Jumaat, 27 Februari 2009

Ini bukan susu yang basi

Aku rasa basi. Maaflah aku tak tahu apa perkataan yang paling sesuai digunakan untuk describe perasaan aku sekarang ni. Tapi kalau bahasa omputihnya mungkin aku akan guna obsolete.

Aku rasa macam kat sebuah perhentian. Yang hampir-hampir aku jadikan rumah. Aku berhenti terlalu lama. Semacam ada satu kuasa yang menghambat aku supaya terus bergerak. Tinggalkan semua yang dah berlaku. Tapi aku seolah takde daya.

Aku rasa aku dah terlupa nak appreciate banyak perkara. Aku rasa bersalah. Aku ikutkan perasaan. Tapi aku pun tak mampu nak mengubah diri. Aku, aku tak tahu macam mana.

Ahh……. Basinya……….

Tiada ulasan: