Mak aku kadang-kadang memang menguji kesabaran aku. Aku ni dah la tak berapa nak sabar.
TAPI dia seorang mak. Apalah yang mampu aku buat.
Mak aku sekarang ni memang macam-macam. Macam-macam yang pelik-pelik. Sampai aku FED-UP.
Sejak dia balik umrah awal tahun ni, dia dah tak berapa sihat. Kesan dia lalai makan ubat masa kat sana. Balik sini dia kurus gila, HBP tinggi, kencing manis pun menjadi-jadi. Maka check-up sana, check-up sini. Ubat menimbun-nimbun, supplement, yang makanan kesihatan berasaskan Islam la.. kampung lah... susu itu, susu ini.. semua la, usaha kami adik-beradik nak pulihkan dia. Abang aku habis beribu kot.
Dia sihat sikit. Tapi... dia makin suka merungut. Kepala sakit, kaki sakit, badan sakit, semua-semua la sakit. Senang kata, kalau aku depan mata dia, memang aku kena urut kaki, tangan, badan. Kalau tak pun, ada je benda dia suruh aku buat, potong kuku, garu belakang, ambilkan kerepek, buatkan teh. dah buatkan teh, panas sangat, suh letak ais. OMG! Istighfar aku banyak-banyak. Tu benda kecik2.
Dia kejutkan aku pagi-pagi buta kata panas badan, nak pitam suh urut, kadang-kadang suh gosok badan dia nak mandi. Pagi-pagi buta. Aku buat. Takpe, asalkan dia selesa. Aku selalu tenangkan hati fikir apalah sangat dibandingkan penat lelah dia membesarkan aku.
Tapi, bila dia suruh aku masak itu ini, or pergi bawak makan mana2 lepas tu dia end up kata makanan tu tak sedap la, pahit la, masin la, siap buat muka menyampah, siap campak sudu, aku memang nak menangis la. Lepas tu dia mengadu perut masuk angin, gastrik, dan end up suruh beli or masak benda lain. Ya Allah, ISTIGHFAR aku kadang-kadang dah bercampur dengan kemarahan.
Kakak ipar aku sebaik-baiknya manusia. Layan mak aku memang tiptop. Urut segala bagai. Tiap-tiap kali dia balik, dia akan pujuk mak duduk ngan dia. Tapi mak tak nak. Dia kata tak selesa la, dia dah biasa kat rumah sini la. Makcik-makcik aku pun pujuk dia duduk ngan diorang. Sebab mak aku paling tua. Diorang boleh tolong tengokkan. Again, mak tak nak. Dia tak selesa. Masalahnya, dia selesa ngan aku. Dia nak duduk ngan aku. Tapi aku tak mampu. Aku menyewa bilik kat bandar tu, satu rumah kongsi ramai2. Aku mana mampu nak sewa sebijik rumah. Waaaaa....
Takkan dia nak suruh aku resign, balik kampung jaga dia. Buat apa selama dari darjah 1 sampai aku dapat ijazah, dia control aku supaya belajar tinggi2 dapat kerja elok2. Kerja elok2, aku busy takde masa nak bagi dia.
Jadi mak aku duduk sorang-sorang kat rumah kat kampung. Mengharapkan jiran-jiran tengokkan dia. Aku balik tiap2 minggu. Tapi balik tiap2 minggu aku tension. Aku kerja Isnin - Jumaat tu, memang busy. Weekend je la waktu aku nak rehat, or nak keluar tengok dunia. Aku memang tak dapat la nak jalan2 semua tu. Takpe, aku bukan suka sangat keluar2. Tapi kat rumah aku penat. Bukan penat sebab mak suruh buat kerja, tapi penat sebab buat apa pun semua tak kena.
T_T
Mujurlah aku ni Islam. Takut nak bunuh diri.
Ahad, 10 Ogos 2014
Sabtu, 9 Ogos 2014
Memilih Jodoh
Aku rasa aku macam akan membujang sampai bila-bila. Selalu sangat bila kesedaran tu berbangkit akibat soalan2 cepumas orang sekeliling aku, aku agak yakin yang aku takkan kahwin like..... forever.
Mintak maaf emo sikit bulan raya ni. Almaklumlah. Ramai orang yang jauh dan dekat yang bertandang ke rumah. Soalan favourite makcik2 dan pakcik2 terhadap wanita muda berkerjaya seperti aku. Kadang2 aku buat2 tertumpahkan air, or terjatuhkan kuih, or saje gelak2 comel. Konon nak membuktikan yang aku tak matang lagi nak kahwin. Maka aku juga selalunya akan mintak izin nak masuk dalam bilik layan kartun. Lakonan semata.
Aku tak sedih sebenarnya. Cuma bengang sikit orang push2.
Hari2 aku tak dapat lari dari TERfikir jugak benda tu. Tapi masalahnya aku ni susah saaaaangat nak suka orang. Dan lagi masalah bila orang pun susah saaaaaangat nak suka aku.
Ada orang tanya aku kenapa memilih sangat. Sebab ada jugak yang kenalkan aku ngan lelaki. Tapi macam yang aku cakap. Aku ni payah.
Nak kata sunyi, sometimes sunyi jugak. Tapi kalau menyesal sebab lepaskan beberapa peluang mendirikan rumahtangga, yang tu aku tak menyesal. Aku yakin diorang bukan jodoh aku. Walaupun diorang baik. Aku percaya Allah beri perasaan tu bersebab. Dah aku tak boleh, tak berani aku nak paksa. Aku perempuan. Aku takut.
Perkahwinan bagi aku keramat. Aku nak kahwin dengan lelaki yang akan aku cinta, hormat dan muliakan. Dia tak semestinya kena hebat dari segala segi. Cukuplah kalau dia cukup matang dan rasional dalam dunia fana yang kadang2 mendesak kita untuk jadi gila. Lelaki yang prinsip hidupnya atas nama kebenaran, walaupun mungkin tersilap langkah kerana kejahilan. Lelaki yang akan menerima aku seadanya, suka segala kelemahan dan ketidaksempurnaan aku. Lelaki yang melihat cinta lebih dari fizikaliti semata-mata.
Lelaki yang akan Allah bukakan hati aku untuknya.
Aku bukan memilih. Aku cuma melihat jauh kedalam kehidupan lelaki tu dan meneliti perkara-perkara kecil yang akan kekal walaupun bila lelaki tu jatuh miskin, kerepot, atau kena sakit berbahaya.
Aku dibesarkan oleh ibu tunggal. Aku tahu hidup tak mudah. Aku tak pernah fikir kemewahan, kecantikan atau kebaikan dunia ni adalah hak kehidupan aku.
Hanya kerana aku meletakkan bahagia dalam definisi yang berbeza, diorang tak faham.
Diorang suruh aku cuba. Cuba kahwin? Diorang gila ke apa?

Langgan:
Catatan (Atom)