Bulan Januari ini, isu terbesar yang berlegar dalam kehidupan aku adalah tentang keputusan hendak membeli kereta. Tiada apa yang pasti. Jadi, aku agak malas untuk bercerita sedangkan hal ini hal yang mungkin kedua terbesar selepas hal kahwin aku di nanti. Sejak tahun lepas lagi, aku sudah berangan-angan ingin memandu kereta sendiri. Budget aku bukan tinggi sangat. Jadi aku aim kereta yang kecil2 jer. Aku kalau boleh, memang nak kereta yang worth every penny. Aku minat Viva tapi ramai sangat yang mengata Viva. Macam-macam la. Aku simpulkan – Viva ni the most expensive junk on road. Aku bukan tau sangat part automobile ni. Zero. Tapi dari yang aku faham, specifikasi dia tu sebenarnya x layak pon untuk dapat harga yang sekarang ni. Entah. Aku pon x tau. Sekarang aku buntu. Myvi pulak aku tak mampu kot. Gaji aku ciput jer.
Sekarang aku sedang berusaha mengumpul down payment serta menjaga hati abang tersayang supaya dia bayarkan separuh lagi down payment aku. Hutang pun semua dah kutip habis. Tinggal tunggu slip gaji pastu bolehlah menilik2 nak beli keta apa.
Eh, ada tak kereta yang dapat diskaun 7~8 ribu CNY ni? Pergh… macam diskaun 7~8 posen jer citer…
4 ulasan:
xjd la viva ek?
Owh...hold for a moment kalo nk beli keta..dgr rumors buln 5 ni keeta trun harga kaw2
serius?? wah..interesting!
bulan 5? lamanyer............... ni pun dah x sanggup dah......
Catat Ulasan