sejak beberapa hari lepas motor aku mengeluarkan bau hangit.
tapi sejak semalam dia sudah pandai keluar bunyi pula. bunyi yang memang nazak nak dihantar ke workshop. jadi aku suh adik aku hantar hari ni. Itu pun selepas hantar aku ke tempat kerja. Laju macam biasa. Cuma bunyi lain sket.
Tadi pagi adik aku inform, enjin betul2 dah teruk. kena ganti. Aku terkejut sikit jer la. Pasal aku agak, sebab aku terlupa ganti minyak pelincir dia dah lama giler, mgkin dah affect enjin... entah la.. aku mmg buta tuli habis bab kenderaan ni.. Aku suh je la adik aku suh uncle pomen tu repair.
Malam tadi mak dan adik dah bebel2 marah aku pasal buat derk je kat motor tu.
Mak: Lain kali bila aku kata check mintak 2T tu, check la. ganti. jangan tunggu2. sampai tak terbakar tak ganti lagi ko ni.
#Mak aku budget mesti enjin berbunyi pasal aku terlupa tukar minyak pelincir
Aku: Terlupa... Dik, ko tolong hantar g kedai esok? Aku sayang motor aku tu.
Ipoi: Sayang konon. Dah berapa lama ko x cuci? Sejak aku balik raya tu, tu la last kan? Klo bukan aku, xde sape nak basuh motor tu. Pastu minyak hitam x tukar. Tu ke sayang?
Aku :.... tapi mmg tu la cara aku sayang dia. (sengih)
Adik aku wat muka menyampah.
Mungkin macam tu gak cara aku sayang semua benda yang aku sayang. Aku ignore pasal aku tau dia ada dekat ngan aku.
p/s: Sekali adik aku kata uncle pomen tu kata cas pomen around 500 ringgit. Barulah aku bersyukur sebab main kutu. Dan tambah bersyukur sebab turn bulan 1.
4 ulasan:
uit...pndai men kutu dh.hehe.. ptt la dpt turn bulan 1..nk kena bayar repair moto. ;)
haha.... sebenarnya malas nak main... tapi mak aku beriya2 suh aku main... bina hubungan sosial ngan rakan sekerja...
Ko sedar tak kalau jalan kaki tipa-tiap hari pun mau kena tukar selipar sebab selipar makin haus.
Kalau naik basikal pun nak kena tukar tiub tayar.
Ini kan kenderaan berenjin. Apa kau ingat lepas keluar kilang sampai pencen motor tu hanya perlu kena isi minyak je? CEO Honda pun kagum kalau ada tknologi tu
iya2... aku insaf la...
Catat Ulasan