sejak beberapa hari lepas motor aku mengeluarkan bau hangit.
tapi sejak semalam dia sudah pandai keluar bunyi pula. bunyi yang memang nazak nak dihantar ke workshop. jadi aku suh adik aku hantar hari ni. Itu pun selepas hantar aku ke tempat kerja. Laju macam biasa. Cuma bunyi lain sket.
Tadi pagi adik aku inform, enjin betul2 dah teruk. kena ganti. Aku terkejut sikit jer la. Pasal aku agak, sebab aku terlupa ganti minyak pelincir dia dah lama giler, mgkin dah affect enjin... entah la.. aku mmg buta tuli habis bab kenderaan ni.. Aku suh je la adik aku suh uncle pomen tu repair.
Malam tadi mak dan adik dah bebel2 marah aku pasal buat derk je kat motor tu.
Mak: Lain kali bila aku kata check mintak 2T tu, check la. ganti. jangan tunggu2. sampai tak terbakar tak ganti lagi ko ni.
#Mak aku budget mesti enjin berbunyi pasal aku terlupa tukar minyak pelincir
Aku: Terlupa... Dik, ko tolong hantar g kedai esok? Aku sayang motor aku tu.
Ipoi: Sayang konon. Dah berapa lama ko x cuci? Sejak aku balik raya tu, tu la last kan? Klo bukan aku, xde sape nak basuh motor tu. Pastu minyak hitam x tukar. Tu ke sayang?
Aku :.... tapi mmg tu la cara aku sayang dia. (sengih)
Adik aku wat muka menyampah.
Mungkin macam tu gak cara aku sayang semua benda yang aku sayang. Aku ignore pasal aku tau dia ada dekat ngan aku.
p/s: Sekali adik aku kata uncle pomen tu kata cas pomen around 500 ringgit. Barulah aku bersyukur sebab main kutu. Dan tambah bersyukur sebab turn bulan 1.
Selasa, 29 Disember 2009
Isnin, 28 Disember 2009
Drama ooo drama
Malam tadi aku tengok citer Aliff Firdaus. Ini masuk kali kedua aku tengok. Secara tak sengaja. Ingat perbualan ngan adik aku masa dia cuti semester hari tu.
Aku : poi, klo ko jumpa pompuan macam tu jalan kaki tepi sawah, pakai kebaya, bawa payung, pakai selendang.... Ko kata apa?
Ipoi: Gila...
Tolong la Rashid Sibir. Ini zaman bila? Hanya kerana duduk di kawasan sawah padi tak semestinya si gadis berbaju kebaya rupa itu dan lelakinya meniup seruling di tengah sawah. Macam cerita Hindustan.
toothache and me
kelmarin aku doa supaya kurus dan semalam bangun tidur aku terus sakit gigi. hingga hari ini, saat ini.
kali terakhir aku sakit gigi bulan 7 tahun 2008, sudah lebih setahun. masa tu geraham aku nak tumbuh. tapi entah kenapa gigi tu x jadi tumbuh. tumbuh separuh jer. kalau makan sure sisa makanan masuk kat space yang half lagi tu.
tapi semalam, gigi yang sama macam nak tumbuh balik. gusi bengkak, pipi pun sikit bengkak. sangat x selesa.
kalau korang sakit gigi macam aku, ni antara remedies dari doctorsecrets.com yang korang boleh cuba untuk kurangkann sakit tu.
kalau x baik2 gak, g je la jumpa dentist. Tanya pada yang pakar.
tapi kalau aku, dah turun beberapa kilo baru g kot.
Khamis, 24 Disember 2009
Kenapa aku jarang update blog
1. xde apa2 benda menarik jadi sekeliling aku
2. banyak benda menarik jadi tapi aku lupa tangkap gambar, xde proof la kononnya
3. connection slow spoil mood
4. idea banyak tapi provocative
5. aku busy
6. busy
7. busy
p/s: aku kena tukar konsep blog ni, aku rasa aku x boleh cerita semuanya dah.

Rabu, 23 Disember 2009
diet and me
Oleh kerana sekarang ni aku dengan rasminya sudah menjadi penduduk tetap di Sekinchan dan bukan budak perantau yang rindu masakan mak, foodie cam aku ni tentu akan berdepan dengan masalah yang dah terjangka. Kegemukan.
Bukan semua orang comel dan berkeyakinan tinggi bila gemuk. Aku salah satunya. Jadi aku memang tidak selesa jadi gemuk. Tapi mendapat unlimited access kepada fridge dan dapur dan tudung saji dan kabinet makanan yang dipenuhi dengan makanan-makanan yang pernah dirindui dan coklat-coklat mahal yang diborong kakak ipar di kedai bebas cukai, aku hampir2 gila untuk menafikan keinginan gelap ku.
Namun dalam penafian dan dieting mentality, aku telan gak mende2 tu semua. Makanya, "my body is my journal" bak kata Johnny Depp. Dan kala ini, psychology aku cuba menipu lagi. Masih dalam dieting mentality. Kejadah apa dieting kalau consume almost 2000 kcal dalam 1 hari. Ditambah dengan kondisi aku yang berada di tahap inertia (ini mungkin ada kena mengena dengan susunan bintang, planet dan matahari ketika aku lahir). Exercise is just not for me.
Setiap hari aku cuma mampu merenung baju-baju yang disusun disebelah kiri almari (baju-baju ketika di universiti dan sedikit dari zaman sekolah) dan akhirnya mencapai baju2 dari sebelah kanan. Seluar tracksuit dan t-shirt yang dibeli ketika melancong begitu familiar dengan aku. Nasib aku duk Sekinchan. Trend pemakaian kat sini tak la begitu demanding. Kalau aku duk Paris ker, London ker, mau aku x kuar rumah. Kalau duk Tokyo mungkin aku boleh tipu dengan mengatakan outfit aku tu dari komik tersohor tanahair "Kampung Boy". Maybe boleh nampak cool sikit la kot.
Bukan itu semata-mata sebabnya aku x nak gemuk. Aku takut sakit. Mak dan ayah aku memang ada sejarah penyakit kronik. Jadi aku takut perkara yang sama menimpa aku. At least kalau nak kena pun biarlah aku dah tua dan dah khatam mengaji 20 kali dan dah naik haji dan buat itu dan ini. Mak aku meneutralkan balik penyakit jantung, kencing manis dia dengan menjadi super active (ni juga mungkin ada kena mengena dengan susunan bintang, planet dan matahari ketika dia lahir) dek kerana dia tak pandai pantang makan. Aku kadang-kadang pun takut tengok aktiviti harian dan kekuatan stamina dia. Tapi aku takut kejap jer pastu biasanya mindlessly aku capai kerepek dan henyak sofa tengok tv.
(Sekarang aku lega sikit dapat meluahkan kekusutan hati)
Aku tak mahu berjanji pada diri. Takut nanti aku kecewa lagi. Selalu pun macam tu. "I'm my own worst enemy" bak kata Pink dalam lagunya.
Mungkin bermula dengan gantikan junkfood dengan buah dan banyakkan berjalan boleh membantu.
Aku cuma perlu cari sesuatu yang boleh memotivasikan diri.
Mungkin ini, "Perempuan kurus yang minat John Mayer lebih cool".

Selasa, 22 Disember 2009
pancake and me
hari ni duduk di rumah saja. sepatutnya keje tapi dah switch hari ngan pengurus. malam tadi teringin sangat nak makan penkek/pancake. Seingat aku, pancake memainkan peranan yang sangat besar dalam penghidupan aku. selepas telur dan maggy, pancake adalah makanan ketiga yang aku pandai masak.
sejarahnya bermula bila aku tuisyen English UPSR dengan cikgu razak ayah danya. kalau korang ingat, salah satu latihan membuat essay pendek kat belakang sekali tu yang dia bagi vocab ngan verb pastu ada dash (-) banyak2. aku mula belajar buat pencake dari situ. seterusnya, aku terus determine dalam pembelajaran English dan memasak makanan yang akhirnya menjadi kesukaan aku.
aku sudah masak pancake tak terkira banyaknya. dan bermacam-macam versi sudah terbit dek kerana kreativiti melangit aku. letak oat, cinnamon, pisang, coklat, semua aku try, letak sardin je x pernah. Euww... Tapi version yang paling aku suka adalah pancake letak butter dan tabur chocolate rice. Masa aku muda sikit dan x paham apa itu diet, aku memang letak banyak chocolate rice sampai layer coklat tebal giler. Skang berpada2 la dah tua. ok, kononnya.
skang tahula kenapa email yahoo aku choc_pancake dan email gmail aku penkek.coklat kan?
tapi sejak duduk USM, mungkin sebab selalu jumpa kari dan masakan thailand, aku lupa jap kat pancake. dalam 3 tahun tu berapa kali je aku masak pancake aku x ingat.
Malam tadi, baru aku sedar aku lupa apa bahan nak letak. Sukatan bahan specificnya.
Maka, aku google dan jumpa recipe kat JoyOfBaking
Overall, pancake tu jadi sebijik macam gambar. cuma...
picture above from here
agak2 yang mana 1?

Isnin, 21 Disember 2009
lama x update blog. setiap kali pun macam tu. masa xde blog iya2 banyak idea. biasa la.
ni pun struggle habis nak menaip, jgn kata menaip, nak bukak dashboard blogger pun dah tergoda g blog orang sana sini. lagi2 blog acan. sejak hidup dan keje leisure2 ni, suka betul baca entry dia dan gelak sorang2. ok, x boleh baca kat tempat keje. takut dicop giler.
macam x percaya hari2 yang aku lalui sekarang ni. hari2 happy. kadang2 terfikir macam "betul ker?". too good to be true. aku x tau punca ke-happy-an aku tu. kalau stress tu ada skala, sekarang ni aku kat skala paling rendah la kiranya. bukan maknanya hidup aku xde tuntutan, tapi seriously aku tak takut buat silap. mgkin sebab duk kat umah tanpa tekanan? dan dikelilingi oleh orang2 tersayang? atau pun aku berada kat atas kalau hidup ni sebuah roda? well~~ anggap macam tu je la.
hari rabu ni aku kena start mengajar kat PJK. ajar orang2 dewasa. ajar word dan internet. malam ni nak mintak tunjuk ajar pengurus tentang teknikal stuff kat training room tu. tu la, bukan nak usha masa dia mengajar. xpe, basically aku tau, tapi utk menghindarkan sebarang unexpectables terjadi, makanya aku x rasa guilty sgt pasal at least dah belajar kan.
malam ni akan ada meeting untuk perasmian PJK. Perasmian tu dijangka dibuat lepas pengurus balik bercuti. tak lama lagi. dan keje yang dia bagi suh aku buat, aku x buat lagi. cerita tv seronok plak dekat2 christmas ni. ala, buat pamplet aturcara tu. ye ke pamplet. x tau apa orang panggil kertas yg kita bagi time majlis perasmian tu.
one of my friend nak kahwin ahad ni, aku dah order hadiah. mgkin delivered khamis dan sampai jumaat ni. sekarang ni cuma perlu roger2 member yang ada untuk pergi sesama.
harap-harap sangat semuanya berjalan lancar.

Langgan:
Catatan (Atom)