Selasa, 30 Mac 2010

buat baik berpada-pada, buat jahat lu fikirlah sendiri

bak kata orang Melayu dOlu2, "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali". Peribahasa ni antara yang paling popular dan kalau disebut any part of it, senang-senang je manusia Melayu lain atau Malaysian sejati akan sambung kasi lengkap. Berbeza dengan peribahasa2 yang selalunya diutarakan oleh Karam Singh Walia, jangan kata Malaysian, Melayu sejati pon ternganga nak sambung kalau Karam Singh Walia tanya.

Berbalik pada peribahasa tadi, walaupun popular, berapa ramai sangat yang faham maksudnya. Sejak aku masuk sekolah, aku faham peribahasa ini sebagai "buat baik banyak-banyak, buat jahat jangan walaupun sekali". Aku terus faham maksud peribahasa ni sebab tak pernah ada orang kata salah. Seingat aku, soalan berkenaan peribahasa ni x pernah kuar exam UPSR,PMR or SPM.

Aku mula faham maksud sebenar peribahasa ni sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Secara literalnya, pernah sorang Chinese boy kat Yoke Kuan dulu tanya cikgu Bahasa aku apa maksud peribahasa ni dan aku terpana bila cikgu tu suruh aku bagi jawapan dan jawapan aku salah. Yer. Benda yang aku percaya selama bertahun-tahun salah. Cikgu aku kata, "buat baik biarlah beragak-agak, jangan lebih-lebih. Buat jahat tu, dah tentu2 tak boleh". Walaupun aku mula sedar makna 'bahasa' bagi peribahasa tu, aku tak berapa setuju dengan part buat baik jangan lebih-lebih tu. Al-maklumlah, pengalaman hidup cetek sangat. Dah la pergaulan pon not so-sial. Biasa la kan.

Tapi sejak jadi dewasa ni. Semuanya nampak lebih jelas. Betullah kata peribahasa Melayu tu. Buat baik ni jangan lebih-lebih. Yang aku telah hadapi ialah, kita tolong orang selalu sangat sampai orang ingat tu bukan pertolongan lagi tapi perbuatan normal. Kesannya, bila sampai satu masa kita x dapat tolong mereka, mereka fikir kita jahat. Padahal kita bukan jahat, kita cuma tak dapat jadi baik at that time. People's demand on what is called 'help' dah shifted one level up. Dan akhirnya, pertolongan yang banyak-banyak-banyak tadi tak dihargai pun. Effort dah letak, tapi orang tak sedar. Jangan kata dihargai, ni tambah di caci maki plak.

p/s: Kalau baik sangat, don't squeeze other's effort. squeeze your own. Jangan jadi macam orang yang "bagi betis nak peha" plak.

Sabtu, 6 Mac 2010

bila hari Alzheimer sedunia?

21 September.

Bukan hari ini. Jadi mengapa aku asik lupa. Lupa semua benda. Hari ini aku terlambat punch in masuk kerja. Ternoda la rekod bersih aku.

Hari ini hari yang nyaman untuk dimulakan. Hujan. At least rungutan aku tentang cuaca panas yang berjaya meruamkan badan telah terjawab. Lebatnya hujan sampai aku seram dengar bunyi bumbung rumah sendiri. Oleh kerana aku tiada kenderaan berbumbung dan tiada boyfren yang boleh dipujuk2 untuk hantar pergi kerja (well itupun kalau dia ada kenderaan berbumbung) maka aku terpaksa tunggu sahaja hujan berhenti.

Tapi nak jadi cerita, hujan betul-betul berhenti 15 minit sebelum due punch in. Yeah. Memang sempat la nak meneruskan kegemilangan rekod bersih aku.

Ok, on the mark, ready, go.

Ok, Pukul berapa ni? Aik? Terlupa pakai jam. Masuk umah balik. Pakai jam.
Keluar semula. Sweater mana? Mana aku letak? Masuk balik cari sweater.
Jam, sweater, laptop... Ok.
Keluar semula, kunci pintu. Bukak pagar. Pakai helmet. Eh?
Kunci motor mana?
Walaweh... Dalam umah. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
Bukak kunci, masuk umah. Amik kunci motor. Keluar.
Semua ada? Pause sebentar. Ada.
Start motor dan pergi kerja.

Sampai2 dah pukul 9.07. 7 minit lambat... @#$%!@#@!!!!!

Punch in. Duduk jap. Keluarkan laptop. Set up sumer2.
Penat! Haus.

Eh? Mana botol air?

Sabtu, 27 Februari 2010

maulidur rasul yang menginsafkan

tengok tak drama IHSAN kat tv3 semalam? Seriously citer tu heart-wrenching. aku tak dapat menahan diri lalu menangis semahu-mahunya.Lebih-lebih lagi aku tengok sensorang je. Insaf.

Temanya ringkas dan mungkin dah basi bagi pengikut drama Melayu. Tapi pelakon-pelakonnya betul-betul wat aku terasa citer ni boleh relate ngan ramai orang.

Citer kederhakaan terhadap ibu memang dah selalu sangat dibuat drama. Aku rasa hampir kesemua aktres setengah abad di Malaysia sudah pernah berlakon menjadi ibu yang teraniaya. Ok, kecuali Aida Rahim. Dia selalu jadi Datin jer.

Aku malas nak citer balik. Tapi moral of the story, Allah selalu ada cara untuk menyedarkan hambanya. In this case, majistret Zamri yang selalu wat sambil lewa kat mak dia. Dan akhirnya Allah pertemukan dia dengan Nordin. Seorang gila yang dulunya peguam dan telah derhaka kat mak dia. Zamri yang mengetahui latar belakang Nordin akhirnya membawanya bertemu semula dengan ibu yang diderhakai cuma untuk mengetahui bahawa ibunya telah meninggal. Nordin, dalam keazaban, akhirnya meninggal juga disebelah ibunya. Ok, scene Nordin ketakutan muntah darah tu memang real. Scene Nordin meninggal sambil terduduk tiba-tiba tu pun real. Scene orang kampung terhuyung hayang mengangkat keranda Nordin pun real. Giler. Macam tu lah rupa aku ngan mak masa cuba angkat almari dapur yang berat nak mampus tu. Menggigil. Dan last sekali. Scene mayat reput tu pun. Pergh. Aku bagi A la untuk props dan emosi pelakon.

Melihat semua tu, Zamri mestilah terkejut. Ingat nak hantar Nordin jer sekali ngan dia terlibat sama. Selesai pengkebumian, dia duduk menenangkan diri. Datang Ustaz yang mengetuai pengkebumian tadi. Zamri pun cakap la mujur dia tak pernah wat mak dia macam tu. Ustaz tu senyum sinis je cakap jangan yakin sangat. Ustaz tu suruh zamri fikir balik kot-kot dia tak sedar, sebab hati ibu memang sensitif. Si zamri ni pun fikir-fikir la balik. Terus dia teringat bini dia banyak kali sampaikan pesan mak dia suruh telefon, tapi dia tak telefon-telefon. Dia terus menangis. Drive terus g umah mak dia.

Aku pun, kadang-kadang bila mak bercakap, malas nak dengar. Sebab hari-hari dengar. Cerita ni boleh dijadikan iktibar. InsyaAllah lepas ni, perlu layan mak baik sikit dari biasa.

Ahad, 21 Februari 2010

days of restlessness, finally i let go

Sejak graduate, perkara yang paling menggembirakan tentulah mencari duit. income tetap tu dah cukup untuk buat diri rasa lega, namun side income yang boleh beranak-anak kalau rajin memang mengujakan. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku keje. Cari duit sendiri. Dan betapa excitednya dengan sedikit ilmu dan kepakaran kita boleh jana duit.

Aku mengaku aku jarang mengalami masalah kewangan. (Alhamdulillah) Mak dan abang aku memang sangat murah hati. Dan aku plak kedekut + jimat. Tapi hidup dengan wang pemberian orang lain, walau macamana kecil pun, mesti ada terasa sikit serba salah. Aku rasa tak berguna lebih-lebih lagi bila my younger sis lebih terer cari duit dari aku.

Jadi bila aku dapat peluang menjana duit, aku gelap mata sekejap. Aku terlupa tulang aku ni adalah sebahagian sistem biologi dan bukannya besi. Aku terlupa sekali sekala kena juga dimanja-manja. Bangun awal, tidur lambat. Keje 9-6 sambung 8-10 sambung wat kuih sampai larut malam. Direct selama berhari-hari. Akhirnya aku unorganize, penat, ngantuk, sakit kepala dan lebih teruk insomnia. Ya, ngantuk + insomnia = restless. Sampaikan semua yang aku wat rasa tak kena.

Hari ni mak officially berhenti keje kat kantin jadi aku juga officially berhenti wat kuih. Aku akan lebih fokus kepada apa yang sepatutnya aku letak as priority.

Wish me luck.

p/s: pad kinohimitsu yang ditampal pada kaki untuk mengembalikan keseimbangan tubuh jadi hitam, berminyak dan berlendir. Tepu dengan toksik ke badan aku?

Khamis, 18 Februari 2010

Is she's on the right path? I hope so...

since yesterday yesterday, my sis insisted to make tart. and the hunting for the ingredients began.

the choice widen to fruits, egg and cheese blueberry. Since that was the first time of our tart making experience. We had zero knowledge. I mean when you familiar with the process of making something. The recipe is just the reference not the real guidance. You add up to this and that based on your senses and of course, the memory of the failures you want to avoid.

Me myself, I never success at the first time. In anything including cooking. And successfully never break the record yet. So I was like really put my sis upfront to lead.

What I really like about my sis; she never take more than 1 minute to make decision when it not come to life and death. I guess I said that because she never really had a chance to make those kind of decisions. She really not me.

So, she holding cream cheese when I reminded her about those facts and she ended up suggesting egg tart. And bear for the consequences. OK fine. No cheese.

The tart was a huge success.

I impressed how she's doing very good and reminded her about her childhood dream of being a cook. I asked her why for God sake she did not accepted at the Teknik. If she did take Bakery course there, probably she's on the right path instead struggling with Economics and Accountings.

She said she used to be very sad. Especially when she knew someone that is not as smart and passionate and talented as her got into Teknik. What the hell they need to put her in there? But then she said something that put me into halt. and thinking.

"Alah masak senang je, x yah ajar pun xpe. Saje la Tuhan takdirkan aku amik Business. Mesti ada hikmah."
Cooking is my talent, I don't need people to teach me that. But God definitely have something bigger for me then HE makes me learn about Business Management.