Khamis, 17 September 2009

Pre - raya

InsyaAllah...lagi dua hari nak raya. Makanya, aku nak ucap selamat hari raya. Maaf zahir batin jikalau tersalah kata or gesture. Bukan senang nak jaga hati semua. Kan?

Petang ni aku malas nak buat apa2. Nak tgk tv hujan renyai2 diluar tu. Lagi pulak diselangi guruh. Satu ritual common famili aku - kilat x leh bukak tv. Takut aerial kena sambar dan seterusnya menjahanamkan tv. Ada experience.

Persiapan raya sangat hambar. Selalunya, sebelum2 ini, aku balik umah baru start mengemas segala, jadi semangat tu dah reserved dari uni. Tahun ini di rumah. Perasaannya biasa. Lagi pulak ipoi xde. Aku terperap buat kerja2 di dapur. Bukan memasak. Cuci pinggan dan mengelap.

Bekas kuih x kuar lagi pon dari almari. Ye la. Perlu tengok juga. Kalau berhabuk tentu kena basuh. Kuih pun x siap lagi. Mak berusaha keras memasak. Aku berusaha packing.

Ipoi esok baru bertolak balik. Hari ni ronggeng dulu di Kedah dan Penang. Cis. Buat aku jeles.

Esok tentu sibuk. Kalau x sibuk pun kena menyibukkan diri juga.

p/s: Suka gathering di rumah nenek lepas solat raya dan ziarah kubur. Rendang, kuah kacang, ketupat daun palas mak, kuah lodeh bibik yah, hati masak cili api bibik nyah, ayam masak kicap nenek dan tak lupa kek coklat lembab. Aku x sabar nak raya. tapi no duit raya. Dah besar.

Tiada ulasan: