Selasa, 19 Februari 2013

Kerja Gila

aku berfikir banyak kali sebelum menaip post ni. patutkah aku abadikan coretan kisah aku ni kat sini? camne klo ada member2 yang kenal aku baca? camne klo dorang fikir aku gila? tapi klo aku x tulis, ni peristiwa besar. ini pengajaran. pengalaman berharga yang aku perlu ingat sampai bila-bila. patutkah?

eh!sukati aku la nak tulis apa pun. bila hidup aku dah ok nanti, aku nak baca balik dan lihat apa yang aku lalui.

well~~ aku harap life aku akan ok.

ceritanya, aku tewas dengan kerja baru. atas sebab-sebab childish yang panjang lebar, aku berhenti. aku berhenti tanpa ada backup kerja lain. dan selepas diberikan kebenaran notis 24 jam, aku secara rasminya adalah seorang penganggur. dan aku langsung tak bangga dengan title tu. aku sendiri macam tak percaya apa sebabnya aku senekad itu untuk berhenti begini. belum pun sebulan. dan aku dah tak tahan.

entah apa yang silap. untuk pertama kalinya, aku bekerja di company yang ada nama. walaupun tak sebesar mana, bisnes mereka bukan calang2. ini kerja serius punya. pengalaman disana memungkinkan aku berpotensi besar mengejar career path yang lebih baik nanti.

TAPI, hati aku. macam ada yang tak kena. aku sebenarnya berkali-kali psiko diri sendiri. aku fikir, mungkin perubahan terlalu mendadak dibandingkan company lama. mungkin. tapi lebih dari tu, aku rasa semuanya serba tak kena. semuanya semacam sabotaj aku. even fizikal aku sekali pun. semangat untuk memulihkan kerjaya selepas apa yang terjadi kat company lama (6 bulan tak bergaji), walaupun membuak-buak, kalah dengan bermacam2 sakit itu dan ini. dan lebih dari itu, hati aku betul2 tak tenang.

sampai satu masa, aku terjaga malam buta, amik wuduk, solat taubat dan menangis semahu-mahunya memikirkan dugaan apa pula kali ini. adakah Allah sedang menghukum aku atas dosa-dosa aku. Aku betul2 bingung. Pernahkah aku tanpa disedari, telah meninggi diri, memperkecilkan orang lain atau ada perkara-perkara dosa yang aku lakukan terlalu hina dimataNya, aku betul2 takut. Aku takut sebab aku tak rasa ada sesiapa yang akan faham keadaan aku. Dan keputusan untuk berhenti akan menyelar perasaan ramai orang, terutamanya ibu aku.

Siapa yang akan faham? Bagi orang lain, masih terlalu awal untuk aku buat keputusan. Aku belum cuba sehabis baik. Ya, aku mengaku. Tapi setiap minit disana macam bertahun-tahun, dan setiap hari aku cuma berfikir tentang BERHENTI KERJA. Dan situasi ditempat kerja yang elok-elok sahaja, atas alasan apa aku nak berhenti. tapi aku betul2 takde motivasi. dan betul2 nak keluar dari sana secepat mungkin. Aku tak pernah rasa macam ni. Aku bukan anak manja. Aku tahu aku kena kerja kuat untuk dapatkan kesenangan. Tapi kali ni, aku tak mampu.

18 Feb, lepas 18 hari kerja, aku nekad jumpa Boss yang hire aku.

Aku fikir inilah masa yang terbaik, even aku dah discuss ngan sorg lagi admin yg kamceng sket, dia suh aku tunggu lepas sebulan, lepas payday. Tapi aku fikir, aku dah tak nak stay, tak patut kalau aku terus drag dan wasting company's time.  Dia suh aku g team building dulu. Lagilah tak patut. G team building main2 ngan dorang semua, lepas tu nak blah? Dan yang paling penting, sebelum dorang assign aku ngan apa2 job,aku rasa patut aku blah. Nasib baik gak la kerja previous yang dorang assign aku dah tersiapkan awal. Dan review pun agak bagus, so tak lah rasa cam aku nak blah sebab kerja. Sebenarnya kerja kat situ menarik jugak. Tak la lari jauh ngan kerja aku dulu, cuma intipatinya la beza sket.

Kebetulan, dalam banyak2 hari, cuma hari tulah boss aku ada, lain2 masa dia travel. Macam dah ditetapkan, aku jumpa dia privately dan cakap aku nak blah. Dia terkejut of course. Sebab dia ingat aku takde masalah. Memang aku takde masalah kat ofis. Entah apa masalah aku. Bincang punya bincang, aku cakap aku ada unresolvable personal issues. Juta2 kali aku say sorry. Dia marah. Dia hasut aku takkan dapat better job kat luar. Tapi aku nekad jugak. Offer yang dorang bagi, memang yang terbaik aku pernah dapat, tapi "better" tu Allah yang Maha Tahu. Takpelah. Aku berserah. Last2 dia kata aku wasting dorang punya masa. Memang betul pun. Aku mengaku.

Aku rasa bersalah gila. Rasa macam penipu pun ada. Dan klo ingat balik betapa aku try impress dorang to get hired, lagilah aku rasa cam nak gila, tapi entah kenapa aku boleh buat muka diplomatik gila. Professional la konon. Aku tak pernah fikir nak amik kesempatan, aku cuma rasa aku tak fit ngan tempat kerja baru ni. So, even dah kena marah, aku face je boss aku macam takde pape. Bila difikir2, menakutkan gak aku ni. Dah macam ahli politik. Aku ikut masuk meeting semua. Last2, boss aku cool down la. Dia profesional gak. Lepas dapat review dari teammate and project progress, dia panggil aku dan bincang camne aku ngan company boleh dapat win-win situation. Masa tu, worst come to worst, aku dah nak lepaskan je salary aku yang 18 hari tu, ye lah, investment company gagal. Rugilah dorang. Tapi, boss aku kata dorang akan bayar, sebab aku sempat siapkan kerja gak kan. Aku zip mulut aku tak cakap pape pasal gaji lah. aku iyakan je. Memikirkan aku penganggur lepas ni, aku mungkin perlukan duit tu later on.

Akhirnya, aku blah setelah brief goodbye kat semua orang. Paling aku bersalah, kat teammate yang dah susah payah train aku. Boss okay. Wish Good Luck. Entah ikhlas atau menyindir. Aku tak peduli.

Demi Allah. Aku sengsara. Dan Dia Maha Mengetahui. Kena berlakon depan famili macam takde apa-apa berlaku. Semoga tak lama.Tolonglah doakan yang baik2 untuk aku.


Jumaat, 15 Februari 2013

Pesanan buat Ibu dan Bapa Muda

Kenapa ibu dan bapa muda? Sebab pesanan ni cam tak relevan untuk ibu bapa tua. Amekaw!

Aku perasan lama dah, tapi baru sekarang ni terkesan ngan situasi ni: anak-anak kecil seawal usia setahun jagung bermain gadget yang hebat2. Ipad la. Iphone la. Note, Galaxy, Universe, Mars even Pluto sekalipun. Ya, memang aku jeles, tapi itu bukan sebab utama aku terkesan dengan fenomena ini. Walaupun terkilan sikit sebab umur dah lebih suku abad tapi belum mampu memiliki mana2 telefon bijak.Takpe2.

My concern is, apa yang gadget2 ni ajar anak-anak ibu bapa muda ni. Sekarang korang akan fikir yang budak2 ni akan membesar dependent dengan teknologi2 ni sampai tak pandai berdikari. Betul! Lepas tu kekurangan ilmu pemikiran kreatif dan kritis sebab semua benda dah disenangkan. Manual tu satu teknologi asing kata mereka. Betul! Mereka tak pandai bersosial. Sebab asik mengadap gadget2 je. Yang part ni memang aku paling bengang sekali. Secara general. Bila hang out ngan member2 bertelefon bijak, tengah makan terutamanya, asik dok main telefon bijak. WT..? Baik aku dok umah makan megi tgk tv. Buat apa ajak aku kuar???? Or buat apa kuar bila aku ajak???? Grrrr.. menambahkan kejelesan aku jerrr...

Berbalik pada anak-anak ibu bapa muda. Concern aku yang paling utama adalah. Semua games dan app yang ada dalam tu: biasanya diciptakan dengan button atau function RESET. Sekarang korang nampak x bahayanya. Membiarkan anak-anak memanipulasi function ni dalam akal dorang setahun jagung adalah sangat bahaya tau x. Kenapa? Sebab sedar atau tak, dorang diajar, yang bila buat silap, takpe, reset, feel good, try lagi, salah lagi?, reset balik dan seterusnya. Budak2 kecik ni, mana2 perasaan feel good kat dorg akan tinggalkan kesan mendalam dalam diri dorang. Aku tau lah. pasal aku pernah kecik gak.

Amik analogi aku, dulu bapak aku ajar aku, apa2 pun tak leh bohong, even masa kecik mulut aku mak ai laser celupar nak mampus, demi prinsip kebenaran yang mak ayah aku pegang, orang mengata aku, mengata dorg x pandai ajar anak, dorang telan jer. Makanya, aku membesar dengan feel good saying the truth or showing shit face to the untruth. Jadi bila aku besar, bila aku tak boleh menipu, or kena pretend muka angel to the untruth, aku kena panic attack! Aku seboleh-boleh nak escape situasi tu untuk membenarkan feel good take place balik dalam life aku.

Jadi klo budak2 anak2 ibu bapa muda dah besar, lepas tu kekurangan ilmu berfikir kreatif dan kritis, selalu lah dorang wat silap, pastu camne nak reset life dorang balik. Yang tu aku tak tahu. Panic Attack la kot.Tapi dari setiap kesalahan yang dorang dah buat, kesannya?

Hidup ni bukan Try and Error and Reset yer. Maka lepas ni x yah bagi gadget tu semua. Bagi colouring book, sambung dot-dot book, menjana minda mereka. Sebab mereka kena fikir sebelum buat, sebab setiap kali salah, walau dah padam, tetap ada kesan. Itu pengajaran.

Lagipun di masa hadapan, mungkin bila manusia dah tak pandai mengaler dan melukis, sebab kecik2 melukis pakai gadget, anak2 korang boleh wat banyak duit dengan wat2 artwork handmade. wahaha...

Ahad, 3 Februari 2013

tahun baru, keje baru

hari ni ahad. last friday adalah hari pertama aku kat tempat kerja baru. perasaan aku? tak suka of course. tempat baru, orang baru, kerja baru yang aku tak faham. tapi aku tak la cepat melatah kata aku tak boleh coop. awal sangat lagi. baru hari first. tapi so far, ok la. pasal kerja tu colleague dah brief sket2. so aku pun xde la pressured sangat. tapi perasaan dumb tu mmg la aku rasa nak pijak2 je.

mengenang balik tempat kerja lama, aku sedih gila la. kenapa lah semua ni terjadi? kan bagus kalau company tu ok je. tapi mengenangkan nak patah balik, memang tak la. dah xde apa lagi yang tinggal kat situ. semua member pun dah blah. yang ada budak2 baru gak. buat apa? aku sedih, aku agak member2 lain pun hadap benda yang sama gak masa kat tempat baru. tapi apa nak buat, dah xde pilihan. mujur jugak ni ada gak company lain nak amik keje. hadap je la. tapi untungnya, aku masyuk. final week keje kat company lama, cheque project dapat, duit clear, maka gaji aku yang tertunggak tu pun dibayar. half. tapi masyuk la gak. sekejap je. bayar hutang, sikit balik. tapi xpe, ada la gak kan. kan?

aku berdoa pada Allah. semoga company baru aku ni akan baik2 je. aku pun baik2 je keje sini. klo boleh biarlah keje lama. malas ah, lepas 2 tahun tukar keje, lepas 2 tahun tukar keje. melainkan ada keje lagi best, nak naik gaji, aku tukar la. haha.

aku kena remind diri sendiri, keje baru ni keje yang best. at least best pasal tak yah jumpa orang. sesuai la utk introvert cam aku ni. hahaha.