Selasa, 15 September 2009

Serabut

ye. aku betul2 serabut. sebab aku kena memilih. depan aku ni ibarat dua lorong yang gelap. setiap satu ada expectation tersendiri. tapi selebihnya memang blur.

ini tentang dunia realiti pekerjaan yang aku baru nak tempuhi. peluang tak bnyak datang bergolek depan mata. tapi adakah maknanya aku patut main sebat je. cane klo aku tersalah pilih? sakit betul. takde, langsung takde. ada plak, sekali dua tiga. dah la aku susah nak wat keputusan.

aku dah solat istikharah, tapi entah la... aku ni sebal ke hape x nmpak petunjuk. ye. walaupun pasal keje ni adalah tanggungjawab aku semata dan x berkaitan org lain, rupanya lagi sadis. maknanya kalau salah, aku tak boleh blame org lain (aku bkn org gitu sbnrnya...cuma psicology nya lebih menenangkan klo berfikiran begitu).

dua lorong itu adalah:

pertama, position tu tak directly involve apa yang aku belajar kat uni. mmg la bidang IT tapi bukan programming segala. so, kiranya melepas la angan2 aku nak wat software semua tu. then position ni sebenarnya utk diploma holder so gaji pon gaji diploma ler. contract lama bertahun2 n gaji tak bole naik. aku apply utk position one level higher sebenarnya, tp dorang tawarkan position ni. tapi dorg janji gak klo ada kekosongan utk jawatan yang aku apply tu i'll b promoted, tapi bole caya ker??? yang bestnya, tempat keje dekat ngan umah. dan gaji tu lumayan gak la klo dikira taraf hidup kat sini. then aku bole jaga mak memandangkan dia duk sorg.

kedua, job training. walaupun training ni sebenarnya untuk unemployed graduates,tapi peluang yang dorang sediakan tu cam lg lumayan. dorang kata akan letak participant kat company dalam bhgn specialization masa on-job training. kiranya lebih besar peluang utk bergelar software engineer or at least programmer. tapi there's no guarantee gak. elaun dia bagi, kurang la sikit dari keje atas tapi klo training ni boleh membuka peluang aku dlm bidang yg aku nak, dah sangat2 bagus la kan.

aku terima je keje yg pertama since aku x sure diterima lagi utk training tu. tapi, nt klo dah keje, aku terikat x bole cari keje lain dah. kontrak lama, tunggu habis aku pon dah tua. masa tu klo aku cari keje bidang IT, lawan ngan bebudak muda, sure aku dah outdated giler. macam computer gak la...arrgh...

tapi nak kata aku x suka keje yang first tu x bole gak pasal aku x start pon lagi. mana tau best. klo setakat jadi tenaga pengajar n uruskan pusat komputer, aku rasa kj dia tentula tak tension cam wat software.

dua-dua ada yang best...pon ada yang tak best...

dah macam ni, aku bole wat apa? tawakkal je le... aku anggap je la kj yang aku dapat ni akan memberi aku masa utk mempersiapkan diri biar lebih matang utk strive 4 better future...aauummm....

3 ulasan:

zhoprenia berkata...

biler start keje weh??

Nor L Hussain berkata...

1 oct... wish me luck

zhoprenia berkata...

Good luck...=) n slamat ari ry.hehe