Malam tadi untuk pertama kali selepas suatu jangka masa yang sangat lama, aku layan bola. Betul la bila ramai orang kata mutu bolasepak Malaysia makin meningkat. Bukan dalam tempoh 'yang lama' tu aku x cuba tengok bola. Tapi hakikatnya melihat lelaki-lelaki berlari ke kiri kanan padang dalam kepenatan dan menyudahi scene ngan aksi-aksi hampa + bodoh bola tak masuk gol. Memang sakit hati.
Tapi malam tadi memang ada sedikit beza. Adakah kerana dua pasukan hebat berentap? Selangor vs Negeri Sembilan. Hebat kan? Aku cakap Selangor hebat pasal aku orang Selangor. Kalau tak hebat pun, semangat kenegeriaan aku mungkin mengaburi mata. lagipun ada Amri Yahyah yang masukkan gol time lawan ngan MU tu. Dan Negeri Sembilan memang hebat gak kan? Pasal ada suami Rita Rudaini tu sapa ke namanya, aku tau Aidil Z****n ngan kembar dia yg pakai baju nombor 8. Diorang main ngan Vietnam then menang tu (padahal sape ntah yang golkan - nampak sangat aku bodoh bila cerita pasal bola sepak... Ampun).
Dapat rasakan desakan adrenaline each time team Selangor dekati gawang gol Negeri Sembilan dan klimaks Selangor sumbat 2 gol. It was a good match thO.
Lain kali kalau Selangor lawan bola lagi dengan pasukan yang 'hebat', boleh la tengok. Entertaining kowt.
2 ulasan:
lyn bola pulak...kna beli tv flat screen 42 inch lerr.. =)
Aku usha AJL..tak cuak langsung..siap buat bakar2 jagung lagi
Catat Ulasan