Jumaat, 9 Disember 2011

Ombak Rindu (2011)

Apa fenomena di Malaysia sekarang ni selain PRU 13?


Ombak Rindu. suka atau tidak, ya. Ombak Rindu memang tengah hit di pawagam2 seluruh Malaysia. berjuta-juta ringgit kutipan dengar cerita.

Maka, dek kerana kemeriahan tu, aku pun amik kesempatan gi tengok cerita ni.

Oh ye, bagi yang jakun, cerita ni diangkat dari novel. Sangat famous dikalangan kaki2 novel seantero Malaysia. *aku bukan kaki novel, novel yang aku baca cuma 2. Dialog dengan Jin dan Cinta Abadi. kalau Dialog dengan Jin bukan novel, maka aku cuma baca 1 je novel sepanjang hidup aku yang hampir suku abad ni.

Aku tak tahu nak kata situasi aku ni memberi kelebihan atau tidak untuk aku layan filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin. sebab...entah. kan aku kata tak tahu.

Bagi aku, cerita ni bagus, untuk standard Malaysia. Jalan cerita yang baik. Dan lakonan yang mantap. Gila, Maya Karin kot. Mestilah mantap. aku dapat merasakan connection diantara cerita ni dengan orang-orang Melayu secara realitinya. Aku rasa, bunyi esakan dari kerusi2 belakang berjaya membuktikan hipotesis aku.

Tapi apakan daya! Walau aku cuba, sedaya upaya, sehabis daya, aku tetap tak mampu sampai hit point yang boleh bikin aku menangis. Aku dah usha kot muka Kak Maya ngan Abang Aaron tu dalam2. Fokus betul2 dialog dorang. Tetap tak mampu. banyak kali, aku TERketawa. Cuma ada la sikit2, masa Aaron menangis tu, cam nak feel gak. Tapi lepas tu, *sigh, keluar plak scene2 yang tak connect dengan scene tadi. Maka, aku tak jadi nangis.

Kecewa jugak la. Aku harap aku boleh nangis. Tapi keluar wayang, instead of feel gloomy, aku ngan housemate aku duk mocking benda2 funny kat dalam cerita tu. Ketawa terbahak-bahak.

Bagi aku, dialog ni paling funny sekali: "Dollah, tolonglah Dollah, aku tak nak Sofiah meroyan~~~"

Hmm..dah tengok? G la. Berbaloi. Bawak la tisu banyak2. In case.

2 ulasan:

lulu berkata...

hahahah pak dolah oo pak dolah...sungguh baik hatimu..aku pun duk gelak je dlm panggung...langsung tak feel..hihi~ :P

Nor L Hussain berkata...

kan? haha...