Sejak last update, banyak benda jadi... kerja makin busy, kena denggi, rasa nak berhenti kerja, entahlah.
macam2.
pengalaman pertama masuk hospital. kena ambik darah, masuk air. tak la teruk sangat sebenarnya. x teruk mungkin sebab masih diberi peluang hidup, tak mati.
sebenarnya, sejak beberapa minggu, atau bulan sebelum aku sakit, aku sangat sibuk. malam tidur lewat, asyik tenung komputer siapkan coding. even weekend pun duk terperuk dalam bilik siapkan kerja. sampaikan macam xde life.
sampailah, aku demam akhirnya. masa demam boleh mengigau buat coding. dan kecewa gila bila bangun semua coding tu hanyalah mimpi belaka. tension makin tension lah, sebab tak larat bangun dan kerja tak siap.
akhirnya sesudah 6 hari demam dan dua kali gi klinik, blood test klinik ketiga sahkan aku kena denggi. dan akhirnya jugak, aku let go semua belenggu kerja yang ada dalam kepala. dengan keputusan nak berhenti kerja. ye lah, masa sakit ni lain macam rasanya.
beberapa hari kena denggi tu, demam surut, tapi platelet tak naik2. makan banyak2 pun tak naik. barulah rasa sengsaranya kena makan. before ni kemain suka klo makan.
mujur juga, akhirnya sembuh. berhenti kerja punya cerita, nantilah, simpan dulu.
p/s: naik kerja, 2 colleague tender resignation letter. sorang lagi retired. err... aku ingat, aku je yang beriya...
Isnin, 5 Mac 2012
Isnin, 6 Februari 2012
Rindu Rasulullah
Salam Maulidur Rasul.
Aku suka bila tv berkumandang bunyian memuji Allah. Memperingati Nabi Muhammad SAW.
Weekend yang busy. Masih bawa keje balik.
Pause urusan dunia hari ni. Oh tidak juga. sepagian menyiapkan User Manual. sambil2 buat testing, dah tu jumpa bugs, sempat juga merempan sekali dua atas katil. Tapi masuk petang, cukuplah. Aku nak bertenang. 3 minggu ni langsung aku fokus sangat2. Sampai aku rasa rabun melihat selain baris2 program yang beribu tuh.
Sempat sekejap tadi, lepas dinner, aku dengar ceramah di TV9. Sejak entah bila, karakter Muhammad SAW, menjadi perkara yang sangat menarik. Aku mengaku, aku Islam, dan dibesarkan dengan didikan agama. Tapi siapa Muhammad itu, dulu aku tidak pernah hadam melainkan tahu dia adalah nabiku. Imam, role model umat Islam. Insan terhebat. Tapi betapa hebat, aku tidak pernah faham. Mungkin sebab tu jugak, dulu aku lalai. Tidak bangga menzahirkan rasa kasih dan sayang kepadanya. Orang menyebut, aku tidak menyambut pun dengan selawat. Tidak rasa rugi.
Tapi sekarang, bila hati dah mula mengenali, merindui, berkeinginan untuk melihat, berjumpanya, timbul pulak penyesalan tentang masa silam dan kejahilan. Sedang aku nak menjadi antara mereka yang dikasihinya, iman aku terasa masih rapuh. Terasa tak layak. Terasa risau tentang sisa2 waktu yang entah esok lusa terpesong jauh. Ya Allah, semoga aku sentiasa berada dalam lindunganMu dan Salam Rindu untuk kekasihMu Muhammad. Solallahu Alaihi Wasalam.

Isnin, 23 Januari 2012
Nenek, I miss you.
sangat lama tak update blog. means, sangat busy. masuk tahun baru, semua nak kena semangat. boss semangat, aku ikutkan je.
banyak sangat perkara jadi kebelakangan ni. awal tahun, nenek aku meninggal. satu-satunya orang tua mak ayah aku yang aku kenal, dah tak de. aku sedih. lepas ayah aku meninggal, 16 tahun sudah, ini kematian terbesar yang aku kena hadapi. aku kira aku dah cukup besar, dan matang untuk kawal perasaan, tetap aku gagal. terasa kehilangan sangat.
aku sedar, sejak bekerja ni, aku memang jarang lawat dia lama2. aku sibuk. weekend pun kena bawa keje balik. kali terakhir aku lawat dia, aku sempat belikan dia roti kopi. dia teringin katanya. dan itu jadi juadah terakhir dia.
tapi aku bersyukur pada Allah. semua urusan dipermudahkanNya. dan segala-galanya berjalan dengan sangat baik. Allah Maha Kaya.
bila aku tengok lama-lama arwah nenek aku, timbul kesedaran dalam diri, bila kita mati, terputus segala daya kita dari dunia ni. dan kita tak mampu buat apa-apa lagi, hanya mengharapkan orang yang tinggal mengurus kita dengan baik. semoga bila sampai waktu aku nanti, aku harap urusan aku pun dipermudahkan, dan diselamatkan dari fitnah. Amin.

Rabu, 28 Disember 2011
soalan tentang jodoh
seharian penat berjalan, aku cuti. demam sudah kebah. baru ada peluang mengadap kerja2 terbengkalai. nampaknya cuti tahunan aku takkan menjadi cuti. mak aku plak dok mengadap keledek rebus. hari hujan.
mak: [polan bin polan] tak contact ko dah ker?
aku: baru ni ada dia contact. tapi aku tgh bz. x sempat nak layan lama.
oh yer. "dia" tu sahabat aku. yang aku dah kenal lama sangat. gila punya lama. kiranya, kalau ada la yang namanya kawan, dia la kawan yang paling lama aku kenal. mak bapak dia suka kat aku. nak aku jadi soulmate anak dia. TAPI... bukan aku tak suka, aku suka, sebagai sahabat, tak lebih dari tu.
mak: ko ni cari-cari x jumpa, entah2 dia tu jodoh ko.
aku: klo dia, lambat lagi la.
mak: klo org lain, cepat sket la?
aku pandang dalam-dalam muka orang tua aku. mulut dia penuh mengunyah keledek. aku tak berapa faham soalan yang last tu. aku agak dia sebenarnya tengah menyindir.
salah ke jawapan aku?

Langkawi Bandaraya Pelancongan
baru balik dari Langkawi. Demam. Tapi puas. Rasa macam balik ke zaman kanak-kanak.
Masing-masing dah nak kahwin tapi sekor-sekor tak berubah. Better don't.

Growing old is compulsory; growing up is optional. -- Bob Monkhouse
Rabu, 14 Disember 2011
Cuti Hujung Tahun
jika takde aral melintang, aku bakal bercuti untuk jangka waktu yang sangat panjang hujung tahun ni. dan aku memang excited giler.
Aku ngan member2 sekolah rendah dah plan nak ke Langkawi. tiket flight + penginapan + list aktiviti pun dah complete kiranya. tapi ke Langkawi sekejap je. ada lagi baki cuti beberapa hari.
Entah kenapa. Aku terpanggil ke suatu daerah yang pernah menjadi daerah penting dalam hidup aku. Daerah yang dah lama sangat aku tak jejak. Dan mungkin telah aku lupakan.
MELAKA.
Ya. Aku rasa, aku nak bercuti kat Melaka. Memandangkan adik aku pun bercuti, maka aku ada geng nak ronda2.
Patut tak kalau aku sambut new year kat sana? Baik aku plan.
p/s: baru aku sedar, dah sangat lama aku tak bercuti.

Jumaat, 9 Disember 2011
Ombak Rindu (2011)
Apa fenomena di Malaysia sekarang ni selain PRU 13?
Ombak Rindu. suka atau tidak, ya. Ombak Rindu memang tengah hit di pawagam2 seluruh Malaysia. berjuta-juta ringgit kutipan dengar cerita.
Maka, dek kerana kemeriahan tu, aku pun amik kesempatan gi tengok cerita ni.
Oh ye, bagi yang jakun, cerita ni diangkat dari novel. Sangat famous dikalangan kaki2 novel seantero Malaysia. *aku bukan kaki novel, novel yang aku baca cuma 2. Dialog dengan Jin dan Cinta Abadi. kalau Dialog dengan Jin bukan novel, maka aku cuma baca 1 je novel sepanjang hidup aku yang hampir suku abad ni.
Aku tak tahu nak kata situasi aku ni memberi kelebihan atau tidak untuk aku layan filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin. sebab...entah. kan aku kata tak tahu.
Bagi aku, cerita ni bagus, untuk standard Malaysia. Jalan cerita yang baik. Dan lakonan yang mantap. Gila, Maya Karin kot. Mestilah mantap. aku dapat merasakan connection diantara cerita ni dengan orang-orang Melayu secara realitinya. Aku rasa, bunyi esakan dari kerusi2 belakang berjaya membuktikan hipotesis aku.
Tapi apakan daya! Walau aku cuba, sedaya upaya, sehabis daya, aku tetap tak mampu sampai hit point yang boleh bikin aku menangis. Aku dah usha kot muka Kak Maya ngan Abang Aaron tu dalam2. Fokus betul2 dialog dorang. Tetap tak mampu. banyak kali, aku TERketawa. Cuma ada la sikit2, masa Aaron menangis tu, cam nak feel gak. Tapi lepas tu, *sigh, keluar plak scene2 yang tak connect dengan scene tadi. Maka, aku tak jadi nangis.
Kecewa jugak la. Aku harap aku boleh nangis. Tapi keluar wayang, instead of feel gloomy, aku ngan housemate aku duk mocking benda2 funny kat dalam cerita tu. Ketawa terbahak-bahak.
Bagi aku, dialog ni paling funny sekali: "Dollah, tolonglah Dollah, aku tak nak Sofiah meroyan~~~"
Hmm..dah tengok? G la. Berbaloi. Bawak la tisu banyak2. In case.

Langgan:
Catatan (Atom)