Ahad, 10 Ogos 2014

I am depressed

Mak aku kadang-kadang memang menguji kesabaran aku. Aku ni dah la tak berapa nak sabar.

TAPI dia seorang mak. Apalah yang mampu aku buat.

Mak aku sekarang ni memang macam-macam. Macam-macam yang pelik-pelik. Sampai aku FED-UP.

Sejak dia balik umrah awal tahun ni, dia dah tak berapa sihat. Kesan dia lalai makan ubat masa kat sana. Balik sini dia kurus gila, HBP tinggi, kencing manis pun menjadi-jadi. Maka check-up sana, check-up sini. Ubat menimbun-nimbun, supplement, yang makanan kesihatan berasaskan Islam la.. kampung lah... susu itu, susu ini.. semua la, usaha kami adik-beradik nak pulihkan dia. Abang aku habis beribu kot.

Dia sihat sikit. Tapi... dia makin suka merungut. Kepala sakit, kaki sakit, badan sakit, semua-semua la sakit. Senang kata, kalau aku depan mata dia, memang aku kena urut kaki, tangan, badan. Kalau tak pun, ada je benda dia suruh aku buat, potong kuku, garu belakang, ambilkan kerepek, buatkan teh. dah buatkan teh, panas sangat, suh letak ais. OMG! Istighfar aku banyak-banyak. Tu benda kecik2.

Dia kejutkan aku pagi-pagi buta kata panas badan, nak pitam suh urut, kadang-kadang suh gosok badan dia nak mandi. Pagi-pagi buta. Aku buat. Takpe, asalkan dia selesa. Aku selalu tenangkan hati fikir apalah sangat dibandingkan penat lelah dia membesarkan aku.

Tapi, bila dia suruh aku masak itu ini, or pergi bawak makan mana2 lepas tu dia end up kata makanan tu tak sedap la, pahit la, masin la, siap buat muka menyampah, siap campak sudu, aku memang nak menangis la. Lepas tu dia mengadu perut masuk angin, gastrik, dan end up suruh beli or masak benda lain. Ya Allah, ISTIGHFAR aku kadang-kadang dah bercampur dengan kemarahan.

Kakak ipar aku sebaik-baiknya manusia. Layan mak aku memang tiptop. Urut segala bagai. Tiap-tiap kali dia balik, dia akan pujuk mak duduk ngan dia. Tapi mak tak nak. Dia kata tak selesa la, dia dah biasa kat rumah sini la. Makcik-makcik aku pun pujuk dia duduk ngan diorang. Sebab mak aku paling tua. Diorang boleh tolong tengokkan. Again, mak tak nak. Dia tak selesa. Masalahnya, dia selesa ngan aku. Dia nak duduk ngan aku. Tapi aku tak mampu. Aku menyewa bilik kat bandar tu,  satu rumah kongsi ramai2. Aku mana mampu nak sewa sebijik rumah. Waaaaa....

Takkan dia nak suruh aku resign, balik kampung jaga dia. Buat apa selama dari darjah 1 sampai aku dapat ijazah, dia control aku supaya belajar tinggi2 dapat kerja elok2. Kerja elok2, aku busy takde masa nak bagi dia.

Jadi mak aku duduk sorang-sorang kat rumah kat kampung. Mengharapkan jiran-jiran tengokkan dia. Aku balik tiap2 minggu. Tapi balik tiap2 minggu aku tension. Aku kerja Isnin - Jumaat tu, memang busy. Weekend je la waktu aku nak rehat, or nak keluar tengok dunia. Aku memang tak dapat la nak jalan2 semua tu. Takpe, aku bukan suka sangat keluar2. Tapi kat rumah aku penat. Bukan penat sebab mak suruh buat kerja, tapi penat sebab buat apa pun semua tak kena.

T_T

Mujurlah aku ni Islam. Takut nak bunuh diri.


Tiada ulasan: