Jumaat, 15 Februari 2013

Pesanan buat Ibu dan Bapa Muda

Kenapa ibu dan bapa muda? Sebab pesanan ni cam tak relevan untuk ibu bapa tua. Amekaw!

Aku perasan lama dah, tapi baru sekarang ni terkesan ngan situasi ni: anak-anak kecil seawal usia setahun jagung bermain gadget yang hebat2. Ipad la. Iphone la. Note, Galaxy, Universe, Mars even Pluto sekalipun. Ya, memang aku jeles, tapi itu bukan sebab utama aku terkesan dengan fenomena ini. Walaupun terkilan sikit sebab umur dah lebih suku abad tapi belum mampu memiliki mana2 telefon bijak.Takpe2.

My concern is, apa yang gadget2 ni ajar anak-anak ibu bapa muda ni. Sekarang korang akan fikir yang budak2 ni akan membesar dependent dengan teknologi2 ni sampai tak pandai berdikari. Betul! Lepas tu kekurangan ilmu pemikiran kreatif dan kritis sebab semua benda dah disenangkan. Manual tu satu teknologi asing kata mereka. Betul! Mereka tak pandai bersosial. Sebab asik mengadap gadget2 je. Yang part ni memang aku paling bengang sekali. Secara general. Bila hang out ngan member2 bertelefon bijak, tengah makan terutamanya, asik dok main telefon bijak. WT..? Baik aku dok umah makan megi tgk tv. Buat apa ajak aku kuar???? Or buat apa kuar bila aku ajak???? Grrrr.. menambahkan kejelesan aku jerrr...

Berbalik pada anak-anak ibu bapa muda. Concern aku yang paling utama adalah. Semua games dan app yang ada dalam tu: biasanya diciptakan dengan button atau function RESET. Sekarang korang nampak x bahayanya. Membiarkan anak-anak memanipulasi function ni dalam akal dorang setahun jagung adalah sangat bahaya tau x. Kenapa? Sebab sedar atau tak, dorang diajar, yang bila buat silap, takpe, reset, feel good, try lagi, salah lagi?, reset balik dan seterusnya. Budak2 kecik ni, mana2 perasaan feel good kat dorg akan tinggalkan kesan mendalam dalam diri dorang. Aku tau lah. pasal aku pernah kecik gak.

Amik analogi aku, dulu bapak aku ajar aku, apa2 pun tak leh bohong, even masa kecik mulut aku mak ai laser celupar nak mampus, demi prinsip kebenaran yang mak ayah aku pegang, orang mengata aku, mengata dorg x pandai ajar anak, dorang telan jer. Makanya, aku membesar dengan feel good saying the truth or showing shit face to the untruth. Jadi bila aku besar, bila aku tak boleh menipu, or kena pretend muka angel to the untruth, aku kena panic attack! Aku seboleh-boleh nak escape situasi tu untuk membenarkan feel good take place balik dalam life aku.

Jadi klo budak2 anak2 ibu bapa muda dah besar, lepas tu kekurangan ilmu berfikir kreatif dan kritis, selalu lah dorang wat silap, pastu camne nak reset life dorang balik. Yang tu aku tak tahu. Panic Attack la kot.Tapi dari setiap kesalahan yang dorang dah buat, kesannya?

Hidup ni bukan Try and Error and Reset yer. Maka lepas ni x yah bagi gadget tu semua. Bagi colouring book, sambung dot-dot book, menjana minda mereka. Sebab mereka kena fikir sebelum buat, sebab setiap kali salah, walau dah padam, tetap ada kesan. Itu pengajaran.

Lagipun di masa hadapan, mungkin bila manusia dah tak pandai mengaler dan melukis, sebab kecik2 melukis pakai gadget, anak2 korang boleh wat banyak duit dengan wat2 artwork handmade. wahaha...

Tiada ulasan: