rasanya, dah lama aku tak berfikir tentang kehidupan dan falsafah2nya. aku takde masa. rutin hari2 cuma pergi bekerja, balik kerja, dan weekend balik ke kampung jenguk mak. mujur dapat juga jenguk mak.jadi aku sudah lama agak x melankolik. bagus juga. takdelah aku berjiwa2.
tarikh begitu cepat berlalu, namun masa bagaikan terhenti. nak kata aku tidak capai apa2, pun tidak juga. rasanya kehidupan aku sudah lebih baik berbanding beberapa bulan lepas. dari satu sudut, segalanya berjalan dengan baik. Aku ada kerja yang nak dibuat, masa untuk tidur, rezeki untuk makan. Alhamdulillah.
Namun untuk mengharapkan segalanya kekal seperti ini, kadang2 jiwa manusia aku ni memang tak puas. Tapi bila memikirkan tujuan hidup ni dalam-dalam, nampaknya nafsu dunia ni boleh juga ditundukkan. Sampai bila? aku tak tahu. yang aku tahu, esok lusa, dia akan memberontak lagi.
aku pernah jadi manusia yang bercita-cita tinggi dengan harapan setinggi gunung. bukan senang nak mengembeling kehidupan ni dengan attitude yang begitu. kekecewaan akan menjengah pelusuk hati saban kali.
Nah. aku tak mahu peduli lagi. bukan aku give up. aku cuma sudah jumpa sebuah erti lain untuk hari-hari yang aku jalani. dan kiranya membuat aku lebih mudah gembira.
Untuk hari2 didunia ini, aku harap aku dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Yang selebihnya, semoga aku sentiasa dirahmati oleh Allah.
2 ulasan:
a ah..penat kan nk kejar semua ape yg kite plan.at 1 point,rasa nk let go.just do anything but be happy with it.
yup, glad we share d same perspective...=)
Catat Ulasan