Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2011

Magnum

tengok iklan ais krim magnum yang baru? magnum baru ni disaluti coklat belgium.

aku ada sejarah tentang ais krim ni.

dulu masa aku kecik, aku teringin sangat nak makan ais krim magnum. tapi sebab mahal sangat bagi seorang kanak-kanak, aku mintak kat ayah aku. sampai dia meninggal, dia tak belikan aku.

aku dah lupa tentang ais krim tu.

beberapa tahun lepas tu. rasanya bila aku dah habis sekolah. aku akhirnya beli ais krim magnum. ceit! tak sedap pun! biasa je. dah le ais krim vanilla manis tebal giler. dok gigit coklat habis bertabur jatuh. fail!

beberapa tahun lepas tu plak. semalam to be exact. aku terpengaruh dengan iklan magnum baru ni. pagi-pagi buta aku dah ke seven-E. cari magnum. aku pilih Magnum Truffle Chocolate. memang tak menghampakan!

aku teringat-ingat.

petang tu, masa makan kenduri arwah ayah member aku, aku telah berjaya mempengaruhi sorang member aku ni plak. balik tu kitorg gi seven-E. cari magnum. kali ni aku pilih Classic. masih tidak menghampakan.

tapi aku lebih prefer Truffle Chocolate. kurang manis. memuaskan.

calorie comparison ---> Classic (270 kcal) and Truffle Chocolate (200 kcal)

p/s: sorry xde gambar, takut TERpegi kali ketiga plak.

Selasa, 22 Disember 2009

pancake and me

hari ni duduk di rumah saja. sepatutnya keje tapi dah switch hari ngan pengurus. malam tadi teringin sangat nak makan penkek/pancake. Seingat aku, pancake memainkan peranan yang sangat besar dalam penghidupan aku. selepas telur dan maggy, pancake adalah makanan ketiga yang aku pandai masak.

sejarahnya bermula bila aku tuisyen English UPSR dengan cikgu razak ayah danya. kalau korang ingat, salah satu latihan membuat essay pendek kat belakang sekali tu yang dia bagi vocab ngan verb pastu ada dash (-) banyak2. aku mula belajar buat pencake dari situ. seterusnya, aku terus determine dalam pembelajaran English dan memasak makanan yang akhirnya menjadi kesukaan aku.

aku sudah masak pancake tak terkira banyaknya. dan bermacam-macam versi sudah terbit dek kerana kreativiti melangit aku. letak oat, cinnamon, pisang, coklat, semua aku try, letak sardin je x pernah. Euww... Tapi version yang paling aku suka adalah pancake letak butter dan tabur chocolate rice. Masa aku muda sikit dan x paham apa itu diet, aku memang letak banyak chocolate rice sampai layer coklat tebal giler. Skang berpada2 la dah tua. ok, kononnya.

skang tahula kenapa email yahoo aku choc_pancake dan email gmail aku penkek.coklat kan?

tapi sejak duduk USM, mungkin sebab selalu jumpa kari dan masakan thailand, aku lupa jap kat pancake. dalam 3 tahun tu berapa kali je aku masak pancake aku x ingat.

Malam tadi, baru aku sedar aku lupa apa bahan nak letak. Sukatan bahan specificnya.

Maka, aku google dan jumpa recipe kat JoyOfBaking



Overall, pancake tu jadi sebijik macam gambar. cuma...


picture above from here

agak2 yang mana 1?

Isnin, 28 September 2009

Customer Comel

Mak balik dari kantin bawa bakul kuih - kosong. Ye. Kosong. Aku terus loncat. Happy. Ok, aku tau over tapi tu hasil jualan titik peluh aku yang pertama. Mak bagi duit jualan kat aku terus kiss itu duit. Padahal bukan banyak sangat pun. Terus g masuk tabung bear plastik kat bilik. Tabung tu sis aku yg punya, since dia dah kat uni, aku pinjam la.

"Laku ke mak?" padahal dah terang2 la kan...

"Budak kat sekolah tu suruh buat besar sikit..."

"Awatnya? Kecik sangat ker?"

Mak aku bersiap2 nak mengajuk budak tu :-

"Ala makcik, keciknya... Kami budak2 30 sen pun bukan senang nak dapat...makcik yang wat ke? kakak dulu tu buat gebu2 jer..."

"bukan, kakak kakak tu yang wat"

"suruh dia besarkan sikit makcik"

ni aku jawab :-

"cakap kat dia, aku x gebu cam ipoi...kek x naik..."

But customer always right kan?