Isnin, 27 Julai 2009

jiwa tu kat mana?

famili aku jarang guna bahasa perasaan bila bersembang... bukan maknanya kami xde hati, ader...cuma x suka dikatakan...dan x suka mendengar...

contoh macam tadi...

mak: ok buat tu?
aku: mak, aku pening la...
mak: kenapa pulak?...pening g la makan ubat...panadol ada atas meja nu...

aku: masalahnya bukan kepala yang pening...
mak: habis tu?

aku: ni...jiwa yang pening...(uwekkk)
mak: .......

aku: (tolong la gelak mak oii)
mak: jiwa tu kat mana yer liza???

aku: ntah yer mak... haha...
mak: ko ni mengada-ngada betul la...
aku: mak, aku g photostat jap yer...(padahal ahad)
mak: nak mak teman?
aku: x yah... aku ni rabun...kang dari satu jadi berdua plak...
mak: ?

masa nak blah dr umah, aku betulkan side mirror dan nmpak mak tadah tangan berdoa...aku rasa dia faham maksud dari satu jadi dua tu... mak...mak...kedai photostat tu depan nu je... lintas jalan dah sampai...

sure orang ingat kami ni x beradab pasal guna aku-ko tapi aku pernah try bahasakan diri liza macam contoh la...

aku: tadi ipoi tepon liza bgtau dia kena balik...uitm kena tutup psl h1n1...
mak: ipoi balik? bila? dia bgtau sapa?
aku: tadi dia tepon bgtau liza...
mak: liza mana??
aku: mak!... liza la... liza...(menuding jari ke arah diri sendiri)
mak: owh... aku ingat liza mana... haha... ko ni pun...

eko no money

lamanya x update blog... aku x peduli la..bukan ada yg singgah membaca pon...
hampir sebulan dirumah...oh mugkin lebih... menjadikan jiwa aku kacau...memikirkan arah tuju hidup aku selepas ini... tiba2 aku macam x tau apa yang aku nak... aku malas nak cari keje tapi aku juga x sanggup xde keje... jadi camne?

tadi kak pira dtg ngan mak dia ajak aku g KL.. ada program Train n Place... g mencuba nasib... but its so last minute aku x wat pape persediaan pon... n try utk menjayakannya dihari ahad memanglah sesuatu yg hampir mustahil... dan terus jd mustahil bila kedai photo di pekan tutup lepas maghrib... aku hantar msg kata x ikut la...document x lgkap...

bila memikirkan soal keje, aku jadi bad mood la... labih2 lagi bila mak dah hint2 psl dia nak berenti keje pas aku bekerja... terasa betapa besarnya batu yg menimpa bila dia nmpak penat sgt2 keje kat kantin sekolah tu..maunya tak...aku sendiri ingat macam mana aku dan kawan2 pecut selajunya sampai kantin bila loceng rehat berbunyi masa sekola rendah dulu... aku rasa klo aku keje kat kantin skang ni sure aku lari pecut balik umah plak bila bebudak tu rehat...

bukan aku tanak tolong mak, tapi aku x pandai... aku ni bukan berbakat sangat pon... selain baca buku, aku rasa memang x pnh wat mak sejuk perut atas sebab lain... apa je yg aku pandai...masak? tidak... meniaga? huh...aku ingat lagi aku terpacak kat gerai paman masa try tolong dia jual kuih kat bazar ramadhan dlu..aku mmg hopeless n helpless...tapi bukan aku x mencari langsung... aku nak keje satu tempat ni... sangat nak keje situ... tapi tarikh tutup permohonan pon lambat lagi... lagi lambat la dia nak panggil interview...ye...itupun klo panggil... tapi aku nak sangat2 sampai aku xde hati nak cari tempat lain la... aku kira macam ni la... biar aku x dpt baru cari tempat lain... baru tenang hati aku... ye la... cuba tempat lain padahal hati ke lain...susah gak kan?

Rabu, 8 April 2009

Siri Jelajah Penang 2














Siri Jelajah Penang 1


Aku baru habis fyp, selepas berkorban masa hampir 2 semester. Bukan la dalam tempoh tu kami tak pernah berfoya-foya. Jasad ya, roh masih di lab, buat fyp.

Jadi habis sahaja fyp, kami terus rapidly plan for payday. dan, rapidly capai concensus.

Malas nak bercerita, tengok je la.


Banyak lagi tempat kami pergi, kami sempat juga pergi ke fish spa. Gambar itu aku tak nak letak dek kerana adegan selak-menyelak rendam kaki dalam kolam ikan. Kalau mau, pergi ke blog Haida (jangan harap aku letak link). No shortcuts to the place worth going kata Beverly Sylls.

Kami juga sempat cuci mata menghirup udara laut sambil suka-suka posing di padang kota. Memang takde kerja.



Fun and filled. Tetiba Eton the driver suggest Siri Jelajah Penang 2. Lebih jauh, lebih lama.

Jumaat, 27 Februari 2009

Ini bukan susu yang basi

Aku rasa basi. Maaflah aku tak tahu apa perkataan yang paling sesuai digunakan untuk describe perasaan aku sekarang ni. Tapi kalau bahasa omputihnya mungkin aku akan guna obsolete.

Aku rasa macam kat sebuah perhentian. Yang hampir-hampir aku jadikan rumah. Aku berhenti terlalu lama. Semacam ada satu kuasa yang menghambat aku supaya terus bergerak. Tinggalkan semua yang dah berlaku. Tapi aku seolah takde daya.

Aku rasa aku dah terlupa nak appreciate banyak perkara. Aku rasa bersalah. Aku ikutkan perasaan. Tapi aku pun tak mampu nak mengubah diri. Aku, aku tak tahu macam mana.

Ahh……. Basinya……….

Rabu, 25 Februari 2009

La Tahzan Liza

Aku jarang membaca secara suka-suka. Jadi scope pembacaan aku adalah tentunya menjurus kearah academia. Novel bukan dicipta untuk aku. Begitu juga surat khabar.

Tetapi aku sangat suka menekan keyboard dan merekod.

Jadi aku suka mencatat pemikiran, pendapat dan cerita. Aku juga suka melalut. Seperti sekarang ini. Aku sebenarnya nak kata aku sedang baca sebuah buku (intro sepatutnya perenggan satu). Mengapa ya aku tertaip satu baris ayat sebagai perenggan dua dan melalut diperenggan tiga?

Sekarang perenggan empat. Buku yang aku baca sekarang ini bertajuk La Tahzan. Baru baca separuh. Itu adalah buku ketiga yang aku baca secara suka-suka sepanjang 22 tahun aku hidup. Buku pertama adalah ketika aku darjah tiga berjudul Dialog dengan Jin yang aku pinjam dari Azwa; yang kedua ketika aku form 3 berjudul Cinta Abadi, aku pinjam dari Ayie. Sekarang buku ketiga aku baca ketika aku di tahun tiga pengajian university, aku pinjam dari Atun. Bagus. Kebetulan aku berjodoh dengan nombor tiga. Dan pemilik yang namanya bermula dari huruf A.
Buku itu (La Tahzan) walau menarik aku untuk terus membaca, sempat meletakkan aku dalam denial state. Baru aku perasan, aku ni suka pandang belakang. Tak seram. Aku suka usha balik kenangan lama. Membuat overall evaluation and come out dengan perasaan overwhelming yang kadang-kadang agak keterlaluan.

Jika aku compare diri aku dulu dan sekarang, aku memang sangat-sangat berbeza. Dulu itu mungkin sepuluh tahun kebelakang. Aku berubah banyak sisi. Dulu aku fikir perkara yang paling menggembirakan adalah jadi yang terbaik. Jadi dulu aku perfectionist, bossy, well-planned dan asyik berfikir.

Pengalaman, kepayahan, kehidupan dan ketakutan buat aku banyak menangis dan belajar. Aku hari ini, jauh benar dengan aku sepuluh tahun dulu. Aku tak kisah lagi kalau bilik tak bersapu seminggu pun asal aku masih boleh baring atas lantai dan tidur macam haram. Tak kisah pun kalau orang tak setuju dengan aku dan masih boleh senyum lebar-lebar percaya diri sendiri. Aku tak kisah mintak maaf dan buat muka seposen. Aku tak kisah buat presentation tanpa preparation. And I just speak out when I want to. Aku mungkin hilang banyak dari sisi disiplin. Tapi nyata aku lagi bahagia.

Aku rasa aku masih akan gembira kalau aku tak kerja bidang professional dan hanya kerja biasa-biasa. Tapi aku pun belajar yang kehidupan ni bukan tertakluk pada kebolehan yang kita ada, tapi lebih kepada pilihan yang kita buat. Aku pilih untuk menyumbang pada orang lain dengan IT dan keep fun things for myself. Chanteq!!!

Tengok. Aku sebenarnya nak citer pasal buku tadi. Maap…

Rabu, 4 Februari 2009

Kilanan bersahaja

Aku dalam kelas web engineering petang semalam. Sangat petang. Lepas waktu pejabat.

Lecturer aku sangat bagus. Aku yakin. Dia bekas pengurus sebuah IT department sebuah company yang kalau aku sebut tentu ramai yang tahu (dirahsiakan). Usianya lingkungan 40-an. Lulusan university di USA. Perempuan.

Aku macam budak lain. Petang-petang ada kelas belajar teori tentu mengantuk. Tapi aku belum pernah tidur lagi.

Dia mengajar itu dan ini, aku buat muka faham je. Kalau dia bertanya jawab ramai-ramai. Angguk, geleng, ketawa, senyum. Layan je dia. Tak perlu la nak tension pun. Memang tak tension pun. American style. Walaupun apa yang diajar tu sekadar difahami sampai level “sampai mana dia dah ajar dan balik perlu revise” kami interactively support dan bagi dual communication gak la.

Dia tengok kami boring,(atau dia sendiri dah boring) dia bagi banyak example so kami boleh faham.

Aku tertarik ngan satu example ni:

Pasal satu kilang latex glove ni. Medical practitioners masa tu demand bnyak glove. Kilang ni kiranya established and expert dalam pembuatan glove la. But entah camne mesin nak wat glove tu lambat sampai so dia tak leh buat glove bntak-bnyak as demand. Then bila mesin sampai, market already saturated ngan glove dari kilang lain.

Lecturer pandang kami macam sorang ibu yang caring. Mesejnya:

When there is an opportunity, just grab it. Don’t be late. Don't let it go. Because once you let it, that opportunity might not come again, or when it come, it is not the time anymore.

Aku terpana. Berapa banyak peluang aku dah buang?