Khamis, 24 Oktober 2013

Forever October

huyo... lama gila aku tak meluah perasaan kat sini. post terakhir bulan mac, tu maknanya sepanjang aku kerja tempat sekarang ni, aku memang busy gila sampai tak sempat update blog. haha. tapi takpelah, aku buat blog bukan nak suruh orang baca, cuma nak jadikan kenangan untuk diri sendiri. Cewah.

Jadi aku akan update sekaligus, secara ringkas life aku dalam masa 7 bulan. 7 bulan? kalau aku dah kawen, boleh jugak aku joke around kata aku dah nak beranak, lepas 7 bulan baru nak update? kihkih.

Cakap pasal kawin, aku hampir nak kawin.

Serius. Teringat kat dua bentuk cincin yang kitorg pilih tu buat hati aku betul2... hmmm... nak tergelak. Tapi well~~ takde jodoh nampaknya. Entah2 dah sarung kat jari orang lain. Baguslah. Usaha aku tak menjadi. Hati ni... susah nak jangka.

Dari segi kewangan, alhamdulillah... memulih. Syukur sangat2. Kerja sekarang pun ok jerr. Walaupun aku prefer tak nak kerja ngan bangsa cina, tapi tak dapat dinafikan jugak betapa aku boleh adapt ngan dorang ni better dari aku boleh adapt ngan bangsa sendiri. Nak buat camne ye tak, asal dari pekan cina, sekolah cina, jiran2 cina. Muka pun dah ada sikit2 cina. Walaupun sebenarnya ada darah india.

Sepanjang aku kerja sini, aku memang rapat ngan manager aku, lelaki, cina, sangat gentleman, pemurah, suka ajar aku macam2. Memang aku suka gila la kerja under dia. Untuk pertama kalinya ada seorang manusia lelaki yang aku boleh kongsi segala macam cerita, pendapat, impian, lawak. Nasib la dia cina, married, klo tak, memang aku psiko abis tak lepas dah.

Tapi bulan lepas, dia resign, tak ler mengejut. Dia bgitahu 3 bulan lepas. Sedih aku. Rasa nak menangis. Pastu teammate aku si doremon tu pun resign. Bukan sebab aku lah! Doremon tu sakit. Manager aku tu plak, nak pursue minat dia dalam bidang lain. Tapi bagus dia, even dah xde dekat aku, still wasap tanya khabar, tanya kerja, aku rasa aku report lagi banyak kat dia dari manager baru aku.

Manager baru aku memang hot (bak kata member sejabatan). Kalau aku jalan ngan dia, memang lepas2 tu ada je la yang tanya aku, sape tu? sape tu? sebabnya dia based kat site lain so org tak berapa kenal. Untung aku kan? Haha. Tak, tak. bukan sebab dia hot, tapi sebab dia takde depan mata aku, freedom!!!!! Harap2 sampai bila2 pun macam ni, hihi. Aku takde impian nak rapat ngan dia.

Cerita lain, bff aku dah bertunang, ada yang sorang tu bertunang dah putus tunang, pastu ada sorang tu jadi tokey kedai makan. Eh eh, ni update aku ke kawan2 aku ni?

Hmm... aku masih macam ni, dah nak masuk 27, bila la aku nak jumpa lelaki yang akan faham aku. Boleh aku ajak kawin.

Bak kata bakal suami tak jadi aku "Kau takkan jumpa lelaki yang faham kau."

Hampeh je.

Tiada ulasan: