Aku baru lepas layan IP Man (eep mun). Movie martial arts berdasarkan kisah benar seorang pengamal ilmu seni mempertahankan diri kat Fuoshan. Aku pertama kali terlihat cerita ini tanpa sedar di depan kedai jual CD di BJ. Betul-betul waktu tgh berlawan. Kaki aku melekat depan kedai itu bila tiba-tiba skrin blank dan aku sedar aku berdiri betul-betul tgh jalan. Tiba-tiba blank? Aku masih anggap tokey kedai tu dengki, walau ada kemungkinan dia tak nak aku halang laluan.
Honoured as the best Kung Fu master kat sana, dia punya skill betul2 buat adrenalin aku merembes lebih dari biasa disamping membuatkan aku menyesal kerana tak pernah berminat dengan aktiviti-aktiviti fizikal seterusnya mematikan sebarang percubaan untuk belajar seni mempertahankan diri. Tangkas, tepat, dan laju. Aku hampir-hampir macam nak ikut berkung fu dengan perkakas berdekatan seperti cerek dan botol air.
Dengan latar belakang suram era penjajahan Jepun. Diulit keterdesakan sebuah kehidupan, martial arts nampak dominan dalam waktu-waktu genting ini. Sungguhpun begitu, realistic tetap teranyam dalam alur cerita dengan kewujudan laras-laras senapang. Sains memang lebih berkuasa.
Perasaan menonton movie ini , tak puas. Aku harap aku dapat tengok sampai dia jadi sifu Bruce Lee.
1 ulasan:
Ko usha Ip Man sampai habis ke kat kedai letrik tuh? ko mengingatkan aku time tak de astro then usha boxing, time mike tyson kene gigit telinga tuh...aku usha sampai habis..serius. ada dalam beberapa belas orang lagi join sama
Catat Ulasan