Apa fenomena di Malaysia sekarang ni selain PRU 13?
Ombak Rindu. suka atau tidak, ya. Ombak Rindu memang tengah hit di pawagam2 seluruh Malaysia. berjuta-juta ringgit kutipan dengar cerita.
Maka, dek kerana kemeriahan tu, aku pun amik kesempatan gi tengok cerita ni.
Oh ye, bagi yang jakun, cerita ni diangkat dari novel. Sangat famous dikalangan kaki2 novel seantero Malaysia. *aku bukan kaki novel, novel yang aku baca cuma 2. Dialog dengan Jin dan Cinta Abadi. kalau Dialog dengan Jin bukan novel, maka aku cuma baca 1 je novel sepanjang hidup aku yang hampir suku abad ni.
Aku tak tahu nak kata situasi aku ni memberi kelebihan atau tidak untuk aku layan filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin. sebab...entah. kan aku kata tak tahu.
Bagi aku, cerita ni bagus, untuk standard Malaysia. Jalan cerita yang baik. Dan lakonan yang mantap. Gila, Maya Karin kot. Mestilah mantap. aku dapat merasakan connection diantara cerita ni dengan orang-orang Melayu secara realitinya. Aku rasa, bunyi esakan dari kerusi2 belakang berjaya membuktikan hipotesis aku.
Tapi apakan daya! Walau aku cuba, sedaya upaya, sehabis daya, aku tetap tak mampu sampai hit point yang boleh bikin aku menangis. Aku dah usha kot muka Kak Maya ngan Abang Aaron tu dalam2. Fokus betul2 dialog dorang. Tetap tak mampu. banyak kali, aku TERketawa. Cuma ada la sikit2, masa Aaron menangis tu, cam nak feel gak. Tapi lepas tu, *sigh, keluar plak scene2 yang tak connect dengan scene tadi. Maka, aku tak jadi nangis.
Kecewa jugak la. Aku harap aku boleh nangis. Tapi keluar wayang, instead of feel gloomy, aku ngan housemate aku duk mocking benda2 funny kat dalam cerita tu. Ketawa terbahak-bahak.
Bagi aku, dialog ni paling funny sekali: "Dollah, tolonglah Dollah, aku tak nak Sofiah meroyan~~~"
Hmm..dah tengok? G la. Berbaloi. Bawak la tisu banyak2. In case.
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Jumaat, 9 Disember 2011
Ahad, 8 Mei 2011
Waiting for Forever (2010)
pernah tak korang jatuh cinta kat seseorang pastu seseorang tu cakap apa korang percaya bulat2, pastu korang tunggu dia lama gila, even korang dah tak bertegur sapa tapi korang optimis korang akan bahagia hidup ngan dia. pastu semua orang sekeliling ingat korang sakit, famili sendiri dah fed up tak kurang jugak kawan2 layan korang dengan simpati.
ni nak story ni.
Wait for forever. cerita indie ni aku rasa sekejap sangat walaupun durasinya 1.34 jam (citer best memang rasa sekejap). bagi aku, cerita ni simple sangat. tapi klo penonton jenis kurang empati, mungkin tak berapa nak faham. senang citer, sifat dan dialog karakter2 dalam ni memerlukan sedikit daya kognitif penonton (apa yang dilakukan, dikatakan bukan bermakna apa yang nak disampaikan). dan naturaliti pelakon utama dia memang wat penonton rasa reliable ngan lakonan dia. tak nampak fake. even aku x berapa sure ada ke manusia camtu dalam dunia ni.
cerita ni tentang Will (happy go lucky, childish, optimistic, accentric, cute =)) yang balik ke kampung dia semata2 sebab childhood love dia balik kampung. pompuan tu nama dia Emma. dia TV personality (walau x berapa nak berjaya). Balik2 je abang dia Jim (seorang banker berjaya) dah layan dia cam sampah sebab bagi abang dia life adik dia ni memang dah rosak la. Hidup merantau. jadi badut perform tepi jalan. Umah takde. Bercakap sorang2. Dah tu optimis tak bertempat nak mengayat Emma yang entah kat mana2. Nasib la kakak ipar dia super duper baik hati pastu kengkawan dia pun boleh diharapkan. Walaupun dorang sebenarnya camtu sebab simpati kat Will tu.
Jadi cerita, Emma balik kampung. Ayah dia sakit. Jadi Will yang dah lama stalk Emma ni pun, ikut balik. Yang sadisnya, bila dia nampak je Emma, terus mamat ni jadi semput. Kelu. Nervous. Adoila. Camne nak tegur klo dah gitu. Tapi last2 dia berjaya gak tegur love of his life tu (dengan cara yang sangat sederhana dan tipikal) walau klo korang letak diri korang dlm diri dia, mau pecah jantung korang. pastu untuk sekejapnya, dorang have fun balik la. Kat sini, Emma dah dapat agak Will ni ader something wrong sket, masa dia bercakap sorang2 Emma tanya dia cakap ngan sapa, pastu barulah Emma tau Will bercakap ngan parent dia yang dah mati (sebab masa dorang mati, Will kecik lagi, Emma bagitau parent Will tetap ada, untuk menyayangi Will).Maknanya selama ni, Will membesar ngan kepercayaan yang kuat terhadap apa yang Emma cakap. Si Emma ni ada bf, datang dari jauh nak jumpa dia. Nak ajak Emma kahwin.
Pendek citer, heart broken lah Will. Emma plak terkejut beruk selama ni Will duk asik follow dia. Jadi dia suh Will jangan ikut dia lagi.
Pastu korang tengoklah sendiri. Happy ending.
p/s: klo betul ada orang cam Will tu dalam dunia, walaweyh aku propose jadi bf aku sekarang juga.
Rabu, 1 Disember 2010
3 Idiots (2009)
siang tadi relax2 sebab cuti. ambil peluang tengok cerita yang memang dah lama aku teringin nak tengok.
hindustan. ya hindustan. memang stylo habis la citer ni. 2 jam lebih tak terasa langsung. garapan realiti dalam penceritaan yang hampir fantasi. permainan emosi diadun dengan sangat baik. plot woven in a smart way. dan yang paling best, unexpected humor.
tabik kat Aamir Khan. comel giler. ya comel giler. aku tau dia dah tua. tapi betul dia comel giler dalam citer ni. dan selalu buat pemberontakan comel. geram aku. haha.
mengambil latar belakang kehidupan di kolej/universiti. competition can be scarce. tuntutan untuk menjadi yang terbaik meletakkan pelajar dalam tekanan yang maha dahsyat. familiar?
cerita ini adalah tentang self-actualization. tentang apa yang kita suka. dan live simple.
No fear. Aal iz well.
moh tgk trailer

Ahad, 31 Oktober 2010
The Letter (2004)
Aku tidak dapat menafikan kecintaan aku pada filem Thailand. Bagi aku, tahap mereka memang sudah jauh ke depan. Penceritaan yang baik, dan pembawaan emosi yang santai dan bersahaja; berjaya menghubungkan setiap watak dengan penonton.
Cerita terbaru dari negara gajah putih ini yang aku tonton, The Letter (2004) - remake cerita korea Pyeon Ji (1997).
Cerita ini berjaya meruntun setiap sel hati aku. Aku menangis semahunya. Kalah air mata ketika Titanic. Tengok ketika larut malam dan terus tidur selepas itu, esoknya mata memang sembab. Silap-silap, orang fikir aku putus cinta malam tadi.
Mungkin sebab cerita ini agak relate dengan realiti persekitaran aku. Perempuan itu programmer dan lelaki itu sweet sangat2. Masa aku sibuk baca komen kat youtube, mengatakan lelaki macam tu tak wujud dan kalau ada tentu mereka-mereka nak culik buat laki - aku teringatkan seseorang. Aku harap aku dah jumpa.
Tapi aku rasa aku takkan tengok untuk kali kedua. Ending dia sedih giler.

Ahad, 5 September 2010
Dorm 2006 - bukan citer hantu biasa-biasa
kadang-kadang aku suka bila bosan dan jemu. sebab masa nilah aku akan selalu jumpa perkara2 berharga. tak kisah la apa jenis sekali pun. sebab masa ni jugak aku akan berani amik risiko. Bukan semuanya berbaloi, tapi kalau x pun, tak rugi apa. layankan je la bosan tu. Bosan!
Aku rasa ramai dah tengok citer ni. menang banyak award, local dan international.
Aku tau citer ni dah lama. Tapi takut nak tengok. Macam2 aku bayangkan. Lagipun aku ada sebab. Sebab pertama, masa citer ni kuar aku masih kat uni. Apa kes kan tengok citer hantu yang atmospherenyer lebih kurang sama dengan atmosphere tempat tinggal ketika itu. Sebab kedua, aku memang skeptical dengan tahap keberanian aku menghadapi citer hantu Thailand. Citer hantu melayu pun goyah, inikan pulak Thailand????
Maka tadi (aku lupa kenapa aku sampai ke trailer Dorm dan terus layan video citer ni kat Youtube), internet agak laju dan bulan ini bulan Ramadhan (takde setan nak kacau kononnya), aku tengok citer ni. suku kot, aku cam dah nak surrender. kecut. tapi menggelabah nak tengok gak. Pasal citer makin best, makin suspens (well korang tau lah bila citer asal usul hantu dibukak, korang sure nak tau mystery kenapa dia mati la, sape bunuh dia la...bla bla bla).
Citer ni memang berjaya buat aku rasa apa yang Ton (watak utama) rasa. Masuk asrama baru, outcasted, takut ngan hantu. Sadis. Tapi di saat2 berkecamuk tu, muncul sorang lagi watak (Vichien), kawan baru Ton. sama macam dia berjaya menenangkan Ton ngan pergolakan kat tempat baru tu, dia pun berjaya menenangkan aku sebab xde scene2 hantu suspen kuar nak cekik budak dah. Lega.
Tapi apa yang betul2 wat aku salute kat citer ni bila aku tau Vichien yang sempoi and cool tu rupa2nya hantu. Bagi aku drama dalam ni agak berat. Tapi cukup sesuai dengan pergolakan emosi budak2 sebaya tu. Jadi budak2 bukan happy sentiasa kan? Memang budak2 selalu sedih untuk perkara2 remeh, macam kena berjauhan dari keluarga, tapi sedih budak2 ni pun bukan main2. At least aku pernah rasa kena paksa duk hostel. Nasib takde hantu.
So, half of the story berkisar tentang persahabatan Ton ngan Vichien si hantu ni. Relation antara kejadian2 kencing malam dengan Vichien serta punca Cik Pranee (warden) jadi pelik. Ton belajar sesuaikan diri. Di akhirnya, Ton tolong Vichien rest in peace bak kata omputih. Boleh plak Ton geng ngan bebudak jahat yang kenakan dia mula2 tu. Apa2 pun citer ni memang brilliant. Dari segi storyline, casting, gambar dan drama yang berjaya wat aku nangis.
p/s: giler panjang aku tulis. maknanya citer ni memang worth watching. bukan citer hantu biasa2.
Isnin, 5 Julai 2010
Gadoh 2009
"cerita terbaik adalah kisah benar" empunya orked kelabu pernah berkata. aku setuju.
baru selesai menonton cerita GADOH arahan Brenda Danker dan Namron. bagi aku, ini cerita Malaysia paling jujur aku pernah tonton. Mungkin lebih jujur dari filem2 arahan Yasmin Ahmad. Sangat simple namun mampu mewakili dilema terbesar rakyat Malaysia khususnya 3 kaum terbesar Melayu, Cina dan India. Isu perpaduan diolah dengan baik dan dialog saaaaaaaaangat jujur. Serius, sangat jujur.
Jangan risau, cerita ni tak boring. As Malaysian, aku sarankan korang tengok. Kalau tak cukup dengan tu, citer ni ada Zahiril Adzim. Eye candy gak la. Acting dorang memang real. Aku dulu sekolah cina so part gangster cina tu memang resemble almost 100% dari apa yang aku pernah tengok. Yang Melayu tu, hmm....no comment.
Citer ni buat aku terfikir dilema perpaduan kita. Dan mula memahami. Namun sayang, seperti pengakhirannya, kita memang tak mampu mengubah apa-apa.*Sigh.
p/s: Orang Malaysia sebenarnya mampu hasilkan karya yang dekat dihati masyarakatnya, dengan satu syarat: Seni jangan dipolitikkan.

Jumaat, 9 Januari 2009
Khamis, 8 Januari 2009
Ip Man
Aku baru lepas layan IP Man (eep mun). Movie martial arts berdasarkan kisah benar seorang pengamal ilmu seni mempertahankan diri kat Fuoshan. Aku pertama kali terlihat cerita ini tanpa sedar di depan kedai jual CD di BJ. Betul-betul waktu tgh berlawan. Kaki aku melekat depan kedai itu bila tiba-tiba skrin blank dan aku sedar aku berdiri betul-betul tgh jalan. Tiba-tiba blank? Aku masih anggap tokey kedai tu dengki, walau ada kemungkinan dia tak nak aku halang laluan.
Honoured as the best Kung Fu master kat sana, dia punya skill betul2 buat adrenalin aku merembes lebih dari biasa disamping membuatkan aku menyesal kerana tak pernah berminat dengan aktiviti-aktiviti fizikal seterusnya mematikan sebarang percubaan untuk belajar seni mempertahankan diri. Tangkas, tepat, dan laju. Aku hampir-hampir macam nak ikut berkung fu dengan perkakas berdekatan seperti cerek dan botol air.
Dengan latar belakang suram era penjajahan Jepun. Diulit keterdesakan sebuah kehidupan, martial arts nampak dominan dalam waktu-waktu genting ini. Sungguhpun begitu, realistic tetap teranyam dalam alur cerita dengan kewujudan laras-laras senapang. Sains memang lebih berkuasa.
Perasaan menonton movie ini , tak puas. Aku harap aku dapat tengok sampai dia jadi sifu Bruce Lee.

Langgan:
Catatan (Atom)