aku anak yatim. klo tak tahulah.
seingat aku, yang aku mampu ingat (errr???) father figure yang wujud dalam minda aku ni, sangat baik. iya. ayah memang baik. bukan sahaja sebagai seorang ayah, tapi as human being. aku cakap camtu bukan sebab dia ayah aku. tapi sebab memang dia takde buat hal la marah2 mak aku, abai tanggungjawab tak bagi duit nafkah, gatal nak cari bini nombor dua ke hape. at least, tu dah kira baik la. dan mungkin sebab dia meninggal awal maka dia tak sempat nak buat semua tu? wallahualam...
aku suka semua tentang ayah. style dia yang konservatif dan smart. bau dia. loghat utara dia. joke dia. dan fake fact dia yang bukan2. isk3
ayah meninggal masa umur aku sembilan tahun. tak banyak sangat yang aku ingat. tapi ayah memang particular tentang ilmu agama. dia maybe tak berapa pandai tapi dia pastikan kami g dapat pengetahuan agama yang sepatutnya. syukur hari ni aku tahu solat, tahu mengaji, semua kerana ayah garang duk kejar sampai rumah ustaz (credit mak aku juga sebab asik ugut nak masukkan dalam guni). hantar g sekolah agama, even masa tu dia sakit. T_T
kalau ada 1 kenangan yang sangat aku ingat dengan ayah, masa kecik2 aku tak suka makan benda yang berwarna. paling aku takut, warna hitam, merah, hijau, biru. aku particular giler la. mak aku kata makanan harian aku cuma nasi putih ngan ayam goreng (dada). tapi apa punya ngek, aku suka ikut ayah g makan roti canai. jadi, roti canai kan ada bahagian2 hangus, ayah aku terpaksa lah siat satu2 layer yang hangus tu tinggalkan yang putih kat dalam. lambat2 je dia wat, pasal klo dia wat cepat2. makin cepat la aku makan. pastu minum teh tarik mesti nak tuang dalam piring. apa punya mengada2 la aku. kadang2 dia tak makan pun, dok asik melayan aku.
rindu giler kat ayah.
2 ulasan:
terharu... =(
aku tak sure aku teharu or sdey baca ni....
Catat Ulasan