Jumaat, 1 Jun 2012

Caring-less

Malam tadi last night D tido umah aku. D tu pompuan. Member dari zaman sekolah rendah. Dah sebulan dia duduk umah aku. Sejak tu gak aku makin galaklah mengasah bakat bercakap aku ni sebelum tido. Banyak kali gak dia tersengguk2 tahan ngantuk. Cis. Mesti dia doa cepat2 dapat umah kat KL nu.

Banyak benda lah kami sembang, stok 20 tahun lepas pun keluar.

Cuma, dalam banyak2 benda kitorg sembang tu, aku tersedar. Betapa tak caring nya aku. Aku tak rasa bersalah pun. Sebab memang bukan salah aku, aku tak caring.

Compare ngan kawan-kawan lain, memang aku ni buta hati je. Bila D cakap satu topik tu, selalu aku lupa detail-detail kat dalam. Contoh lah: sorg member baik kitorg ni nak enganged. Pastu memang sahih gila sahih dia mesti akan cerita benda2 tu tanpa selindung kat kami. Dah tu D duk tanya aku pasal 1 detail ni, tema engangement lah kononnya. Aku boleh tanya balik "A nak bertunang???" Hape ke bangang, memang lah aku tahu dia nak bertunang, tapi "Bila???" Ha...camtulah...

So, sebab kami ni memang member baik, maknanya, apa2 pun boleh jadi topik sembang, even cicak jalan atas siling pun boleh buat topik sembang. Ok, topik sembang baru, CARING.

D cakap dia memang ingat kalau member2 cerita apa2. Sebab memang naturality dia. Pastu aku pun cakap lah, aku susah nak ingat, bukan salah aku, naturality aku. Dia gelak je. So, aku tambah lah, selama ni, bukan aku tak nak fokus bila orang bercakap, cuma aku cepat lost lah. Pastu kalau aku nak ingat, aku kena struggle gila. Serius. Kena struggle. Benda hari-hari pasal makan, tarikh, event, memang susah lah nak ingat. Tapi tu x bermaksud aku tak sayang korang. D kata takpelah. Sebab tu aku dapat kawan macam dorang. Caring-caring belaka. Pastu aku tido. Erk?

Aku mengaku, birthday kawan-kawan, memang tunggu Facebook notify lah jawabnya. Tapi tu x bermaksud aku tak sayang kawan-kawan.

1 ulasan:

lulu berkata...

hahaha...aku pon lebih kurang jer..kadang2 nak jaga hati punya pasal, aku buat2 ingat..hihi~