Rabu, 2 Januari 2013

Azam 2013

aku nak cuba sesuatu yang baru tahun ni. tahun-tahun lepas, macam2 azam aku letak. tapi...aku x ingat langsung kalau aku berjaya atau tak mencapai setiap satu darinya.

separuh dari tahun lepas memang azab dari segi kewangan. raya kemana, shopping toksah cerita. ikat perut gila-gila. pernah sekali aku nampak sorg parent ni belikan anak dia Dominos Pizza, tiba-tiba aku rasa nak menangis. Ya, aku ada duit, tapi semua duit tu duit ihsan keluarga yang aku kena jimat gila-gila. Dan sampai entri ni ditaip, aku masih menagih-nagih duit dari company aku; yang sebenarnya hak aku. Sedih woO. aku kiranya jatuh status fakir la sekarang ni. Ni status yang asnaf zakat tu yer. So, sesapa rasa duit banyak x tau nak bagi zakat kat sape, boleh bagi kat aku. Aku asnaf.

Jadi untuk tahun 2012 ni, priority aku cuma satu. DUIT! aku tak kisah pasal benda lain. pasal relationship ker, pasal berat badan ker, pasal apa-apa lah. aku nak cari duit banyak-banyak. Banyak-banyak-banyak....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, tak tau nak kata apa bila baca tulisan awk ni, sedih ada tapi kelakar pun ada. Ke awk campur perasaan sedih dan kelakar tu bersama.
Berkenaaan gaji tu, elok sahaja laporkan pada pihak berwajib. Lepas Tukar je tempat kerja baru atau sudah bertukar tempat kerja?

Duit bukan segalanya, bahagia bukan letak pada duit. Tapi jika ada duit, kita mungkin akan ada segala-galanya dan mungkin bahgia.
Moga tahun ini kewangan kamu kukuh. Meh bagi no.akaun, nak banjer kamu domino Pizza :)