Ahad, 27 September 2009

A'ah Ada. Cane ni?

Kalau kita duk jauh dari umah, bila kita nak balik tempat tuh, lazimnya kita tertinggal barang. Tapi sis aku memang bengong tahap apa aku x tau, dia g bawa barang dari umah plak balik ke uni. Aku betul2 x kisah kalau dia bawa balik balang kuih raya or underwear aku, tapi ni dia bawak balik kunci motor aku satu-satunya. WTF. Kunci pendua plak dah lama hilang. Dia gak yang hilangkan. Bercerita pasal hilang. Dia memang paling terer hilangkan barang. Kamera, handset, kunci rumah, kunci grill, ic dah dua tiga kali, duit. Beberapa hari sebelum raya dia hilangkan dompet which means ic, licence, atm card, sim card spare, kad sspn etc all in once terus lesap. Dia balik ke kampung as pendatang. Owh tak, dia balik dengan copy of police report. Dan tentunya dengan duit pinjaman hasil simpati aku. Aku ingat serik la, sekali lagi dia menguji tahap kesabaran aku bila road tax motor aku pun berjaya dihilangkan. Dan klimaks ketereran dia adalah bila mak aku nak ke pasar pagi tadi dan cari kunci xde. Aku recall2 dia yang guna motor last. Aku sms dia as dia kat umah abang nak balik arau dah suh check mana tau dia terambil. Masa aku sms tu pun aku dah rasa diri cukup bengong of "takkanlah...". Tapi rupanya aku x la berapa bengong bila dia bgtau kunci tu memang ada kat dia.

Aku x percaya hal bomoh2. Tapi mak kata sekali lagi dia balik cuti memang mak nak bawa dia g mandi. Sis aku rasanya x perlu mandi, campak je depan parit busuk depan taman tu. Serik kot.

Rabu, 23 September 2009

Konvoi Raya b9




Semalam seharian beraya. Dengan kawan-kawan sekolah rendah. Ya Allah, kami memang rapat. Pasal sekinchan kecik je. Lagipun, enam tahun memang lama kan?

Bukan semua ikut serta, tahun2 lepas pun aku x ikut. Tapi most of orang2 yang aku rapat ada bersama. Rapat tu boleh jadi kawan untuk dengar masalah dan kawan yang tukang bagi masalah. Satu benda yang aku perasan, persamaan budak sekolah rendah dengan pemuda pemudi sebaya kami ni adalah, kami tak fikir banyak nak berkomunikasi, mengejek, bergosip etc. Ingat zaman sekolah menengah dah awal2 pendidikan tinggi. Komunikasi boleh jadi sukar. Poyo betul. Semua perasan bagus termasuklah aku. =p

Ini gambar2 yang sempat ditangkap. Sikit je pasal aku malas. Suruh Ana memanjang.









Khamis, 17 September 2009

Pre - raya

InsyaAllah...lagi dua hari nak raya. Makanya, aku nak ucap selamat hari raya. Maaf zahir batin jikalau tersalah kata or gesture. Bukan senang nak jaga hati semua. Kan?

Petang ni aku malas nak buat apa2. Nak tgk tv hujan renyai2 diluar tu. Lagi pulak diselangi guruh. Satu ritual common famili aku - kilat x leh bukak tv. Takut aerial kena sambar dan seterusnya menjahanamkan tv. Ada experience.

Persiapan raya sangat hambar. Selalunya, sebelum2 ini, aku balik umah baru start mengemas segala, jadi semangat tu dah reserved dari uni. Tahun ini di rumah. Perasaannya biasa. Lagi pulak ipoi xde. Aku terperap buat kerja2 di dapur. Bukan memasak. Cuci pinggan dan mengelap.

Bekas kuih x kuar lagi pon dari almari. Ye la. Perlu tengok juga. Kalau berhabuk tentu kena basuh. Kuih pun x siap lagi. Mak berusaha keras memasak. Aku berusaha packing.

Ipoi esok baru bertolak balik. Hari ni ronggeng dulu di Kedah dan Penang. Cis. Buat aku jeles.

Esok tentu sibuk. Kalau x sibuk pun kena menyibukkan diri juga.

p/s: Suka gathering di rumah nenek lepas solat raya dan ziarah kubur. Rendang, kuah kacang, ketupat daun palas mak, kuah lodeh bibik yah, hati masak cili api bibik nyah, ayam masak kicap nenek dan tak lupa kek coklat lembab. Aku x sabar nak raya. tapi no duit raya. Dah besar.

Rabu, 16 September 2009

Mimpi

Aku mimpi Acha malam tadi.

Aku mimpi aku cintakan dia. Tak tipu.

Aku rasa bodoh la. Dan sekarang aku rasa macam nak muntah. Kenapa boleh mimpi benda bukan-bukan? Mungkin emosi aku x stabil sekarang ni.

Selasa, 15 September 2009

Serabut

ye. aku betul2 serabut. sebab aku kena memilih. depan aku ni ibarat dua lorong yang gelap. setiap satu ada expectation tersendiri. tapi selebihnya memang blur.

ini tentang dunia realiti pekerjaan yang aku baru nak tempuhi. peluang tak bnyak datang bergolek depan mata. tapi adakah maknanya aku patut main sebat je. cane klo aku tersalah pilih? sakit betul. takde, langsung takde. ada plak, sekali dua tiga. dah la aku susah nak wat keputusan.

aku dah solat istikharah, tapi entah la... aku ni sebal ke hape x nmpak petunjuk. ye. walaupun pasal keje ni adalah tanggungjawab aku semata dan x berkaitan org lain, rupanya lagi sadis. maknanya kalau salah, aku tak boleh blame org lain (aku bkn org gitu sbnrnya...cuma psicology nya lebih menenangkan klo berfikiran begitu).

dua lorong itu adalah:

pertama, position tu tak directly involve apa yang aku belajar kat uni. mmg la bidang IT tapi bukan programming segala. so, kiranya melepas la angan2 aku nak wat software semua tu. then position ni sebenarnya utk diploma holder so gaji pon gaji diploma ler. contract lama bertahun2 n gaji tak bole naik. aku apply utk position one level higher sebenarnya, tp dorang tawarkan position ni. tapi dorg janji gak klo ada kekosongan utk jawatan yang aku apply tu i'll b promoted, tapi bole caya ker??? yang bestnya, tempat keje dekat ngan umah. dan gaji tu lumayan gak la klo dikira taraf hidup kat sini. then aku bole jaga mak memandangkan dia duk sorg.

kedua, job training. walaupun training ni sebenarnya untuk unemployed graduates,tapi peluang yang dorang sediakan tu cam lg lumayan. dorang kata akan letak participant kat company dalam bhgn specialization masa on-job training. kiranya lebih besar peluang utk bergelar software engineer or at least programmer. tapi there's no guarantee gak. elaun dia bagi, kurang la sikit dari keje atas tapi klo training ni boleh membuka peluang aku dlm bidang yg aku nak, dah sangat2 bagus la kan.

aku terima je keje yg pertama since aku x sure diterima lagi utk training tu. tapi, nt klo dah keje, aku terikat x bole cari keje lain dah. kontrak lama, tunggu habis aku pon dah tua. masa tu klo aku cari keje bidang IT, lawan ngan bebudak muda, sure aku dah outdated giler. macam computer gak la...arrgh...

tapi nak kata aku x suka keje yang first tu x bole gak pasal aku x start pon lagi. mana tau best. klo setakat jadi tenaga pengajar n uruskan pusat komputer, aku rasa kj dia tentula tak tension cam wat software.

dua-dua ada yang best...pon ada yang tak best...

dah macam ni, aku bole wat apa? tawakkal je le... aku anggap je la kj yang aku dapat ni akan memberi aku masa utk mempersiapkan diri biar lebih matang utk strive 4 better future...aauummm....

Sabtu, 22 Ogos 2009

first day puasa

selamat berpuasa semua...

aku baru bangun tidur selepas mengqada waktu sahur tadi. hujan. lebat. aku x g mandi terus bukak laptop. takpe, kesegaran colgate tadi masih ada. lagipon xde sape nak diajak berbual. kesunyian. eceh.

puasa kali ni bosan la. aku kat umah. mak pulak kena paksa paman sam tolong dia buat kuih untuk jual kat bazar. ipoi kat uitm. aku sorg2 kat umah. kawan2 xde. isk, x baik aku merungut waktu2 puasa ni.

sebenarnya aku suka puasa kat uni. ngan atun. rindula. walaupon aku selalu malas bila dia ajak g terawih =P .

alamak, mak balik?

Rabu, 19 Ogos 2009

cerita konvo

aku baru konvo last week. hari ni genap seminggu. sibuk pilih2 gambar nak upload kat facebook. aku terlupa nak update blog. makanya ramai kawan2 yg tentunya bukan USM dapat tau aku konvo dari update facebook. bagus gak pasal facebook mmg ruang sosial virtual aku. haha. terima kasih yg ucapkan tahniah. aku x sempat reply semua. yang belum konvo tapi bakal2 tuh, selamat gak...

hari konvo, manusia jangan cerita ramainya. dah la h1n1. apa punya peraturan semua ada. masuk DTSP trace suhu, kena sanitize tangan. terus aku takut nak sentuh mana2 bahagian diri sendiri akibat bau sanitizer yang macam bau hospital tuh. pihak USM mmg x halang mana2 individu yg sakit atau batuk atau selsema dari memasuki DTSP (ini kan hari penting semua orang), tp sape yg ada semua tu bakal ditag dengan tag2 tertentu menandakan mereka tidak selamat didekati. haih. kalau ada batuk mau tercungap tahan batuk kan. ye la, kalau batuk, orang kiri kanan sure takut.

Masa naik pentas, aku overexcited la. Senyum tak lekang. Dapat dibayangkan muka kuar kat skrin besar dgn nama printed at bottom. Might be once in a lifetime moment. Sebab aku x terfikir nk smbung belajar lg.At least skang ni.

keluar dr DTSP aku da pening. aku x suka crowd seyh. nasib jumpa abg ngan kak ina. tak makan dr pagi ingat nak la turun COnVex g melahap, sekali tgk warna warni manusia yang x terbilang ramainya, aku decide nk bawak famili kuar dr USM g makan luar. Snap dua tiga pics ala kadar, then terus g kereta tanggal jubah n topi.

Lokasi? Mula2 nak makan area Gelugor tp kedai mana?, nak g Padang Kota, but then cam jauh la plak. Last2 Hammer Bay je la. Dekat sikit. Sedap pon sedap.

Esoknya aku dpt phone suh g temuduga. Temuduga tu semalam. Ok la, tp aku macam yakin aku x dapat. X kisah la. I've tried my best.

Beberapa hari lagi dah nak puasa. Jadi aku nak amik kesempatan ni, kepada sesapa yang baca blog aku dan deal ngan aku hari-hari or used to deal ngan aku before2 ni, n find me annoying, aku nak mintak maaf utk semua salah silap yg x sengaja (pasal aku tak pernah sengaja sakitkan hati orang seingat aku)haha...(skang sure korg dpt rasa betapa annoying nya aku)...da...