Rabu, 26 Ogos 2015

Tempat Lepak

Bila aku free2 time takde keje or tgh pending client confirmation, aku suka buka Quora. Aku terlalu suka lepak sana sampai aku buka banyak akaun, entah sebab apa. Tapi last2 aku commit nak lepak sana aku delete tinggal satu je. Berjinak2 since 2013 and commit since 2014.

Aku bukan nak promo Quora kat sini. Tapi bagi aku, elok la kalau orang2 Malaysia ni singgah Quora dari duk berfacebook. Facebook ni penuh sangat dengan fitnah. Dengan perkongsian yang tak mendatangkan faedah. While Quora adalah jawapan2 intellectual bagi soalan2 yang kadang2 sangat bodoh. Kat mana dalam dunia ni kita nak dengar wisdom orang2 terdahulu? Atau pengalaman harian orang2 Gaza. Atau nak dengar pengalaman cinta unmarried retired Hollywood actor masa zaman golden age dulu. Kat Quora la. Even nak baca perspective banduan atau seorang psycopath pun tak mustahil kat Quora. Saintis, engineer, astronauts, semua ada. Dan semua tak lokek kongsi pengalaman hidup dan jawapan2 terhadap soalan yang ditanya. Diantara rich and famous yang aktif kat Quora adalah Jimmy Wales (founder Wikipedia), bini Elon Musk (Tesla), Obama, even kakak Mark Zuckerberg pun ada x silap. Kalau Bill Gates ada, aku dengan senang hati akan follow.


Cool giler kot. Hans Zimmer jawab soalan sendiri. Kenal Hans Zimmer? Dia composer terkenal kat Hollywood. Titanic punya soundtrack, dia la yang bikin. Seronok sebenarnya bila baca cara orang2 hebat ni bekerja. Sebenarnya, diorang pun macam kita. Tapi kerja lagi kuat la.

Tapi yang aku paling suka kat Quora ni adalah jawapan2 camni:

Nice!
check out Quora tau.

Selasa, 18 Ogos 2015

Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Aku takde benda penting nak cerita. Sekarang, pukul 5.43 pm, jap lagi pukul 5.45 pm. Office hour tamat. Aku dah menggigil lapar since pukul 3 tadi. Dibuatnya, semua bekalan makanan dan kudapan aku dah habis. Gula2 pun tarak.

Aku pulak tak keluar lunch tadi sebab malas. Aku biasa camtu. Aku lebih suka berfoya2 online sambil minum Milo dari keluar berjalan dalam panas tu nak beli makanan.

Aku dah tak tenang tapi nasib lah program semua dah siap, tinggal run testing sikit2.

TAPI!

Ribut petir pulak tiba2. Parking dah la jauh. Aku cukup cuak kalau nak meredah hujan2 camni.

Pastu pulak, aku dah janji dgn Poi nak kuar dinner kat luar. Klo x, boleh aku terus balik makan. Ni nak kena masuk kawasan apartment, tunggu Poi turun, drive g kedai makan, order, pastu baru dapat makan.

huk huk huk (ni bunyi menangis)

Dah pukul 5.50, hujan masih ganas. Persoalan utama, bila aku boleh memulakan gerak tempur aku ke kereta ni?