Khamis, 24 Mac 2011

story of me, my boss and ....

today was a fairytale...
You were the prince
I used to be a damsel in distress~~~

xde maknanya....

this is a story of me, and my superior...my project manager...my boss...
ya, 3-3 org yg sama..

we had ad hoc meeting pagi tadi...x sempat leisure2 layan fb sebelum develop module aku, boss sudah panggil bincang camne nak further develop system tu. ok lah kan. aku on jer. bawa buku, bawa pensel. tapi bos aku baik. so kami banyak sembang je. sambil2.

habis bincang part aku, bincang part colleague aku plak. ok, sudah mula masuk part database, sql query, bug bug bug.... pindah tempat lah, masuk bilik training, pakai projector.. cool la gak... dah lama aku x involve sangat ngan perbincangan2 memberangsangkan ni.

entah bila, boss aku start debug program plak. logic error. ah sudah. nak kena cari dalam code yang berselirat tu, ok, xpe lagi. cool. lagi cool bila ececeh, aku plak tunjuk bos aku, kat mana nak debug.

pastu pukul 1, x cool dah la. aku mengantuk giler tgk code lama2. pastu bos aku ni generasi otai. otai programmer yg dah lama x wat programming. sekali dia dapat debug 1 bug, dia sudah excited mau debug semua bugzzzzzzzzzz tu. walk memory lane ke hape. aku menguap2. makan gula2 dah 2 3. bos aku makan entah berapa. yang paling kami x boleh blah, bos aku, as i said, otai... camne dia coding tau? dia taip 1-1. sibuk aku pujuk dia copy paste jer. kawan aku pun pujuk2 gak... x sanggup kami tgk syntax error merah2 sana sini.

sampai 1 tahap, aku nak g toilet. member aku ikut. kat luar kami bercerita how wonder we are, dia boleh determine check 1-1 code tu, taip 1-1...hahaha... jauh beza ngan cara kami keje. kami kopipes je. try n error.

mmg core programmer la wei...akhirnya, dia memang berjaya betulkan semua bug, kecuali 1, x larat dah aku. aku mintak nak g semayang plak. pastu baru dia perasan, dia ada keje kat luar. haha.

maka, conclusionnya aku lunch pukul 5 hari ni. cool x keje aku?

Isnin, 14 Mac 2011

i have lost my dreams. what the worst that could happen?

hari ni masuk minggu ketiga aku keje kat company baru ni. so far, ok sangat2. colleague baik2. housemates best. aku xde apa nak complain lah. so far so good. hehe.

kerja makin hari, makin busy. biasalah. tapi aku excited. sebab belajar banyak benda baru dalam bidang IT. harap2 banyak ilmu yang aku boleh timba.

aku baru kena assign 1 tugasan dalam web page designing. iya. benda yang aku paling lemah tu. bukan apa. buat benda2 seni bukan boleh satu dua hari. dan bukan boleh paksa2. lagipun, mencantikkan sesuatu adalah kelemahan aku. kelemahan yang aku kira takkan boleh diubah. tu bukan kemahiran tapi bakat. hmm...sama macam aku terima kenyataan aku x pandai bersukan.

tapi instead of worrying too much, aku buat leisure2 je. buat apa nak risau2. seingat aku, adapun satu masa yang aku risau gila akan fail, aku finally memang fail pun. bukan fail kecik2. failure yang merubah terus struktur cita-cita dan harapan aku.

jadi, apa yang aku ada sekarang, aku buat sambil have fun je. betul. aku nak have fun je.

=)

Rabu, 2 Mac 2011

dah besar pon homesick

baru 3 hari berpisah dengan mak, aku dah kangen sangat.

x sangka, homesick lagi aku ni. iya2. x seswai la. aku dah 24 kot. nak kata aku ni bergantung sangat ngan mak aku, x la jugak. rasanya mak aku lagi bergantung kat aku....

oh, maybe aku risaukan mak aku. eh ye ker? aku rasa dia ok jer.

duk menghitung hari nak balik kampung.

p/s: mengalahkan budak kecik. isk3.

Selasa, 1 Mac 2011

my first day of a new job, new life

lama dah tak update...1 whole february to be exact. ader yg rindu tak? =P

banyak benda jadi dalam tempoh ni. salah satunya, i land my dream job. today. walaupun aku tak start lagi buat kerja. kena go through briefing and training dulu. harap2 pasni xde la aku kena berfikir lebih dari seminit hanya untuk jawab "ko kerja apa?" dan xkan amik lebih dari seminit jugak untuk explain apa kerja aku.

kerja sekarang ni, aku jawab sepatah pastu lantak deme la tau ke x.

bukan sebab tu semata2 aku tukar keje. i hope for better accomplishment, salary ngan experience gak. seingat aku, memang tension keje dalam bidang system development, programming semua tu. kena banyak fikir. time and effort consuming. tapi seingat aku jugak, i did well then. and very happy.

so why not?

kerana kerja ni gak, aku hadapi banyak first time. first time sewa umah. first time tempuh jem pagi2 g kerja (nasib la jem x berapa teruk).

so, excited ader. takut pon ader. doa x berenti2 ni.

u olz yg baca ni, doakan aku yer. boley?