Aku rasa aku macam akan membujang sampai bila-bila. Selalu sangat bila kesedaran tu berbangkit akibat soalan2 cepumas orang sekeliling aku, aku agak yakin yang aku takkan kahwin like..... forever.
Mintak maaf emo sikit bulan raya ni. Almaklumlah. Ramai orang yang jauh dan dekat yang bertandang ke rumah. Soalan favourite makcik2 dan pakcik2 terhadap wanita muda berkerjaya seperti aku. Kadang2 aku buat2 tertumpahkan air, or terjatuhkan kuih, or saje gelak2 comel. Konon nak membuktikan yang aku tak matang lagi nak kahwin. Maka aku juga selalunya akan mintak izin nak masuk dalam bilik layan kartun. Lakonan semata.
Aku tak sedih sebenarnya. Cuma bengang sikit orang push2.
Hari2 aku tak dapat lari dari TERfikir jugak benda tu. Tapi masalahnya aku ni susah saaaaangat nak suka orang. Dan lagi masalah bila orang pun susah saaaaaangat nak suka aku.
Ada orang tanya aku kenapa memilih sangat. Sebab ada jugak yang kenalkan aku ngan lelaki. Tapi macam yang aku cakap. Aku ni payah.
Nak kata sunyi, sometimes sunyi jugak. Tapi kalau menyesal sebab lepaskan beberapa peluang mendirikan rumahtangga, yang tu aku tak menyesal. Aku yakin diorang bukan jodoh aku. Walaupun diorang baik. Aku percaya Allah beri perasaan tu bersebab. Dah aku tak boleh, tak berani aku nak paksa. Aku perempuan. Aku takut.
Perkahwinan bagi aku keramat. Aku nak kahwin dengan lelaki yang akan aku cinta, hormat dan muliakan. Dia tak semestinya kena hebat dari segala segi. Cukuplah kalau dia cukup matang dan rasional dalam dunia fana yang kadang2 mendesak kita untuk jadi gila. Lelaki yang prinsip hidupnya atas nama kebenaran, walaupun mungkin tersilap langkah kerana kejahilan. Lelaki yang akan menerima aku seadanya, suka segala kelemahan dan ketidaksempurnaan aku. Lelaki yang melihat cinta lebih dari fizikaliti semata-mata.
Lelaki yang akan Allah bukakan hati aku untuknya.
Aku bukan memilih. Aku cuma melihat jauh kedalam kehidupan lelaki tu dan meneliti perkara-perkara kecil yang akan kekal walaupun bila lelaki tu jatuh miskin, kerepot, atau kena sakit berbahaya.
Aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Aku tahu hidup tak mudah. Aku tak pernah fikir kemewahan, kecantikan atau kebaikan dunia ni adalah hak kehidupan aku.
Hanya kerana aku meletakkan bahagia dalam definisi yang berbeza, diorang tak faham.
Diorang suruh aku cuba. Cuba kahwin? Diorang gila ke apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan