Sejak beberapa hari yang lalu, aku rasa numb. X dapat fikir. X larat nak wat apa2. Even nak tidur pun x layan. Klo aku ni suka percaya bomoh dan khurafat, tentu aku fikir aku dah terkena buatan orang atau mengalami gangguan jin. Tapi disebabkan aku suka membaca, aku yakin situasi aku ni ada penjelasan logik secara sains.
Aku yakin penyakit aku ni sebenarnya digelar fatigue dan berpunca dari stress dan boredom. Mgkin pasal beberapa hari ni gak aku penat giler otak dan badan menghadapi hari2 yang rutin dan bosan. Ye la kan, klo each day pun sama jer, best cane pun jadi bosan kan. Dan perasaan yang paling terer membunuh aku adalah jemu.
Tapi semalam, banyak insiden jadi membuatkan darah aku ada sikit beza kandungan kimia kat dalamnya. Dah la kantoi ngan org hq. Pastu berjumpa plak ngan orang yang mmg layak nak ditumbuk kat muka. Lagi pulak aku kena wat macam2 diy petang semalam kononnya nak ceriakan pjk. Jantung aku berjaya mengepam lebih deras dari biasa. Aku jadi focus, bersemangat, dan totally out of that numb feeling. Which is the greatest sensation i crave for the last few days. Yeay!
Walaupun banyak insiden yang jadi semalam boleh dikatakan negatif, tapi sebenarnya aku boleh cakap la yang aku ni agak master handle situasi2 sebegitu. Aku dengan tiba-tiba boleh jadi a bit smarter, quick-witted, spontaneous, creative, dan sangat fasih berkata-kata. Seseorang yang aku tahu aku x mampu jadi bila aku happy, ceria, dan relax. Ini kerana perasaan yang paling terer mengangkat aku adalah marah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan