Khamis, 22 September 2011

tuntas jugak otak aku ni

masa puasa tu, geng2 sekolah lama aku, semua pakat nak cari baju raya. maka kami g kat satu shopping mall yang tak berapa terkemuka. kat situ ada show sempena raya. bukan runway show. tapi ada pelawak, penyanyi dan banyak kerusi.

baju semua mahal-mahal. membantutkan semangat nak terus berjalan. sebab penat, kami duduk kat kerusi. kami layankan je pelawak buat lawak, penyanyi bernyanyi dan penonton yang ...entah tak sempat nak perhati.

tiba-tiba.

satu group budak lelaki muda mudi agak hot yang aku sangat pasti lebih muda dari kami T_T, naik atas pentas. dah la hot, confidence plak tu. selamba jer. i sukew u know. *sigh. waste! kalaulah aku ada those confidence masa kena wat IT presentation~~ and u lads, ader those confidence, i hope that was not the only thing u do for life. klo tak, what a waste!

tapi ada 1 budak ni, paling confidence of all, aku macam kenal. sangat kenal. tapi masa dia introduce nama, jangan tanyalah, haram aku tak tahu. ok tu je ceritanya. jangan tanya siapa mereka, lagu apa, sebab memang aku tak tahu. suara pun tak tahu sedap ke tak sebab kami dah blah masa dorang dok sibuk bercakap.

tadi.

aku g usha photo member aku kat fesbuk.(bukan aku usha, photo tu yg mencapap kat news feed aku). eh! asal aku cam kenal adik dia ni? ok. u know lah kan, bila kita go through events in our life that's seem unrelated, event tu disimpan dalam neuron otak kat mana2, pastu proses linkage berlaku. tak lama otak aku terus link dua events tu. satu hipotesis telah dibuat.

kepastian perlu dicari.

aku g profil budak tu and walla! aku nampak so-call-entertainment company. dan profil pic dia tgh wat runway show.

patutlah, masa atas pentas tu aku cam penah tgk. tapi aku tak leh recall pasal the last image of him, that was 10 years ago masa dia sekolah rendah.

p/s: siapa sangka aku ada eidetic memory. haha.

Selasa, 20 September 2011

hidup ni kelakar kadang-kadang

pergi pasaraya besar. tapak tangan hampir biru dengan senarai belian.
paperless kononnya.
angkut troli.
barang tu mahal, barang ni takde, barang tu ada paket besar sahaja.
ah...keluar kaunter ada 2 3 barang jer.

pergi pasaraya besar. nak beli sikit je.
amik bakul.
ok, semua dah ada.
eh, alamak. syampu dah habis, mandian pun tinggal sikit.
eh jap2. softlan botol besar ada diskaun, la sampai esok jer?
arghhh....keluar kaunter nak tercabut tangan.

kelakar kan?????!!!

Isnin, 19 September 2011

Tips untuk tahu ada dara ke tak.

satu pagi yang hening. tatkala hujan masih lebat. sms dari adik kesayangan aku masuk menerjah kotak mesej.

"Woit..weh ko bz?"

"Nape?"

"Xdpe la"

"Duit x cukup ker?"

"Dak aih. ada ag"

"Dah tu? Bosan?"

"Smlam dowg ckp pasal kalO 2mit kaki merah still de dare.. tpi 2mit aku x..aku ris0"

*aku tak balas...

"Aku sedih r. Huhu"

"Kemana dara ko?"

"Ha, mane aku taw. abis aku xbleh stdy."

"Bulls**t ah...sape ckp? doktor?"

"Kawan aku la..dowg kte dak laki tg0k c2 nk taw...huhu"

"X la..aku rasa dorg lg suka usha muka.."


p/s: aku tak pernah ada masa sembang psl benda2 camni when i was a student. kitorg sembang psl Artificial Intelligence.

Ahad, 18 September 2011

Magnum

tengok iklan ais krim magnum yang baru? magnum baru ni disaluti coklat belgium.

aku ada sejarah tentang ais krim ni.

dulu masa aku kecik, aku teringin sangat nak makan ais krim magnum. tapi sebab mahal sangat bagi seorang kanak-kanak, aku mintak kat ayah aku. sampai dia meninggal, dia tak belikan aku.

aku dah lupa tentang ais krim tu.

beberapa tahun lepas tu. rasanya bila aku dah habis sekolah. aku akhirnya beli ais krim magnum. ceit! tak sedap pun! biasa je. dah le ais krim vanilla manis tebal giler. dok gigit coklat habis bertabur jatuh. fail!

beberapa tahun lepas tu plak. semalam to be exact. aku terpengaruh dengan iklan magnum baru ni. pagi-pagi buta aku dah ke seven-E. cari magnum. aku pilih Magnum Truffle Chocolate. memang tak menghampakan!

aku teringat-ingat.

petang tu, masa makan kenduri arwah ayah member aku, aku telah berjaya mempengaruhi sorang member aku ni plak. balik tu kitorg gi seven-E. cari magnum. kali ni aku pilih Classic. masih tidak menghampakan.

tapi aku lebih prefer Truffle Chocolate. kurang manis. memuaskan.

calorie comparison ---> Classic (270 kcal) and Truffle Chocolate (200 kcal)

p/s: sorry xde gambar, takut TERpegi kali ketiga plak.

Rabu, 14 September 2011

Isnin, 12 September 2011

dunia mukabuku: dia dan dia

aku bukak fesbuk.
aku g kat kotak carian.
aku taip "z".
profile dia keluar kat list.
aku tatap sekejap.
eh.
profile dia pun keluar kat list bawah profile dia.
asal keluar profile dia ni, bukan kawan aku.

aku tekan backspace.
semua hilang.

tenang.

Katsaridaphobia

nak cerita pasal adik aku. adik aku takut lipas. bukan takut sikit2. ni takut real punya.

(aku terus ketawa terbahak2 mengingatkan memori2 nya bersama lipas)

ada beberapa insiden yang memang berjaya buat aku pecah perut atau at least mengukir senyuman paling lebar di wajah aku tatkala teringat.

1. adik aku pernah lari berbogel keluar dari bilik mandi kerana ada lipas.

2. adik aku pernah hampir2 menterbalikkan meja makan kerana ada lipas melintas depan dia ketika makan.

3. masa dia nampak lipas, energynya akan meningkat berganda-ganda. jeritannya sungguh dahsyat. dan lompatannya bisa mengalahkan atlit lompat tinggi sekolah. Jangan cerita kalau dia berlari. Ala-ala watson nyambek namun bersaiz kereta kebal. Takut tak?

4. dia kata dia ada kebolehan menghidu kehadiran lipas. walaupun dalam jarak diluar radar. pelik budak ni.

5. aku sering menggunakan "lipas" sebagai alasan jika body gesture aku kurang difahaminya. Contoh: ketika dalam crowd, dan aku nak aware dia tentang fi'il pelik seseorang, aku akan wat isyarat mata or muka or mulut (untuk tak nampak obvious tgh mengutuk), namun adik aku selalu salah tangkap maksud aku. dia biasanya akan menyoal balik "mana?" dengan muka ketakutan. aku akan cuba menyampaikan lagi mesej aku, tapi buat benda jahat ni tak boleh lama2. bila kami pulak yang macam orang pelik, sure crowd akan start stare. maka aku akan kata "kat belakang ko". maka dia akan berlari dan melompat macam kereta kebal.

6. dia tak pernah bunuh lipas depan aku.

7. aku tak pernah tangkap lipas dan cuba bagi kat dia. aku takut akibatnya.

Selasa, 6 September 2011

Post-Raya

alhamdulillah... seronok beraya. cuti pun lama. bertambah-tambah girang hari raya tahun ni.

raya tahun ni, memang sangat ala kadar. tak berabis banyak pun. konon kuih pun tak nak beli tapi alhamdulillah, rezeki, ramai orang bagi. baju raya memang vintage gila, amik baju mak masa dia muda-muda. tinggal jahit kain ngan tudung, tu pun wat sendiri. terkesima aku tengok orang dulu2 buat baju. handmade dari jahit jelujur sampai la jahit tepi. maka, dah 20 tahun masih utuh baju tu dipakai.

alhamdulillah jugak, sebab tak risau pening-pening kepala nak bagi bebudak duit raya. tahun-tahun lepas berbelah bagi hati ni, ye lah, nak bagi banyak tak mampu, nak bagi sikit, nanti kena kutuk. lepas tu, takkan tak nak bagi?

raya tahun ni jugak, aku berjaya mengatur jadual dengan baik. kiranya, dapat jalan beraya, pun dapat melayan kawan-kawan yang datang beraya. boleh siap g konvoi raya lagi. walaupun agak scarce ada yang hampir-hampir x sempat jumpa, tapi tu lah... Allah mengizinkan, syukur.

raya ke 7 baru start keje. memang puas cuti. walaupun kalau dibagi lebih, nak lagi. tapi 9 hari cuti memang membuang segala pertikaian la. cukup sangat dah tu. tak cukup, boleh sambung weekend ni.

cuma satu lah, sebelum raya aku ingat nak kuatkan diri g mintak maaf kat orang-orang tertentu. ye lah, masa Ramadhan, jiwa lain macam sikit. tapi masa dah raya tu, entah kenapa xde usaha langsung nak bermaaf-maafan. tak nak create drama kononnya. padahal diri sendiri ego. aku xmo fikir lama benda ni. tak kisah la sape start, memang orang yang betul2 kuat je yang mampu buat. dan aku tak kuat.

p/s: aku tak minum coffee dari 1st Ramadhan.