Selasa, 22 Disember 2009

pancake and me

hari ni duduk di rumah saja. sepatutnya keje tapi dah switch hari ngan pengurus. malam tadi teringin sangat nak makan penkek/pancake. Seingat aku, pancake memainkan peranan yang sangat besar dalam penghidupan aku. selepas telur dan maggy, pancake adalah makanan ketiga yang aku pandai masak.

sejarahnya bermula bila aku tuisyen English UPSR dengan cikgu razak ayah danya. kalau korang ingat, salah satu latihan membuat essay pendek kat belakang sekali tu yang dia bagi vocab ngan verb pastu ada dash (-) banyak2. aku mula belajar buat pencake dari situ. seterusnya, aku terus determine dalam pembelajaran English dan memasak makanan yang akhirnya menjadi kesukaan aku.

aku sudah masak pancake tak terkira banyaknya. dan bermacam-macam versi sudah terbit dek kerana kreativiti melangit aku. letak oat, cinnamon, pisang, coklat, semua aku try, letak sardin je x pernah. Euww... Tapi version yang paling aku suka adalah pancake letak butter dan tabur chocolate rice. Masa aku muda sikit dan x paham apa itu diet, aku memang letak banyak chocolate rice sampai layer coklat tebal giler. Skang berpada2 la dah tua. ok, kononnya.

skang tahula kenapa email yahoo aku choc_pancake dan email gmail aku penkek.coklat kan?

tapi sejak duduk USM, mungkin sebab selalu jumpa kari dan masakan thailand, aku lupa jap kat pancake. dalam 3 tahun tu berapa kali je aku masak pancake aku x ingat.

Malam tadi, baru aku sedar aku lupa apa bahan nak letak. Sukatan bahan specificnya.

Maka, aku google dan jumpa recipe kat JoyOfBaking



Overall, pancake tu jadi sebijik macam gambar. cuma...


picture above from here

agak2 yang mana 1?

5 ulasan:

Nor L Hussain berkata...

testing2...

zhoprenia berkata...

hahahaha...aku rasa not cooked in the middle kot :p

Nor L Hussain berkata...

hahaha...salah...nice try....

Achan Sinclair berkata...

Hahahaha..pengkek..aku tak tau kenapa aku lbih into ke lempeng..rasa tak puas mkn kalo layan pengkek..

Nor L Hussain berkata...

jiwa tradisional... haha