Isnin, 6 Februari 2012

Rindu Rasulullah

Salam Maulidur Rasul.

Aku suka bila tv berkumandang bunyian memuji Allah. Memperingati Nabi Muhammad SAW.

Weekend yang busy. Masih bawa keje balik.

Pause urusan dunia hari ni. Oh tidak juga. sepagian menyiapkan User Manual. sambil2 buat testing, dah tu jumpa bugs, sempat juga merempan sekali dua atas katil. Tapi masuk petang, cukuplah. Aku nak bertenang. 3 minggu ni langsung aku fokus sangat2. Sampai aku rasa rabun melihat selain baris2 program yang beribu tuh.

Sempat sekejap tadi, lepas dinner, aku dengar ceramah di TV9. Sejak entah bila, karakter Muhammad SAW, menjadi perkara yang sangat menarik. Aku mengaku, aku Islam, dan dibesarkan dengan didikan agama. Tapi siapa Muhammad itu, dulu aku tidak pernah hadam melainkan tahu dia adalah nabiku. Imam, role model umat Islam. Insan terhebat. Tapi betapa hebat, aku tidak pernah faham. Mungkin sebab tu jugak, dulu aku lalai. Tidak bangga menzahirkan rasa kasih dan sayang kepadanya. Orang menyebut, aku tidak menyambut pun dengan selawat. Tidak rasa rugi.

Tapi sekarang, bila hati dah mula mengenali, merindui, berkeinginan untuk melihat, berjumpanya, timbul pulak penyesalan tentang masa silam dan kejahilan. Sedang aku nak menjadi antara mereka yang dikasihinya, iman aku terasa masih rapuh. Terasa tak layak. Terasa risau tentang sisa2 waktu yang entah esok lusa terpesong jauh. Ya Allah, semoga aku sentiasa berada dalam lindunganMu dan Salam Rindu untuk kekasihMu Muhammad. Solallahu Alaihi Wasalam.

Tiada ulasan: