Pernah x korang berazam dan tulis azam korang tu atas kertas? Mungkin korang takkan tulis kalau azam tu cuma satu. Tapi satu tahun 365 hari takkan la cuma nak capai 1 benda atau cuba elak buat satu benda.
Oh yer, mungkin bukan semua orang macam aku. Dan aku yakin ramai orang dah capai kebanyakan impian diorang. Samada secara terancang atau atas dasar tuah. Apa pun caranya, impian takkan habis kan? Jadi apa salahnya kalau list out perkara-perkara yang ingin dicapai atau kelemahan-kelemahan yang ingin dibaiki sepanjang tahun 2010 nanti. Buat awal tahun supaya senang nak pantau dalam tempoh setahun ni. Sebab banyak benda start on New Year kan. Tapi bukan bermaksud salah kalau tetiba tengah tahun nanti ada azam baru plak.
Put your life on paper or advanced post on blogger. Overview, Analyze, Plan, Implement and Fix. pergh... dah serupa Software Life Cycle Waterfall Model dah.
Ni Azam tahun 2010 aku.
1. Beli kereta dan x jatuh miskin.
2. Stay healthy. Jadi aktif sikit dan kurangkan junk food
3. Kumpul duit and g travel by the end of this year.
4. Nak jumpa kawan-kawan lama yang sungguh bererti bagi diri ini dan sangat dirindui. Ececeh.
5. Renovate bilik menjadi "Oh, so ME!!" memandangkan dah duduk sini jer. Tapi sikit-sikit la pasal gaji pun bukan besar sangat nak beli itu ini yang "Oh, so custom". Bilik aku skang ni mmg mempunyai pengaruh-pengaruh ipoi di dalamnya. 'll start with 'mansuhing' her clothes out of the room.
6. Say yes to the things i hate. Especially those things I hate pasal ignorance. Aku nak figure out, teruk sangat ker those things. haha..Ayat x ble blah...
7. Menyemai jiwa seni aku yang dah lama memberontak. Yeah... hunting for DIY projects!!!
8. Remanaging time jadi aku akan stay organized dan x membantutkan proses menjana income. Eh, yg ni ble jadi azam ker?
9. Redefine habits. xmO selekeh2 dah. Kuar umah mesti nak pakai UV protector. Tidur malam mesti pakai losyen. Scrub dan masker seminggu sekali.
10. Finishing my writing yang dah tertangguh lebih setahun. Aku tahu ini yang paling susah. Sebab ini azam tahun lepas yang tak tercapai. Dan cerita first yang aku tulis 3 tahun lepas pun tak siap-siap sampai akhirnya burn bila komputer kena virus dan formatted. It was a nice story though. At least untuk aku. Biar aku jilidkan pastu free2 aku baca. Sampai tua. So hopefully, azam ni xkan re-appear lagi untuk azam next year. Either aku give up or finish them.
11. Open myself to fall in love again. Seriously. Dan kalau ada peluang tentang cinta, aku akan cuba berdiri dalam realiti sebenar, buat perhitungan sebaiknya dan ikhlas selamanya. Ok, now tolong gelak.
Aku harap tahun 2010 ni akan jadi tahun yang bermakna, penuh dengan aktiviti-aktiviti yang akan jadi kenangan terindah. Tahun yang aku akan buat keputusan dengan yakin. Dan sekalipun keputusan tu salah, aku akan kuat menghadapi dan still have fun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan