memang banyak tolong aku. Aku yang tak tahu apa2 ni, dengar je la dia cakap apa. Tapi aku research gak. Pastu aku rasa memang Mr W ni genuinely baik sebab decision on lawyer, bank, semua dia suruh aku yang cari. Dia tak recommend mana2. Aku kan, sebab tak tahu apa2, aku suruh bank carikan lawyer. Nasib la lawyer tu bagus. Kerja cepat. Nasibbbb. Mr W pun pakai lawyer aku untuk lepaskan gadaian dia. Yang lain dia tak pakai lawyer, dia baca dokumen sendiri. Hmm... adakah beliau seorang lawyer? Sampai sekarang aku tak tau dia kerja apa. Yang pasti dia tak buat business, selalu out-of-office and sangat banyak asset property.

So, Jumaat yang barakah minggu lepas, urusan rumah dikira settle. Aku pun dah masuk rumah tu. Seminggu sebelum end of May tu, Mr W dah bagi kunci utk aku repair apa yang patut. Rumah bersih, tapi banyak rosak, cam plug elektrik and paip air tu. Seribu gak upah orang betulkan. Beli peti ais, furniture semua, last2 nak cat duit dah habis. InshaAllah next month lepas raya la cat.

Tapi bukan semuanya manis2 belaka. Masa nak repair rumah tu, aku perasan rumah tu ada pepijat. Aku pun first time tengok, sebab budak rumah aku histeria kot nampak benda tu. Dah la hisap darah. Seminggu gak la aku tak boleh fokus kat tempat kerja memikirkan cara2 nak membanteras binatang syaitan tu. Alhamdulillah, under control. Aku beli one powder ni online dan tabur satu rumah. Buat pendinding, aku tengok banyak mati.

Pastu aku beli perabot ni dekat satu kedai murah gila kat Seksyen 7. Tapi bersilat weyh nak tunggu dia hantar. Banyak betul dalihnya. Lepas 10 hari, malam tadi dia hantar perabih semua. Katil + tilam + kitchen kabinet = RM760. Harga kampung sangat, tapi servis urban - lambat!

Ni pun aku dah duduk rumah tu baru perasan, kat DB Box tu setiap kali pasang seterika, keluar percikan api. Terkejut bang hang. Nasib la malam tadi plug bilik aku rosak. Aku google la. Cam senang je nak buat sendiri. Tapi kena off suis utama dulu. Kiranya aku nak check la kan, mana suis utama tu, free2 nanti aku nak try buat sendiri. Kebetulan aku tgh iron baju, dah alang2 dekat dengan suis utama, aku panjat la kerusi nak check. Sekali dengar bunyi berdesir. Aku nervous dah ni, buka penutup box tu pelan2 sekali mak ai! Nampak bunga api. Terkejut weyh. Ni aku dah call technician yang betulkan rumah dulu tu. Petang ni dia baru check.

Nasib la rumah murah. Aku survey2 unit yang sama kat sini, dalam 3 bulan je, naik 20 ribu harga dia. Dulu tu kiranya masa Mr W jual dah kurang 40K dari market, klo sekarang, kira aku jimat 60K. Takpelah pelan2 perbaik. Harap2 semua okay. Tak sabar nak bersuka2.

Ahad, 22 Jun 2014

Career

My God! I almost forgot my sign in details. Nampak sgt dh lama x menulis kat sini.

Aku rasa aku makin malas menulis sebab laptop aku jahanam. Pastu aku dah pakai smartphone. Lain benar feelnya.

Setahun lepas aku tukar keje. Aku keje kat printing company tapi keje more to email sending. Bunyi cam cokia kan? Tak... tak... aku in charge of email blasting system yang handle thousands of emails and got 3 allocated physical servers. Virtual servers lagi banyak la beb. Haha. Tapi poyo je aku. Klo server prob aku meraban gak cari network engineer or support engineer. Support engineer tu org filipina. Aku ingat umo 23, 24 sekali amik ko dekat 40. What the? Asal dorg bole muda sangat nih? Gosok betik kat muka ke pe?

Ok. Keje kat situ mmg mencabar. Sebab banyak hal. Tapi semangat aku tak luntur langsung. Aku tahu aku kena kuat. Sebab itulah peluang aku nak perbaiki career aku lepas apa berlaku. Mujur manager yg interview aku tu sudi amik aku keje. Team ada 3. And everything was fine. Diorg baik giler. Ajar aku semua benda. Dalam tempoh 6 bulan aku faham all around la pasal scope keje aku.

Tapi panas tak sampai ke petang. Lepas 6 bulan manager dan teammate aku resigned bersama2. Damn! Menjadikan aku satu2nya org yang akan take over the knowledge. Tekanan? Of course. Hari mendatang seems blur. Customer kitorg bank kot. Dah la system bnyak prob, nak kna handle manual, pastu hndle complain lg.Tertekan. But to ever think of resigning? No. Never. Aku kena buat gak. Sape lg nak buat? Tapi manager aku memang baik. Even lepas resign, aku still consult dia utk mintak pendapat. Especially on decision yg melibatkan solution to customer request. Manager baru aku ada. Tapi dia kat ofis lain. Aku jarang jumpa dia unless utk update.

Alhamdulillah. Aku fokus dan everyone is supportive. Maybe sebab aku serious enough with my job. Aku cuba tolerate sebab aku faham team lain yg handle process before aku sangat2 lah busy. Tapi bila keje aku affected and you left me alone utk menjawab, then the log speak for themselves. Tapi apa2 pun aku x pernah disclose bnda2 ni kt customer lah. We speak in team.

Hari2 aku aim utk smooth out the process. So aku banyak buat automation. Lama2 keje aku makin senang. Sampai tahap monitoring. Lepas tu bayangkan klo process tu smooth je takde isu? Takde complain. Best tak? Tak best rupanya. G keje takde keje. Yelah. Bayangkan from 1st process operator dah handle. Sampai lah report keluar send kat Reporting team. Yang in the middle tu, semua aku dh automate. Bosan la. Beberapa bulan jgk la aku xde keje kecuali monthly job yg custom2 tu. Last2 manager baru aku assign keje lain. Tapi keje lain tu memerlukan aku kena back and forth ke ofis dia. Sbb aku still kena standby kat ofis lama. Aku tak suka.

Jadikan cerita, dua dri kakak2 yang baik ngan aku, berhenti tiba2 sebab bengang ngan manager dia. Pastu budak yg duk sebelah aku tu asik ckp nak resign. Sebab dia muda lg and rasa skill kat sini tak in demand. Dia nak belajar benda lain yg popular la kiranya.

Aku pun resign. Lepas setahun keje, aku resign.

Former manager aku yang baik tu bagi resume aku kat member dia and skang aku keje kat company yang aku dh try masuk beberapa kali tapi x dpt. Alhamdulillah.  Keje baru tapi so far so good.

Aku harap aku keje lama kat sini. Haha. Lagi sebulan inshaAllah confirm. Harap2 lah. Amin.

Oh ya. Aku tak jadi tukar kereta. Aku nak beli rumah. Doakan.

Isnin, 2 April 2012

Kucing dan komitmen dua benda berbeza tapi berkaitan

ahad lepas, subuh, mak aku menjerit2 masuk bilik aku. terkejut beruk aku bila dikejutkan dengan cara yang tak munasabah begitu. separa sedar, aku dengar mak aku mengadu dia terkejut + bangun2 dengar bunyi dalam almari dia + buka almari ada mata. huh! ngeri...ngeri...

tapi aku masih melekat kat katil. ipoi tak sedar diri langsung. apa pun pasalnya, aku tak berminat nak bangun. lagi2 lah aku tgh uzur ni.

"CEPATLAH BANGUN!!!! ada kucing dalam almari mak..."
"kucing mana plak?" (bila plak kitorang membela ni)
"cepatlah tengok...ada banyak..."
"bila masuknya?"

jangan salah anggap, aku bukanlah rajin sangat nak buat sesi soal jawab ngan mak aku...aku cuma amik masa supaya mak bosan dan tak suruh aku bangun. mak aku ni kuat drama, kadang2 dia saje je, bukan ada mende pun.

"mak rasa dia beranak kat dalam tu la.."

tetiba mata aku jadi cerah. tak tipu. terbayang-bayang ke-cute-an anak2 kucing menari depan mata ni. terus aku bangun.

sekali aku masuk bilik mak, dah ternganga almari dia. ada mak kucing dan anak-anaknya. mak aiii. comel gila. terlupa kejap aku alah ngan bulu dia. sebenarnya aku lagi alah ngan anak kucing baru beranak.

aku mencangkung depan almari tu. tengok kucing-kucing tu. ada 4 ekor anak kucing. tiba-tiba mak aku hulur besen. terkejut aku jap. bukan apa. mak bagi besen basuh sayur. ada la besar periuk kecik tu.

"masukkan dalam ni."
"muat ke mak?" nak tergelak aku.
"anaknye je la. mak nye x payah."

aku pun cuit-cuit la anak kucing tu. testing. kot2 la mak dia marah nanti dia ngap tangan aku.

"apa yang ko terkial2 tu. CEPATLAH amik. pegang!!!!"
terkejut aku. lagi terkejut dari kemungkinan kucing tu ngap tangan aku.

aku pun amik le sekor2. masukkan dalam besen. macam orang pilih ikan nak buat ikan bakar je rupanya.cepat2 aku lari keluar, takut mak kucing tu kejar nanti dia ngap kaki aku pulak. imaginasi sungguh aku ni.

"KELUAR! KELUAR!"

la..mak kucing tu statik x nak gerak. berangin la mak aku. bukan berangin je, dah berapi dah. tengok2 dia kejar kucing tu ngan penyapu lidi. lari hilang,lesap terus kucing tu. comel anak kucing tu. bersih je.so aku main-main la kejap. pastu aku masuk, layan internet jap.

kucing tu sebenarnya kucing jiran aku. tapi jiran aku cam bela tak bela je. sian aku tengok.

aku dah ke Shah Alam pagi ni. rindu la plak. sekali ipoi cakap, mak aku bagi green light suh bela.

tiba-tiba aku rasa tak nak. memang aku tak nak pun.

aku rasa aku memang ada masalah dengan komitmen la. even perkara tu aku sangat suka, aku prefer kalau aku tengok dari jauh je. mungkin sebab banyak kali, perkara yang aku suka, tak lama dengan aku. i just don't want to feel connected. it's easier to move on.

tak sabar nak balik weekend ni. mesti dah gemuk macam ipoi. haha

Selasa, 4 Oktober 2011

pindah

setelah 6 bulan bekerja kat sini, aku akhirnya memberanikan diri utk berdikari sendiri. maknanya, xde lagi nak depend kat member2 ke pe.

AKU NAK PINDAH RUMAH!!!!

sebelum ni pun, aku tak duduk ngan member2 aku. tapi rumah dekat. at least, aku ada la tempat mengadu nasib. kononnya.

tapi rumah sekarang ni, jauh dari ofis. pastu aku duduk bilik share. so, kiranya, aku nak rumah yang dekat sikit. yang single room. privasi sket.

aku dah jumpa. dekaaaaaat jer ngan ofis. bilik pun sendiri. tak share dah. sewa pun boleh tahan. haha. cuma, tak secantik umah skang. tapi takpelah. aku g keje. bukan nak duduk rumah menikmati keindahan. asal ada tempat tido. cukup. internet klo dah terdesak sangat, aku g je ofis. kata dekat... huhu

harap-harap rumah tu ok la. aameeen...

Ahad, 19 Jun 2011

majlis resepsi orang2 kaya

diorang buat kat hotel. tetamu sikit. jamu sekali harung. tak boleh duduk ikut suka. kena daftar nak dapatkan nombor meja.


untuk pertama kali dalam hidup aku. inilah majlis resepsi di hotel satu2nya aku pernah pergi. masa mula2 dapat jemputan, dah cuak gaban nak pergi ke tak. iyalah, tengok tema = seram terus. x nak cakap la tema apa. yang penting jubah + baju kurung tidak termasuk tema itu. pulak tu tema yang menggalakkan penyeksian dan pendedahan. aku double cuak la. ditambah dengan rumors yang "sape pakai baju kurung tak boleh masuk". tapi pendek citer aku telah membuat RSVP berupa sebuah attendance. arghh!!

hari ini, setelah sedikit persiapan yang macam x siap, aku pergi. di sebuah hotel di bandaraya berdekatan ibukota. aku pakai apa? x payah tanya lah. expectation aku sedikit down disitu melihatkan parkir dijaga seorang india berkemeja agak lusuh memegang resit mundar mandir. "eh?"


masuk ke lobi hotel, agak sesak. baru sesaat blur, dah disapa seorang jejaka bertanya "attend wedding ker?" kami angguk dia pun menunjukkan lif dengan sopan santun sambil beritahu floor berapa.

kuar lif, cari dewan terus nampak pintu gerbang. ok, angkat kepala sikit, jalan tegak, confident...hinsf..hinsf..."Ah sudah! Boss tak kenal staff nanti.". Mak datuk! Boss? Baru nak test jalan orang kaya, dah terkulat2 aku ngan member aku. Senyum terus cabut g meja pendaftaran. Pastu boss introduce kami kat orang rumah dia. Aku pandang atas bawah outfit boss ngan bini dia. Sempoi gila. Arg!!! klo aku tahu, aku xmo pakai baju aku time aku. "Mengarut baju ni semua" aku kata lah kat diri sendiri. Boss best je, duduk meja VIP lagi. relak jer.

tapi xpelah. carry je lah. lama gila tunggu orang sampai. lain betul kenduri kat kampung datang makan, salam pengantin, bagi sumbangan, balik. ni kena tunggu! tunggu lama!benci~~

owh ye. protocol hari tu western style. maka, ada speech, ada video screening, ada potong kek, ada dance, dan makan akhir sekali.

makan nasi putih, sotong gor...jap...nasi putih?! what?! alahai... apa ni? melayunyerrrrr...down lagi expectation aku. dah la. lapar sangat dah. ada sotong goreng tepung. ayam goreng tepung, roti jala kari ayam, lasagna daging, puff tuna, ciskek, kek cekelat dan tart buahan. banyak kan? owh tidak! meja semua lelaki2 perkasa belia - maka, baru je aku suapan kedua, mereka sudah tambah lauk kali kedua. aku habiskan 1 lauk, semua bekas dah hampir kosong. grrr...maka aku habiskan nasi dengan lauk HATI je.

air dia memang mengancam mak ko. merah shiny coldy lovely. aku sampai beriya2 nak rasa ingat air strobery or ribena or apa2 la janji bukan sirap. EH? sirap!

takpelah.aku bersyukur. orang dah jemput bagi makan semua. tapi memang secara overall - aku tak suka lah attend wedding cenggitu. tak familiar. tak tau la klo dua tiga kali dapat peluang g lagi, best kot.

k lah. tido r ngantuk giler!

Selasa, 3 Mei 2011

perubahan-perubahan yang aku tak suka

bukan selalu aku ada passion nak tulis blog. lagi2 sekarang ni. sejak kerja baru ni. sibuk sangat aku. apa yang aku sibukkan? sibuk study system. betul2 kerja sukar.

untuk pengetahuan korang, tiap2 minggu aku balik kampung. tak sior nak duduk sini time weekend. makanya, walaupun aku sebenarnya dah boleh dikatakan bukan penduduk Sekinchan lagi, tapi aku tak rasa camtu pun.

Weekend ni, jiran aku berpindah. jiran yang dah duduk rumah sebelah lebih kurang 10 tahun, akhirnya pindah. sedih, tapi yang paling sedih bila aku tak dapat tunjukkan emosi betapa aku tak suka dia pindah. emosi aku ni bukan boleh dilayan. nanti....

bila diorang pindah, banyak benda akan ikut berubah.

si suami seorang nelayan, dia pegi keje sangat awal. lepas ni takde lagi la bunyi enjin kereta pukul 6.30 lagi dah.

si isteri ngan anak perempuan suka ketawa kuat2 sambil tengok astro. lepas ni takkan ada lagi la dialog mak-aku "apa jugak la yang digelakkan cik edah ngan syikin tu?"

rumah dorang adalah pusat perhimpunan adik beradik time raya.sangat meriah. pasni bertambah2 sunyi la raya kami yang memang sunyi ni.

cik edah pandai n rajin masak. lepas ni takde lagi lah pinggan2 makanan melepasi pagar.

kalau kami buat bising, biasanya akan TERconsider orang sebelah, lepas ni....=(

paling penting, takde lah orang yang boleh aku harapkan untuk tengok2kan mak bila aku takde. risau betullah.

agak2nya...siapalah jiran baru aku?

Selasa, 1 Mac 2011

my first day of a new job, new life

lama dah tak update...1 whole february to be exact. ader yg rindu tak? =P

banyak benda jadi dalam tempoh ni. salah satunya, i land my dream job. today. walaupun aku tak start lagi buat kerja. kena go through briefing and training dulu. harap2 pasni xde la aku kena berfikir lebih dari seminit hanya untuk jawab "ko kerja apa?" dan xkan amik lebih dari seminit jugak untuk explain apa kerja aku.

kerja sekarang ni, aku jawab sepatah pastu lantak deme la tau ke x.

bukan sebab tu semata2 aku tukar keje. i hope for better accomplishment, salary ngan experience gak. seingat aku, memang tension keje dalam bidang system development, programming semua tu. kena banyak fikir. time and effort consuming. tapi seingat aku jugak, i did well then. and very happy.

so why not?

kerana kerja ni gak, aku hadapi banyak first time. first time sewa umah. first time tempuh jem pagi2 g kerja (nasib la jem x berapa teruk).

so, excited ader. takut pon ader. doa x berenti2 ni.

u olz yg baca ni, doakan aku yer. boley?

Isnin, 31 Januari 2011

job baru



baru confirm job baru. programmer.

lepas ni mungkin akan seperti dulu.

post pendek2 je.

cuba biasakan diri.

doakan aku.

Rabu, 5 Januari 2011

Gincu Baru

bagi perempuan, ada banyak hal boleh memeningkan kepala. mungkin sifat semulajadi perempuan yang suka pay attention kat benda2 remeh and focus on details.

oh ye, sebenarnya nak cerita pasal gincu. hehe. aku baru beli gincu baru.

membeli gincu adalah salah satu perkara yang aku paling malas nak buat. dan tersalah beli color adalah perkara yang paling selalu terjadi *sigh. brand favourite aku adalah Maybelline. ceh. padahal sejak pandai beli, itu je lah brand yang aku ushar pon. dengan warna banyak dah macam pallete cat nippon, aku end up pening most of the time. terus migrain klo ushar Revlon atau Loreal yang harganya sedikit mahal.

Aku tak pernah guna gincu sampai habis. Tak pernah. Jadi aku beli, kalau aku dah rasa macam gincu expired. Sekarang ini, secara bersihnya, aku cuma ada 4 warna gincu. 3 darinya buat aku rasa cam nak buang je dalam tong sampah. Bukan warnanya tak cantik, tapi tak sesuai ngan warna kulit aku. Bagi aku, membeli gincu ni macam gamble. Sebab aku tak faham cara beli ikut norma biasa. Ha, camne pompuan beli gincu?

First, pilih2 color yang berkenan atau rasa bersesuaian ngan diri atau nak test semua pon boleh (kalau cukup determine)
Second, calit tester kat tangan (bukan jari). Pastu tengok, match x ngan warna kulit? - well, ini yang aku tak faham. warna tangan ngan muka selalunya tak sama. dan kulit tangan tentu2lah tak sama ngan kulit bibir termasuk warnanya. so, serius aku x faham. cantik di tangan, adakah akan cantik di bibir juga? oh, kalau guna cara ni, aku selalu fail.
Third, yang ni radical sket. Amik tester calit je kat bibir (ingat, org lain, calit tester kat tangan, so, mungkin ada isu kebersihan di sini). Calit kat bibir mana boleh banyak2 (mungkin akak promoter akan warning), so sikit cenot kat bibir tu, nampak ke impact? aku tak faham lagi.
Forth, kamikaze! pakai la gincu tester tu macam pakai gincu yang sebenarnya. Well, yg ni sekali je lah. pasal mungkin akan kena warning or, lepas sapu gincu tu, warna bibir takkan asli lagi. kalau first kaler dah match, untung la nasib badan. Kalau tak, aku yakin bibir takkan bersedia untuk dicalit kali kedua sebab pigmen lama akan corrupt warna baru (walaupon dah lap, melainkan guna mekap remover - amboih2...ni sudah lebih!)

Jadi cara aku, amik tester...tenung warna tu lama2 dan berimaginasi sket. kalau aku 'rasa' ok, aku amik. sebab bagi aku, test gincu macam kat atas adalah sia2 dan membuang masa.

ok, sekarang, cerita pasal gincu baru aku. ini, adalah warna gincu paling aku suka setakat ini. sebab, setelah sekian lama, barulah aku jumpa kaler yang tak jadikan muka aku cam baby doll tua (having the fact muka aku bulat, xde defined structure dan pipi tembam). ada sejarah sket pasal gincu ni. aku ke penang 2 minggu lepas, di rumah Haida, Haida cerita macam mana dia tersalah ambil gincu. even the testing part was awesome on the other color. Ouch! wasting time~~~ Gincu tu kaler oren. Tak la real oren, tapi base oren. Oh yer, mengikut pengetahuan aku, gincu ni ada 2 base (rona) utama. biru dan oren. cool and warmth. gincu base biru ni termasuklah pink, purple, , plum dan certain2 merah. gincu base oren plak termasuklah peachy, brown dan juga certain2 merah. jadi skang, gincu member aku tu rona oren. obviousla oren, pasal packaging dia memang tone oren. pakai gincu oren ni bukan semua perempuan berani. kenapa? pasal mengikut kajian, gincu oren menyebabkan effect gigi kekuningan. jadi untuk nampak gigi lebih putih, gincu base biru disarankan. ok, sambung balik. rasa macam taboo ada gincu oren.

tapi, since Haida dah tersalah, apalah salahnya test2 kan. So aku try. Eh Eh. Not bad ah. makan je ngan kulit aku. Tak nampak cam plastik pun. Teruja jap. Aku senyum2. Kuning ke nampak gigi? Hmm... tak kot. Ok jer. So ok lah. Aku ingat nanti aku nak beli 1. Nama gincu tu, Maybelline Color Sensational Papaya Milk.

Sekali, balik ke rumah di Selangor, aku pon singgah la Guardian. Poyo! Papaya Milk habis. Wadda~~~ Kenapa?!!!!! So, terpaksa lah aku test yg lain. Ok, rona oren. Seingat aku, banyak color nak menjurus ke brown dah. Last2 aku amik Maybelline Color Sensational Bronze Orange. Gamble lagi. Tapi dengan sedikit keyakinan.

Balik aku try terus. On the bare face. Bedak pon xde. Ni lagi 1 pantang, pakai gincu independently (mengikut kajian) akan buat muka lebih berusia. So, bedak, eyeliner, blush digalakkan untuk balance impact gincu tu supaya nampak muda sket. Tapi kejadah apa aku nak test je lepas tu nak relax2. Nak mekap mampus kena sindir 1 rumah? So aku calit je terus. Ya! Inilah dia. Warna dia memang blended ngan warna asal bibir aku. Rasa macam tak pakai gincu pun. Cuma muka nampak sihat sket. Oh yer, orang selalu cakap muka aku pucat. So, nampak sihat sikit. Dan mintak review dari adik dan mak. Yes. Dorang kata cantik. Maksud aku, ok lah warna dia. hehe.

*sekadar gambar hiasan

Ahad, 27 Jun 2010

I chose not to be lucky

Baru balik dari profile ex sendiri. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu g profile fb dia. Aku tahu kadang-kadang dia baca blog aku. Dan kalau dia baca ni, sure dia gelakkan aku. Gelak menyampah. Well~~ Xpe, aku memang layak untuk tu.

Aku perasan sejak beberapa minggu ni, status dia dah berubah. Owh. Mungkin sebab tu aku rajin g fb dia. I am just curious. Seriously curious. I am not talking about an easy guy. As far as I know, he never been easy.

MasyaAllah dia punya lah jual mahal masa aku admire dia time remaja dulu. Sebelah mata pun x pandang. Rasa cam nak cekik je dia bila masuk kelas dengan perasaan malu kena reject. Tgk dia macam tgk air yang tenang. You just see the surface. You never know what underneath.

Dan bila kitorang ada peluang jadi kawan beberapa tahun lepas tu in which I thought was impossible, dia memang dingin. Sedingin air dikali. Cewah. Dia memang reserved. SMS jarang-jarang. Cakap telefon tak pernah. SMS benda penting jer. Memang jauh sekali meleret2 cakap kosong. Tapi masa tu aku betul2 dah lupakan kes admire aku dulu tu. Masa memang berkuasa.

Sampailah aku masuk uni, setahun, dua tahun dan praktikal. Dia start suka SMS meleret2. Sikit-sikit, he opened himself to me. His fear, his hope. Special kah aku? Masa itu aku fikir Tuhan sedang membayar balik segala apa yang telah terjadi dulu. Pendek cerita. Kami couple.

It was nice to have someone. But then bila impian dan harapan dia seperti terlalu berat untuk aku jalani, i knew i've lost something. I have lost the feeling yang dulu-dulu aku ingat nak suruh berenang lautan api pun aku sanggup. If ada yang patut disalahkan, it was me. But as I said, masa memang terlalu berkuasa. How am I suppose to know he'll come back and ...

I guess time put its power on him too. I am happy for him. Seriously. Just jeles sket. Sikit jer. Hehe. He's occupied and I'm still wander around. But it's okay. I'm guiltless. I saw her.

Rabu, 28 April 2010

bkt 5389

sebuah viva.

walaupun aku sangat ragu-ragu masa nak buat keputusan, aku akhirnya memilih viva despite all bad things that I heard.

tidak myvi kerana aku tak mampu.

tidak savvy kerana rupa yang hodoh.

*aku suka tgk bontot dia. boleh tak aku bagi nama dia cikaboOm?

*updated with pic 


Selasa, 23 Disember 2008

Kelas Bahasa Sepanyol 1

Cikgu Spanish : Why do you learn Spanish?

Si indon : I want to learn a new language. Actually I want to learn it since a long time ago. Then I've got this opportunity; why not??

Cikgu Spanish : good

Si Finnish : (bla.. somebody...bla.. speak Spanish...bla...bla...) - its a story - couldn't remember

Cikgu Spanish : good.. good..

Aku si Melayu : I'm in final year - just want to fulfill my unit requirements

Cikgu Spanish : ...

Aku si Melayu : ......Coz I think it is interesting??...

Cikgu Spanish senyum

Bengong la aku ni. Cuba hipokrit sikit...

Isnin, 22 Disember 2008