Secara jujurnya, aku bukan nak complaint atau nak merungut. Tapi secara seriusnya, I need to let this out sebelum bersarang, membusuk dalam hati aku. Takut2 boleh mengakibatkan kebengkakan hati.
Haha.
Gelak kejap. Apa yang aku bakal tuliskan ni, gelap pekat nampaknya, perlukan sedikit cahaya untuk meneutralkan balik.
Sejak akhir-akhir ni, company tempat aku kerja ni, sedang melalui satu fasa yangaku kira sangat kritikal. Projek yang dikira2 bakal berada dalam genggaman, entah macam mana, telah diletakkan on hold. Dan dalam waktu kritikal yang dah dragged 2 bulan, tentulah money condition tidak begitu menyeronokkan. Itu top management punya ceritalah.
Yang kat bawah ni, level kuli cam aku ni, kesan-kesan seperti g kerja tiap2 hari tapi xde kerja dan gaji lambat. Benda macam ni memang x best langsung. Part xde keje tu best la masa mula2. Tapi kalau dah hari-hari, bosan dowh.
Tapi yang paling x best, adalah dalam minggu ni. Minggu lepas, boss bagi kerja. Banyak la jugak. Kena siapkan dalam tempoh dua minggu walaupun aku rasa macam x boleh siap jer. Kiranya ni adalah kerja inisiatif untuk dapatkan dana bagi menanggung kos operasi before dapat projek tu. Yang sadisnya, sampai hari ni, hari selasa, design system masih belum dibincangkan. Lead SE x dtg2. Aku x salahkan dia. Kesian dia. Dah la kena buat kerja susah + banyak. Dah tu, gaji x bayar. Bengang la kan? Macam dianaktirikan jer.
Semalam plak, hari isnin, aku dah mai ofis, boleh plak laptop aku tertinggal kat kg. apa nak dikata? Kena balik la kg balik. Bunyi mcm seronok kan? Memang seronok pun. Sebab semalam aku tahu ramai yang x masuk. Tapi yang x bestnya. Tgh2 jalan, sv call suh masuk balik lepas amik laptop. What?! Aku tahu salah aku. Aku lupa langsung beg laptop tu. Tapi g kerja 2 jam, patah balik 2 jam, pastu nak suh aku balik ofis, 2 jam lagi.6 jam wei on the road. Agak2 la. Aku mintak maaf, aku silap. Tapi let’s take it as EL la. Tolak je cuti aku. Aku banyak lagi cuti. Bukan selalu aku lupa or x dtg. Dan memandangkan hari tu pun xde meeting as scheduled. Ramai xde.
Siap menakut2kan aku. Aku pun bagi lah option untuk discuss matter tu esok (means hari ni). Katanya x boleh, hari ni packed nak discuss mende lain. Tapi aku memang dah xde mood nak patah balik ni. So aku cakap terus terang, aku penat nak ulang alik. Aku syorkan aku dtg awal esoknya. Sebenarnya aku x percaya pun sv aku ni. Meeting apa sampai packed satu hari nak discuss benda lain x boleh. Kalau benda tu urgent, nasiblah kan. Sapa suh last minute. Hakikatnya, hari ni, dah nak dekat lunch hour, xde pun meeting. Dan yang sadisnya, matter yang nak discuss sgt2 semalam tu, bukan kerja aku pun. Kerja tu dah pernah diprovide oleh salah sorg staff (tu lah, dah bagi dulu, simpan ler leklok). Dan nak provide tu makan masa, query db yang datanya juta2 (aku x buat cerita, demi Allah), kalau aku dtg pun semalam, impossible untuk aku siapkan. Lagi-lagi lah, kerja orang lain, kena bagi aku masa study balik. Orang tu x dtg, x kecoh pun.
Paling aku sedih. SV aku ni berkira sangat dengan aku. Dia cuti banyak2 hari pun xpe. Orang lain, cuti tiap2 isnin dia diam je. Nenek meninggal, cuti seminggu, nenek aku meninggal, aku mintak 3 hari, 2 hari dah suh masuk. Oit, nak berkira, nak disiplin, buatlah kat semua staff. Kenapa aku jer???? Aku bukan nak mintak sedeqah cuti tu oii… aku nak guna cuti aku, yang company dah bagi kat aku, hak aku. Kenapa dengki sangat?? tolak je la cuti aku. Dia amik time off semata-mata nak antar bini g giant. Staff lain mintak half day sebab nak balik kampong, hello???!! Aku diam jer. Sebab rasional kan. Kampung dorang 3-4 jam nak sampai. Aku x pernah mintak balik cepat, sebab kg aku dekat, 2 jam jer, tapi aku mintak balik awal 15 min nak bayar air kat pejabat pengurusan, yang klo x dibayar boleh menyebabkan darurat, sibuk suruh aku buat replacement. Haram jadah betullah. 15 min awal je pun. Aku tahu lah! Aku pun x nak makan gaji buta. Tapi perlu ke ko ingat kan aku?btw, tiap2 pagi aku memang dtg setengah jam awal. So? Yang staff half day nak balik kampong tu. Suruh la replace.
Takkan sebab aku selalu highlight ketidak-efisienan ko, ko berdendam dengan aku. Dah ko nak ke laut, takkan aku nak diam dan ikut ke laut? Kata nak anak muda yang berani bersuara… amik lerrrr!!! Ko tak adil ngan aku, memang dasar tak efisien!
aku pernah cerita pasal dia kat sini.
2 ulasan:
sabar la ok..orang macam tu lama2 akan terima balasan juga...huhu
thankz dear... sakit betul hati aku!
Catat Ulasan