Oleh kerana sekarang ni aku dengan rasminya sudah menjadi penduduk tetap di Sekinchan dan bukan budak perantau yang rindu masakan mak, foodie cam aku ni tentu akan berdepan dengan masalah yang dah terjangka. Kegemukan.
Bukan semua orang comel dan berkeyakinan tinggi bila gemuk. Aku salah satunya. Jadi aku memang tidak selesa jadi gemuk. Tapi mendapat unlimited access kepada fridge dan dapur dan tudung saji dan kabinet makanan yang dipenuhi dengan makanan-makanan yang pernah dirindui dan coklat-coklat mahal yang diborong kakak ipar di kedai bebas cukai, aku hampir2 gila untuk menafikan keinginan gelap ku.
Namun dalam penafian dan dieting mentality, aku telan gak mende2 tu semua. Makanya, "my body is my journal" bak kata Johnny Depp. Dan kala ini, psychology aku cuba menipu lagi. Masih dalam dieting mentality. Kejadah apa dieting kalau consume almost 2000 kcal dalam 1 hari. Ditambah dengan kondisi aku yang berada di tahap inertia (ini mungkin ada kena mengena dengan susunan bintang, planet dan matahari ketika aku lahir). Exercise is just not for me.
Setiap hari aku cuma mampu merenung baju-baju yang disusun disebelah kiri almari (baju-baju ketika di universiti dan sedikit dari zaman sekolah) dan akhirnya mencapai baju2 dari sebelah kanan. Seluar tracksuit dan t-shirt yang dibeli ketika melancong begitu familiar dengan aku. Nasib aku duk Sekinchan. Trend pemakaian kat sini tak la begitu demanding. Kalau aku duk Paris ker, London ker, mau aku x kuar rumah. Kalau duk Tokyo mungkin aku boleh tipu dengan mengatakan outfit aku tu dari komik tersohor tanahair "Kampung Boy". Maybe boleh nampak cool sikit la kot.
Bukan itu semata-mata sebabnya aku x nak gemuk. Aku takut sakit. Mak dan ayah aku memang ada sejarah penyakit kronik. Jadi aku takut perkara yang sama menimpa aku. At least kalau nak kena pun biarlah aku dah tua dan dah khatam mengaji 20 kali dan dah naik haji dan buat itu dan ini. Mak aku meneutralkan balik penyakit jantung, kencing manis dia dengan menjadi super active (ni juga mungkin ada kena mengena dengan susunan bintang, planet dan matahari ketika dia lahir) dek kerana dia tak pandai pantang makan. Aku kadang-kadang pun takut tengok aktiviti harian dan kekuatan stamina dia. Tapi aku takut kejap jer pastu biasanya mindlessly aku capai kerepek dan henyak sofa tengok tv.
(Sekarang aku lega sikit dapat meluahkan kekusutan hati)
Aku tak mahu berjanji pada diri. Takut nanti aku kecewa lagi. Selalu pun macam tu. "I'm my own worst enemy" bak kata Pink dalam lagunya.
Mungkin bermula dengan gantikan junkfood dengan buah dan banyakkan berjalan boleh membantu.
Aku cuma perlu cari sesuatu yang boleh memotivasikan diri.
Mungkin ini, "Perempuan kurus yang minat John Mayer lebih cool".
2 ulasan:
Tak tele langsi\ung post ni dengan post sebelum nye..
ye la... aku ada split personality.... aku pun x ingat aku jadi apa masa tulis post mana.
Catat Ulasan