Seronok tengok kawan-kawan travel. Ada yang pergi korea, indonesia, atau sekadar sabah. Seronoknya. Seronok tengok tempat orang, budaya orang. Ambik angin baru. cuba aktiviti baru. Sambil2 tengok apa kemajuan yang ada kat negara orang. Lagi sekali, seronoknya.
Tapi aku tengah gigih mengumpul duit, pengetahuan dan segala material nak beli rumah baru. Rumah kat bandar ni mahal ya amat. Mahal tu satu hal, strategik tu hal yang lain plak. Salah beli nanti aku takut menyusahkan diri plak. Sabar je lah.
Harapan nak menggantikan cikabom pun terpaksa ditunda. Padahal motivasi berhenti kerja sebelum ni antaranya adalah sebab nak cari income lebih sikit so bolehlah tangkap Vios seketul. Tapi... rasa macam tak perlu pulak. Rumah lagi perlu.
Harap2 life bertambah baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan