Beberapa bulan yang lepas aku berjaya meyakinkan diri bahawa 40 tahun kehadapan selepas graduate, aku akan bekerja dalam bidang IT atau yang berkaitan dengan pengkomputeran. Keyakinan ini sangat membantu dalam proses pembangunan perisian projek tahun akhir aku. Aku sangat excited. Code programming yang bercelaru dan kusut nampak begitu cool. Aku tidak tidur selepas subuh lagi, bangun sahaja aku godek Matlab menge’code. Aku juga tidak akan tidur selagi target system module belum tercapai. Aku sangat fascinated. Aku ke lab tanpa tekanan. Memikirkan aku akan graduate tidak lama lagi (aku harap tidak tersangkut dowh), aku juga sudah mengusha2 peluang pekerjaan. Walaupun tak la serius sangat tapi aku dah tetapkan hati, aku mahu kerja bidang IT atau yang berkaitan dengan pengkomputeran. Sebegini jauh berjalan, takkan hanya ingin diabadikan dalam skrol ijazah? Aku lupakan krisis identiti/minat yang pernah membelenggu aku bertahun-tahun. Walau pada mulanya aku rasa aku sedang mengkhianati diri sendiri, aku sekarang dah mula menerima keputusan yang aku sendiri ciptakan.
Dulu masa sekolah, aku suka cakap aku nak jadi doktor. Mak aku sangat suka bila aku kata nak jadi doktor. Doktor membawa makna besar untuk mak aku. Andai betul-betul la aku jadi doktor. Itu menjanjikan penghormatan, kesenangan, dan tentunya duit untuk mak aku. Aku tidak pernah salahkan dia. Dia memang hidup susah membesarkan kami adik beradik. Lagi-lagi bila ayah takde. Tapi yang pasti, walau keputusan exam aku sangat-sangat ok, aku tak pernah membayangkan diri jadi doktor. Maksud aku, merawat orang, menyuntik apatah lagi membelah badan orang sakit. Kalau ada pun, aku cuma terbayang kereta besar, rumah besar dan menerima on call malam-malam buta. Aku pernah tanya diri sendiri kalau itukah life yang aku nak, aku selalu end up dengan memikirkan benda lain yang takde kena mengena dengan soalan tu. Aku melarikan diri. Dengan alasan banyak lagi waktu untuk buat keputusan. Tapi aku masih menulis doktor pada bahagian borang yang tertulis “Cita-cita/Ambition:”
Aku agak gembira tidak dapat jadi doktor dengan tidak sengaja. Mak juga redha. Walaupun agak sedih dapat Sains Komputer (ramai orang kata ni tempat buangan).Aku cuba terima hanya demi USM. Walaupun tak kisah kat mana kau belajar, yang penting sistem pemarkahan universiti kau takde masalah. Kat sini, walau aku struggle buat yang terbaik dalam Sains Komputer tapi aku makin yakin tentang minat dan masa depan aku. Dan tentunya bukan dalam bidang IT dan yang berkaitan dengan pengkomputeran. Aku dengan berseloroh dan poyo pernah bagitau mak tentang masa depan yang aku idam-idamkan.Aku dah matang mungkin. Seumur hidup aku, mak tak pernah paksa anak-anak dia. Pasal aku kenal mak aku dan berpura-pura suka benda yang dia suka. Aku mithali tetapi hipokrit. Tetapi bila aku kata aku nak jadi tukang jahit, dia tak suka. Aku ungkit dia kata dia tak pernah paksa aku jadi apa2, sekarang aku nak jadi tukang jahit, kenapa dia tak suka. Kat situ aku nampak harapan dia hancur. Mungkin. Tak baik buat ibu marah. Aku pun hipokrit semula dengan kata aku gurau jer.
Jadi aku terpaksa tukar sikit plan pekerjaan idaman aku, aku kena kerja bidang IT beberapa tahun dulu, then kumpul modal baru bukak kedai jahit. Aku memang dah biasa menjahit bodoh-bodoh, tapi aku tetap nak amik kelas formal time cuti. Jadi aku terpaksa melupakan dulu gian menjahit aku ni. Fokus on Sains Komputer dulu. Tapi hari ni aku gian lagi. Aku pun duk surf tengok2 gambar dress cute giler kat internet dan mengharapkan aku mimpi menjahit bila tidur petang tadi.
Sial. Mata tak boleh lelap.
2 ulasan:
cita-cita nak jadi doktor masa kecik-kecik dulu adalah benda yang common. Maybe sebab time tu, kita nampak doktor is the only job that can make us rich. Tapi, bila dah besar, mind kita lebih terbuka luas. Jadi apa pun, kalau rajin, still boleh jadi kaya. Eh, jadi tailor pun okey jugak. Boleh bukak butik. Hahaa..kaya jugak apa..
I read this in 2019, more than 10 years from the time I wrote this. I am a happy software engineer now that is not making 5 digit salary but close to. Reading this just makes me cherish those times when I was still very young, inexperience (I don't want to say dumb) and broke. I guess I made good moves within these 10 years. Thank God.
Catat Ulasan